6 ;ulat bulu

203 10 22
                                    

"Uh,I'mma fall in love baby
You gon' finna catch me!
Uh,give you all of this baby
Call me pretty and nasty!
go, qilaa!"

"Cause we gonna get it
my love, you can bet it on
black! we gon double
The stack on them whoa!
I be the bonnie,you be my clyde
we ride or die
X's and O's"

Afiq ternganga melihat gelagat dua sekawan itu.

Qila dan Hana yang muncul secara tiba-tiba di ruang tamu dengan bergaya ala-ala rapper sungguh berjaya mengejutkan Afiq.

"Hah, hebat tak bang? Kitaorang hebat tak? " tanya Qila seraya mengembangkan hidungnya.

"Hebat,hebat betul. Kau nak aku mampus ke? Islamkan? Masuk rumah bagi laa salam," ujar afiq.

"Alamak abang kau marah!" bisik Hana perlahan.

Qila mencebik. "Terkejut konon, Qila punya terkejut abang tak fikir? Tak sangka abang fanboy! Blink! Qila pun blink yeah! Welcome to kpopers world!"

Qila memeluk abangnya. Fuyoo, tak sangka dalam rumah ni ada fanboy!

"Apa benda kau ni?! Eee dah laa busuk! Peluk-peluk aku pula, blah sana laa budak!"

Qila tersengih, dia merampas phone yang sedang dipegang oleh abangnya.

"Omo..abang diam-diam je kan? Waa! Wallpaper blackpink! Ah,Lisa Manoban! Aigoo,Hana tengok ni..Akak ipar aku! Wah, kyeoptaa."

Hana hanya tersengih melihat telatah Qila dan Afiq.

Afiq mengetap giginya. "Weh, budak bagi balik laa phone aku! Ish, kau ni! Tak pandai hormat privasi orang!"

"Eleh, bila Qila tengok youtube pastu abang tutup WiFi tu? Hormat dan beradab sangat laa?" ungkit Qila.

Afiq memandang Qila dengan pandangan penuh bermakna.

"Hah, jeling-jeling! Fikir Qila takut laa tu? Nah, ambil laa Lisa Manoban ni. Jom laa Hana.. tempat lepak kita, pastu kita fangirling dengan Hakak BLACKPINK! akak ipar aku," usik Qila seraya menarik lengan Hana menaiki tangga menuju ke bilik Qila.

*****

"Abang!.. Afiq! Woi!" Qila membuka langkah seribu mengejar kereta sport merah milik abangnya.

"Celaka punya abang.. Woi! Abang! Arghhh, aku dah lambat ni," Qila meneruskan larian ke sekolah seraya sesekali mengerling sekilas ke arah jam di pergelangan tangannya.

Secara tiba-tiba sebuah basikal berhenti mengejut di hadapannya. "Hey,Qila!"

"Ad,. ..Adam?! Apa ni? Aku nak cepat laa, berhenti mengejut kenapa? Tepi!" Qila memulakan langkah semula yang terhenti seketika.

Adam menuntun basikalnya. Dia turut jalan beriringan dengan Qila. "Qila, kau memang selalu jalan kaki ke sekolah eh? Kenapa aku tak pernah nampak pun?"

Qila memandang wajah tenang Adam. Soalan Adam dibiar tidak berjawab.

Aku tengah serabut nak sampai sekolah dengan secepat mungkin, dia boleh buat sesi temu ramah time macam ni? Hah abang lagi satu, siap kau!

Adam ketawa kecil. "Hey, Qila! Chill laa. Marah nampak? Jangan laa stress sangat!"

Qila merengus geram. Dia mempercepatkan langkah.

Adam tersenyum lebar melihat gelagat Qila, dia juga ikut mempercepatkan langkah bersama Qila.

*****

"Lambat! Nama?!" tanya pengawas yang ditugaskan menjaga pintu pagar sekolah.

Qila membisukan diri.. Dia membongkokkan dirinya, seraya menarik nafas sedalam-dalamnya yang mungkin. Dia betul-betul kepenatan.

Inilah akibat jika tak selalu bersenam.

"Eh, tak dengar ke? Pekak? Aku tanya ni,"

"Kau tak nampak ke name tag aku ni? Aku tengah penat laa! Argh,kau ni!"

"Hmm, kedengaran biadab! Kau nak aku tulis nama kau sebagai pelajar yang datang lambat dan biadab yaa?" ujar pengawas perempuan yang bernama Dania itu dengan sinis.

Qila mengetap bibirnya. Dia nak cari pasal dengan aku ke?! Aku tengah penat ni, Arghh! dasar gila kuasa. Itulah manusia! Bila dah ada kuasa,pangkat sikit dah riak. Setakat pengawas jaga pintu pagar sekolah nih, kau tak ubah macam mak cik jaga laa eee!

Qila mengutuk pengawas bernama Dania itu dalam diam.

"Adam Goh," Adam datang berdiri disebelah kanan Qila.

"Eh, Adam! Kau,. ..kau datang lewat? Kau tak pernah datang lewat. Kenapa ni? Loceng jam rosak eh?"

Qila melihat tingkahlaku Dania yang mula berubah sikap.

Ulat bulu naik daun! Euww, bukan main kau dengan Adam. Dengan aku tadi macam singa betina sakit perut makan nasi basi. Eee! Uwekk! Dasar munafik! Fake fake fakee!

"Hah, kau usya panas kenapa?! Pergilah lari padang sekolah tu hah! Tiga pusingan! Cepat!" arah pengawas itu.

Qila menggenggam penumbuknya. Jangan tanya kalau dekat berita TV 13 nanti ada muka aku yang cute ni. Aku dah berusaha lari datang ke sekolah, pastu kena lari lagi?!

Namun Qila malas mahu menimbulkan lagi masalah dan hanya menurut. Qila memulakan lariannya diikuti dengan adam.

-tbc-

[[ C ]] Wrong CrushWhere stories live. Discover now