Adam menggenggam erat tangannya.
Yaa, aku sanggup terima risiko.
"Saya kecewa dengan kamu Adam. Kenapa kamu bertindak macam tu? Kamu tahukan peperiksaan SPM lagi 3 minggu?" wajah guru disiplin kelihatan agak tegang kerana pernyataan berani mati Adam.
"Saya belum merokok, tapi bawa rokok ke sekolah. Saya pun tak tahu kenapa saya bertindak macam tu. Tapi saya sedia menerima apa sahaja hukuman termasuk jika terpaksa buang sekolah atau tidak dapat menduduki peperiksaan SPM," Adam menundukkan kepala.
"Apa lagi yang mampu saya cakap? Saya memang kecewa dengan kamu, dalam masa yang sama saya juga bangga sebab kamu sendiri berani mengaku perbuatan kamu,"
Guru disiplin itu berjeda seketika.
"Kamu presiden rumah sukan, presiden bola keranjang. Pelari pecut yang berbakat. Ramai yang hormat dan sanjung tinggi jasa kamu pada sekolah, termasuk saya. Tapi, kalau kamu tak cemerlang dalam bidang akademik tak bermaksud kamu takde masa depan!"
Adam menunduk lagi. Matanya terpejam rapat.
*****
Adam menolak daun pintu bilik stor perpustakaan. Dia melempar pandangan sekitaran bilik stor tersebut.
Fuh,..berhabuk! bersepah! Memang takde orang kemaskan ke?
Di dalam stor perpustakaan sederhana besar itu, terdapat buku-buku lama, komputer, dan satu mesin cetak.
Adam memulakan tugasnya tak, bukan tugas. Lebih tepat 'denda'. Adam menyingsing lengan baju uniform sekolahnya.
Let's begin!
Alone? Huh, aku dah terbiasa dengan perkataan tu. Apa masalahnya? Perpustakaan je, siang lagi!
Secara tiba-tiba, telinganya dapat menangkap bunyi seperti papan kekunci komputer sedang digunakan.
Seolah-olah seseorang sedang menaip sesuatu pada papan kekunci komputer lama tersebut.Tukk takk tukk takk
Dia cuba mengabaikannya. Mungkin perasaannya saja.
Adam mencapai batang penyapu. Dia memulakan dengan menyapu habuk-habuk sekitar bilik stor sederhana besar itu. Kemudian menyusun buku-buku lama yang bersepah di atas lantai.
Sedang Adam terbongkok-bongkok mengutip buku-buku yang berselerak di atas lantai tiba-tiba tangannya seperti ditarik kasar oleh sepasang tangan yang berkuku panjang dan terkopak, sejuk dan bernanah.
Dia ditarik sepasang tangan dari bawah meja!
Adam menggeletar hebat. Perasaannya berdebar, jantungnya berdegup kencang. Bulu romanya meremang!
Dia menarik perlahan lengannya yang dicengkam kuat, namun lengannya makin kuat cengkamannya!
Mata Adam terpejam rapat, tak sanggup untuk bertentangan mata dengan 'makhluk' tersebut.
Ya Allah,Allahuakbar!
Lidahnya jadi kelu. Kelu untuk dia mengalunkan ayat-ayat suci al-quran.
Perlahan-lahan 'makhluk' dibawah meja tersebut merangkak. Adam membuka matanya sedikit, kemudian ditutup serapat mungkin!
Rambut panjang yang tidak terurus, mulutnya yang seperti terkopak sememangnya mengeluarkan bau yang busuk!
YOU ARE READING
[[ C ]] Wrong Crush
Fiksi Remaja"Aku rasa bukan crush kau yang notice kau, but member dia. Apek tuu! Si Adam! Kau perasan tak masa kita dekat kedai depan sekolah tadi?" cerita Hana kepoh. Ah, kacau! Adam, ataupun digelar 'wrong crush'. Secara tiba-tiba hadir dan menunjukkan minat...