Kafe sederhana besar, ringkas, mempunyai satu pentas kecil yang terbuka kepada pelanggan, atau pekerja sendiri untuk 'berkaraoke' dan begitu sesuai dengan jiwa remaja. Sememangnya pelanggannya kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja.
"Waiter! Take order please!" jerit seorang pelanggan lelaki.
"Okay, kejap!" Adam berlari anak menuju kepada pelanggan yang duduk membelakanginya.
Bersama pemuda tersebut, adanya Hana, dan Qila. "Eh, Ikhmal! Hana! Eh, Qila pun ada?! Awal datang?"
"Well. Ah,kau busy ke?" soal Hana prihatin. Matanya galak memandang Adam atas bawah. Penampilan Adam jauh berbeza pada hari persekolahan.
"Hah, hari ini ramai pula pelanggan. Eh, jap korang semua nak makan apa? Minum?" soal Adam ramah.
"Apa-apa je, janji kau yang masak. Tu pun kalau tak menyusahkan kau la," canda Qila.
"Boleh je, janji korang bayar harga tinggi sikit. Maklum la, kau orang semua ni minta request tukang masak terhebat untuk tolong masakkan! Haha," seloroh Adam.
"Eh, apa pula macam tu? Ala,kitakan member!" sampuk Ikhmal.
"Sebab member laa kena support member hah! bayar mahal sikit! Hahaha,"
Meletus ketawa mereka berempat.
Didalam hati, Qila sempat memuji, Adam yang kemas didalam pakaian seragam kafe, dan mengenakan cap hitam. Qila memandang keadaan sekeliling kafe, kelihatan beberapa mata gadis muda asyik tertumpu pada Adam.
The most handsome waiter boy, and tukang masak. Aku tak heren laa, kenapa kafe ni penuh dengan perempuan gedik! Tersengih manja bila pandang Adam. Kejap, am I? Ah, cemburu? Oh, Please..
*****
"Terima kasih semua, sebab sudi tunggu waktu rehat kerja aku then ajar aku subjek-subjek yang aku lemah. Terharu gila!" ucap Adam. Matanya sedikit berkaca memandang satu persatu wajah sahabat dihadapannya. Terharu mungkin?
"No hal laa member! By the way rumah kau dekat mana do? Kami semua tak pernah tahu pun" tanya Ikhmal.
Qila dan Hana juga terangguk-angguk kecil.
"Sederet dengan kafe tempat aku kerja je, rumah kedai. Ibu dengan abah aku beli kedai tu. Eh, jom laa singgah kejap?" pelawa Adam.
Hana mengerling sekilas ke arah jam di pergelangan tangannya. "Esok tak sekolah, aku okay je. Qila?"
"Aku pun okay je,"
*****
Mereka berempat masuk ke dalam rumah kedai Adam. Kelihatan kemas dan teratur.
"Kedai ni dulu kedai kek,roti, biskut. Kedai ni famous tau! Ibu dengan abah aku, kalau bab memasak biskut, roti, kek. Memang sedap gila!" ujar Adam sambil tersenyum.
Mereka terangguk-angguk kecil.
"Ala.. Cutenya alahai, budak gemuk mana dalam gambar ni? Ya Allah, pipi tuu!" jerit Hana.
Qila turut sama terjerit.
Wajah Adam berubah rona sedikit kemerah-merahan. "Budak tu dekat depan korang ni hah,"
"Oh, ini kau ya? Kecil-kecil cute, dah besar ni handsome pula. Ini buat aku jealous ni hah!" kata Ikhmal seraya ketawa kecil.
Adam turut ketawa kecil."Kau pandai buat biskut ke?" tanya Qila seraya membelek barang-barang di bengkel bahagian dapur memasak.
"Mestilah pandai! Nanti aku buat biskut,roti,kek kau boleh laa rasa. Mesti kau suka punya!"
"Betul ke? Tak sabar nak rasa! Nanti kau cuba laa buat eh? Nak rasa jugak," sampuk Hana.
Adam mengangguk seraya tersengih lebar.
"Eh, dah lambat ni! Jom laa, aku rasa kita kena gerak laa! Kesian Pak Man, mesti lama tunggu kita dalam kereta tu," ujar Ikhmal seraya melihat sekilas ke arah jam dinding.
"Ye laa, terima kasih sekali lagi tau untuk hari ini." ucap Adam ikhlas.
"Esok study group dekat rumah aku pula okay! Jangan lupa," pesan Ikhmal.
"Okay!" jawab mereka serentak.
Kemudian Hana, Qila, serta Ikhmal masuk ke dalam kereta mewah Estima milik keluarga Ikhmal.
"Byeeeee," mereka melambai-lambai tangan sebelum berpisah.
*****
Adam memulakan tugasnya. Walaupun agak kepenatan, namun semangatnya tak luntur. Dia mengenakan apron.
Kemudian dia mencapai tepung,sedikit serbuk koko, telur, coklat cip dan beberapa lagi bahan untuk membuat biskut.
"Ibu,abah.. Tadi tu semua kawan-kawan Adam. Dia orang semua baik-baik ibu, abah. Cuma Adam je nakal sikit, dan tak sebijak diorang tu."
"Adam bersyukur sebab diorang sudi kawan dengan budak nakal, bodoh macam Adam ni," Adam ketawa kecil dihujung ayat.
"Tadi kan,antara diorang semua tu, ada bakal menantu ibu dengan abah tau! Cuba teka?"
Adam membisu seketika, kemudian menyambung kembali.
"Qila nama dia, yang paling cantik tadi tu laa. Eh,ibu! Adam pinjam dapur ye? Nak buat biskut untuk bakal menantu, dan kawan-kawan adam tadi tu."
Adam terus terleka. Dia seperti dapat merasakan kehadiran ibu, abah serta dua orang adik perempuannya.
Ibu,abah serta kedua adik perempuannya mati dalam kebakaran dikampung. Dia terselamat kerana dia berkeras tidak mahu mengikut keluarganya ke kampung. Atas alasan mahu menghabiskan cuti sekolahnya bersama rakan-rakan yang lain.
Adam menghentikan perbuatannya. Air matanya tak dapat ditahan lagi. Dadanya berombak kencang,nafas gelora rindu mencengkam kuat tangkai jantungnya "Ya Allah, rindunya aku dengan mereka semua,"
-tbc-
YOU ARE READING
[[ C ]] Wrong Crush
Fiksi Remaja"Aku rasa bukan crush kau yang notice kau, but member dia. Apek tuu! Si Adam! Kau perasan tak masa kita dekat kedai depan sekolah tadi?" cerita Hana kepoh. Ah, kacau! Adam, ataupun digelar 'wrong crush'. Secara tiba-tiba hadir dan menunjukkan minat...