Qila menatap lama pantulan wajahnya dari cermin. Cantik. Kenapa sedikit pun dia tak pernah terfikir untuk berhijab?
Syukur la dengan kehadiran Arjuna, dia melakukan satu perubahan. Perubahan ke arah kebaikan.
Arjuna?.. Qila mengeluh panjang. “Arjuna,.. Mana awak pergi? Saya dah mula rindukan awak,”
Qila berjalan perlahan, dia melabuhkan punggung di birai katil. Bantal kepala Arjuna dicapai dan dihidu dalam-dalam.
Bantal itu masih punya bau minyak wangi dan bau badan yang menenangkan. Bau ini selalu membuatkan hatinya berdebar, bau ini selalu mendamaikan jiwa. Bau ini juga yang sentiasa ada apabila dia dalam kesusahan.
Kelihatan persis seorang yang obses, tetapi inilah hakikat rindu. Merata dia cuba mencari gambar Arjuna, paling kurang gambar perkahwinan mereka. Namun hampa.
Ingin bertanya kepada mama? Dia malu. Tak, dia ego. Ego untuk mengaku rindu.
Qila mengeluh lagi.
“Sayang.. ”
Suara tu.. Arjuna?
Arjuna menghampiri Qila. Qila jadi terpaku, dia takut untuk mendongak melihat wajah yang dia mula cintai.
Qila terkaku. Dengan ketinggian yang dia miliki, dia tidak dapat melihat jelas wajah Arjuna. Sumpah Arjuna tinggi!
Hanya melihat separuh badan milik Arjuna, dengan dada bidang yang lebar, namun kelihatan badannya tidak terlalu berisi. Bersama dengan kaki yang panjang telah membuatkan Arjuna kelihatan lebih tinggi dan persis jejaka muda yang sangat kacak! Walaupun tidak melihat wajahnya.
Arjuna menghampiri Qila tanpa berkata dan mengenakan cermin mata gelap pada Qila. Itulah tabiatnya setiap kali ingin membawa Qila keluar dari rumah.
Katanya dia tak suka jika ada yang memperlekeh kelemahan Qila. Biar semua tahu bahawa dia didampingi gadis cantik, sempurna. Biar tiada siapa akan cuba mempersoalkan mengapa dia memilih gadis buta sebagai isteri.
Kalau boleh, biar kelemahan dan kekurangan Qila dia sendiri saja yang tahu. Dia tidak mahu sedikit pun Qila merasa rendah diri dengan masyarakat sekeliling.
“Sayang, I miss you!” Qila dapat merasa pelukan hangat dari Arjuna.
Bibir Qila ingin bergerak membalas rindu Arjuna namun hampa. Kerongkongnya seakan tersekat-sekat ingin mengeluarkan suara.
Namun pelukan hangat Arjuna dibalas. Qila mendakap Arjuna erat. Nafas rindu yang mencengkam perasaan dihela.
Ketukan bertalu-talu dari pintu mematikan lamunan Qila.
Pintu dibuka dari luar dan tersembul wajah Hana dibalik pintu. “Qila, kau dah siap ke? Jom laa, cakap nak pergi jalan-jalan?”
Qila terpinga-pinga seketika. Mana perginya Arjuna?!
YOU ARE READING
[[ C ]] Wrong Crush
Teen Fiction"Aku rasa bukan crush kau yang notice kau, but member dia. Apek tuu! Si Adam! Kau perasan tak masa kita dekat kedai depan sekolah tadi?" cerita Hana kepoh. Ah, kacau! Adam, ataupun digelar 'wrong crush'. Secara tiba-tiba hadir dan menunjukkan minat...