7 tahun kemudian..
Qila tenung lama dinding rumahnya. Kosong. Gelap. Sunyi.
Perlahan air matanya mengalir lagi. Hanya itu yang dia mampu lakukan.
Qila tersentak. Bahunya ditepuk perlahan dari belakang.
“Qila,.. Jom makan? Abang Afiq suapkan nak? Tadi mama nak suapkan kenapa Qila tak nak? Saje nak manja dengan abang eh?” Afiq mencuit hidung mancung milik adiknya.
Qila diam. Memang menjadi rutinnya. Berdiam diri, kemudian menangis. Semangatnya hilang,keceriaannya diganti dengan kesedihan.
“Qila? Buka mulut cepat,sedap ni! Mama masak tadi,” pujuk Afiq.
Qila hanya menurut. Tiga kali kunyah, Qila mula menolak tangan abangnya yang mahu menyuap.
“Qila.. Sikitnya? Lagi laa? Saja nak jaga badan eh? Hey, perempuan mana elok sangat kurus keding! Makan sikit lagi ya?”
Qila menggeleng lemah. “Abang, Qila nak pergi dekat balkoni?”
Afiq memimpin Qila menuju ke balkoni dalam biliknya.
Qila menarik nafas dalam-dalam kemudian dilepaskan. Pandangannya masih sama, kosong.
“Eh, Qila! Tengok tu ada pelangi laa! Langit pun nak bertukar senja! Cantiknya! Subhanallah!” ujar Afiq teruja.
Qila mengeluh perlahan. “Qila mana boleh tengok,”
Empat patah perkataan itu mampu membuat Afiq tergamam. Perlahan kolam matanya bertakung, kalau laa aku dapat gantikan beban yang tengah kau tanggung Qila..
Suasana sepi mencengkam. Qila tahu abangnya, Afiq rasa bersalah.
“Abang, cantik sangat ke pemandangan depan mata Qila ni? Cerita laa, apa lagi yang abang nampak?” pinta Qila.
Seraya air mata lelakinya perlahan mengalir, dia mula membuka mulut cuba berpura-pura teruja kembali.
“Cantik Qila! Tapi tak secantik adik perempuan abang ni! Kau tahu tak, betapa cantiknya kau sekarang?”
Qila tersenyum. “Cantik pun tapi cacat buta, buat apa?”
Afiq menggeleng kepalanya perlahan. “Qila! Jangan cakap macam tu, sekurang-kurangnya Qila ada nikmat yang lain. Tu hidung hah, sikit punya mancung. Boleh hirup udara right? Nikmat tangan, still boleh bergerak kan?”
Afiq berjeda seketika. “Qila, bersyukur laa apa yang ada.. Sekurang-kurangnya,..”
Qila memangkah percakapan Afiq. “Abang tak rasa apa yang Qila rasa! Qila dalam kegelapan, Qila takut!”
Afiq memeluk Qila erat. “Luah laa, luah semuanya dekat aku. Jangan pendam lagi,”
Dalam esakan Qila bersuara lagi. “Qila takut Abang.. Qila dalam kegelapan! Abang sejak kebelakangan ni, dah takde masa untuk Qila! Mana abang asyik menghilangkan diri?”
“Abang minta maaf, abang sibuk dengan kerja. Abang abaikan Qila. Tapi, mama kan ada? Mama boleh jaga Qila!” Afiq mengemaskan lagi pelukan.
“Qila tak nak menyusahkan mama, Qila tahu mama masih lagi sedih dengan kematian papa. Dengan keadaan Qila macam ni, Qila tak nak bebankan mama.”
Suasana kembali sunyi. Hanya kedengaran esakan kecil Qila.
Afiq menarik nafas berat. “Qila,.. Apa kata Qila terima je lamaran tu? Abang kenal lelaki tu. Dia pun okay je, dia mesti akan jaga Qila sebaik mungkin!”
YOU ARE READING
[[ C ]] Wrong Crush
Novela Juvenil"Aku rasa bukan crush kau yang notice kau, but member dia. Apek tuu! Si Adam! Kau perasan tak masa kita dekat kedai depan sekolah tadi?" cerita Hana kepoh. Ah, kacau! Adam, ataupun digelar 'wrong crush'. Secara tiba-tiba hadir dan menunjukkan minat...