chapter 25 :awak saya punya

161 9 12
                                    

Adam menarik nafas panjang. Usahanya siang dan malam telah berhasil. Kini cawangan kafenya yang ketiga sudah siap sepenuhnya.

Hari ni, hari pembukaan kafenya. Disinilah, kafe yang memberi seribu satu macam rasa. Kafe yang banyak meninggalkan kenangan.

Disatu sudut, pandangannya jatuh pada bengkel memasak. Dia dapat melihat kesungguhan diri sendiri berusaha membuatkan biskut coklat buat Qila hingga 2 ke 3 pagi! Gila! Memang gila! Adam ketawa kecil.

Pandangannya beralih pada sudut kabinet dapur. Dia dapat lihat bagaimana dia sendiri sambung makan biskut buatannya dengan mata yang berkaca-kaca.

Disatu sudut pula, dia lihat bagaimana hari-hari dia menangis kesunyian dan rindu pada ibu dan ayahnya.

Hatinya dicengkam hiba. Dia membesar sebagai seorang anak muda remaja yang kurang kasih sayang..

7 tahun, bukanlah satu angka yang singkat. Dia terpaksa melalui pelbagai macam rencah kehidupan.

Adam tersenyum puas. Sungguh dia puas dengan apa yang telah dia lalui. Dia kini dapat melihat hasilnya!

Bahunya dicuit perlahan. Adam berpaling memandang tangan yang menciutnya.

Dania!

Ya, Dania. Seorang insan yang banyak dia terhutang budi. Dania memperkenalkan Adam kepada atuk dan neneknya. Memberi tempat berlindung dari panas dan hujan.

Setiap pagi, Adam akan pergi menoreh getah bersama atuk manakala petang pula tolong berkebun dan menjual hasil tanaman di pasar.

Dania, sememangnya pernah menaruh hati padanya. Namun, Adam telah berterus-terang dan menolak cinta dari Dania dengan berhemah. Dia tidak mahu kerana cinta, bersahabatan dia dan Dania terputus begitu sahaja.

Macam kisah dia dan Qila. Qila? Begitukah kisah cinta dia dan Qila? Entah..

“Aku dengan Hamzah dah tolong apa yang patut. Kami ingat nak minta diri dulu laa, insyaallah ada masa nanti aku datang lagi yaa?”ujar Dania dengan perutnya yang kelihatan begitu sarat.

Dania mengandung? Yaa, Alhamdulillah.. Selepas berterus terang, secara perlahan-lahan dia menerima hakikat. Tak lama selepas itu, dia dipertemukan dengan Hamzah.

Alhamdulillah, mereka selamat diijabkabulkan dan kini Dania sarat mengandung.

“Terima kasih banyak-banyak Dania, Hamzah. Aku banyak terhutang budi dengan korang. Hari ni korang tolong aku, insyaallah suatu hari nanti aku harap Allah saja yang mampu bantu dalam apa bentuk kesusahan yang korang hadapi,”

“Aminn,.. Okay laa, Adam. Kitaorang minta diri dulu yaa?”

Adam menyambut huluran tangan Hamzah. Kemudian tersenyum manis dan mengangguk kecil.

*****

Qila bersalaman dengan suaminya, Arjuna. Minta restu keluar. Terserlah ciri-ciri isteri solehah gitu..

Arjuna menarik Qila dalam dakapan. “Hmm, sayang.. Kalau tak payah pergi boleh tak?”

Qila yang terkapai-kapai dan hampir mabuk dalam pelukan dada bidang milik Arjuna yang amat selesa, berkerut dahinya. “Tadi awak juga yang izinkan saya pergikan? Abang Afiq dah tunggu dekat luar kot,”

“Ya,saya izinkan awak pergi, tapi entah kenapa rasa tak nak berenggang dengan awak. Takut rindu laa,” Arjuna mengeratkan lagi pelukannya.

Bibirnya tak henti-henti mengucup dahi serta pipi Qila hingga Qila mula naik lemas.

Qila menolak Arjuna perlahan. “Habis tu sekarang macam mana? Bagi saya pergi ke tak?”

“Emm, pergi laa. Tapi jangan nakal-nakal tau! Jangan pandang lelaki lain!”

[[ C ]] Wrong CrushWhere stories live. Discover now