chapter 29 ;kali kedua

175 10 21
                                    

“Alhamdulillah sayang, pembedahan tu dah berjaya.” bisik Arjuna perlahan. Bibirnya singgah di dahi serta pipi Qila.

Berkali-kali dia mengucap syukur kepada Allah kerana mempermudahkan proses pembedahan.

Kini hanya tinggal untuk menunggu hari yang sesuai untuk menanggalkan balutan di mata Qila.

Qila yang nyenyak tidur dibuai mimpi indah mula menggeliat kecil, mungkin sedar dengan kehadiran seseorang. “Siapa tu?”

“Imam awak sayang,” tangan Qila digenggam kemas. “Awak nak apa-apa tak? Dahaga tak? Nak air?”

Aww,.. Awak seorang lelaki selepas Adam yang mampu mengancam kesihatan jantung saya. Arjuna..

“Lapar,” jawab Qila sepatah.

“Okay, saya suapkan makanan dekat awak yaa?”

Qila sekadar mengangguk. Kemudian bersuara. “Awak, mana semua orang? Saya baru je lepas pembedahan, takkan takde orang nak datang melawat kot? Bosan laa, takde teman nak borak.”

“Bosan? Tahun depan saya meriahkan awak yaa?” Terselit tawa dihujung ayat.

Indah betul bunyi ketawa yang keluar dari bibir Arjuna, bagai satu melodi yang mendamaikan jiwa. Dan bagaikan satu getaran arus elektrik mengalir di setiap saraf, urat sendi. Qila jatuh cinta!

Qila diam membisu, cuba menghadam isi tersirat disebalik ayat itu.

Namun Qila kemudian bertindak menampar lembut lengan Arjuna. Wajah Qila mula berubah rona warna, “Apa awak ni?”

“Apa? Betul la.. Awak bosan kan? Nanti kita bina laa family jannah kita, biar meriah. Takde laa sunyi je macam sekarang. Cuba bayangkan, junior Arjuna berjubah dan berserban. Junior Qila pula, berbaju kurung dan bertudung litup. Mesti comelkan? Macam kita laa,” Arjuna mula memasang angan-angan.

Ah, sudah! Arjuna sebelum ni tak pernah ungkit pun pasal baby.. Aku dah laa tak pandai melayan kerenah budak-budak ni, alahai! Aku rasa aku masih budak bawah umur laa untuk dipanggil 'mak budak'!

“Awak! Cepat laa, saya lapar ni!” Qila cuba mengalih topik perbualan. Perasaan segan silu mula menebal.

Sumpah selama ni dia tak pernah sikit pun berfikir tentang ingin punya anak sendiri dalam usia sebegini. Rasa seperti masih muda!

Zaman 'bercrush' pun masih dia tidak dapat 'moveon', ditambah dengan kejutan perkahwinan dengan lelaki misteri. Kini ingin pergi pula kepada zaman punya anak. Tidakkah semuanya berlaku dengan pantas?

Arjuna menyuapkan bubur buatannya sendiri kepada Qila. “Sayang, siapa yaa lelaki yang selalu datang melawat awak?”

“Hmm, emm.. Awak laa,” jawab Qila polos dengan mulut yang penuh.

Meletus ketawa Arjuna jadinya. Syukur juga wad yang menempatkan Qila adalah di wad kelas pertama, tidaklah mengganggu pesakit yang lain dengan ketawa Arjuna.

[[ C ]] Wrong CrushWhere stories live. Discover now