Qila hanya menundukkan pandangan. Matanya hanya memandang tepat pada pinggan kosong dihadapannya.
“Sayang? Kenapa termenung je ni? Lapar sangat ke tu? Sampai tenung pinggan macam nak telan? Kejap eh? Nasi goreng hampir siap ni,” kata Adam.
Nasi goreng,Hmm..
Adam kelihatan begitu lincah saja membuat itu ini didapur. Bunyi sudip berlaga dengan kuali kedengaran, Qila hanya curi-curi pandang melihat kecekapan Adam didapur. Kemudian dia mengeluh perlahan.
“Qila nak tanya something ni,” ujar Qila perlahan setelah Adam menghampiri meja makan.
Satu kucupan mesra singgah dipipi Qila. Dia mengambil tempat duduk bersebelahan kerusi Qila. Adam kemudian menanggalkan apron yang tersarung kemas ditubuhnya. “Nak tanya pasal apa?”
“Pasal kita,”
Adam hanya mengangguk kecil seraya tersenyum mesra.
“Adam, macam mana awak boleh buat keputusan untuk berkahwin dengan saya? Kita berkawan pun takde laa lama mana, dan awak sendiri tahu saya cuma ambil kesempatan berkawan dengan awak dulu.”
Qila menarik nafas sebelum menyambung kata. “Tambahan pula 7 tahun kita terpisah, saya pula buta waktu tu. Apa yang buat awak tekad pilih saya?”
“Qila, Adam pun tak tahu. Apa yang Adam tahu, sepanjang tempoh 7 tahun tu Adam selalu rasa rindu dekat Qila. Lepas Adam dapat stabilkan kehidupan Adam, Adam balik ke sini. Cuba cari Qila. Bila dapat tahu Qila belum milik orang, terus Adam sambar,” cerita Adam panjang lebar.
Qila mengerutkan dahinya. “Macam tu je? Tak takut risiko ke?”
“Risiko apa?”
“Risiko takkan dicintai? Selepas apa yang Adam dah buat, mana laa tahu kot Qila ni hati kering dan nak dilepaskan? Apa Adam akan buat lepas tu?” Qila cuba menduga.
Adam ketawa kecil. “Kalau takdir tertulis macam tu, apa boleh buat?”
Qila mencebikkan bibirnya. “Ish, jangan laa memain! Kalau benda tu terjadi apa Adam akan buat?”
Adam mengelus lembut rambut Qila. “Sayang, benda yang tak terjadi buat apa laa semak kepala nak fikir? Sekarang ni kita perlu fokus dengan apa yang dah terjadi dan akan terjadi,”
Qila tersentak seketika dengan panggilan Adam itu. Entah kenapa, setiap kali Adam memanggilnya dengan panggilan 'sayang' jantungnya seakan terhenti berdegup.
“Fokus apa yang dah terjadi dan akan terjadi?” soal Qila agak keliru.
“Apa yang dah terjadi? Qila cintakan Adam, Adam pun. Apa yang akan terjadi? Kita akan hidup bahagia ditemani anak,anak,anak,anak,anak kita nanti.” kata Adam seraya mengeluarkan jemarinya membilang perkataan 'anak' yang baru saja sebentar tadi dia sebut.
“Ah, alamak! Lima anak laa Qila! Hahaha,” ujar Adam seraya ketawa terbahak-bahak melihat wajah Qila yang mula berubah rona warna.
Darah terasa menyerbu wajahnya. Setiap kali Adam menyebut perkataan anak sahaja, dia mula rasa gelabah tak sepasal bercampur malu. Selambe je cakap pasal bilangan anak, amboi!
Adam tersengih nakal. “Qila.. Apa pasal ni? Malu eh?”
“Mana ada! Qila lapar laa, bak sini nasi goreng tu.” dalih Qila.
Adam segera melarikan sedikit bekas yang berisi nasi goreng. “Nope, sebelum maka-”
“Baca doa! Bismillahirahmanirrahim! Amin! Cepat laa, hulur nasi goreng tu. Dah terliur ni haa,” Qila memotang percakapan Adam.
ANDA SEDANG MEMBACA
[[ C ]] Wrong Crush
Ficção Adolescente"Aku rasa bukan crush kau yang notice kau, but member dia. Apek tuu! Si Adam! Kau perasan tak masa kita dekat kedai depan sekolah tadi?" cerita Hana kepoh. Ah, kacau! Adam, ataupun digelar 'wrong crush'. Secara tiba-tiba hadir dan menunjukkan minat...
![[[ C ]] Wrong Crush](https://img.wattpad.com/cover/120884372-64-k194658.jpg)