chapter 22:another adam

140 10 4
                                    

"Qila? Weh, Qila?"

Pipinya terasa agak perit kerana ditampar-tampar oleh Hana.

"Kenapa?"

Hana menundukkan sedikit badannya, kemudian berbisik. "Adam apa adam?! Apa kau ni! Depan suami kau, sebut nama lelaki lain? Nak kena cerai ke? Eh, jangan buat pasal ya! Setengah jam pun tak sampai lagi!"

Qila tergamam. Huh? Bukan ke lelaki dihadapannya kini Adam?

"Qila, ni ibu kepada Arjuna. Panggil makcik, ibu yaa?" Perempuan dalam lingkungan 60-an mengenggam jari-jemari Qila.

Qila senyum dan mengangguk kecil. Arjuna? Jadi nama suami aku Arjuna? Huh! Nama pelik je, warga asing gamaknya? Indonesia tak? Takkan laa? Dah pupus ke lelaki dekat Malaysia ni?

Dalam diam, dia cuba mengawal perasaannya. Dia jadi sebak, dia kini jadi isteri kepada lelaki yang dia sendiri tidak kenal. Bukan isteri kepada Adam.

Betul laa, kalau benar Adam depan aku ni mana pula datangnya ibu? Adam yatim piatu.

*****

Kedengaran pintu biliknya dibuka. Dia dapat merasakan ada seseorang masuk kedalam biliknya. Hatinya jadi tak keruan seketika.

"Sayang, awak belum tidur?" tegur Arjuna seraya mengeliat kecil kemudian perlahan duduk di atas katil bersebelahan Qila.

Perasaan menyampah dan satu getaran datang menyapa hatinya. Sayang? uwerk..

Qila memilih untuk diam. Dia berbaring dan menarik selimut paras dada.

"Eh, dah nak tidur? Alaa, good night sayang. Sleep well," bisik Arjuna dan menghembus perlahan ditelinga kiri Qila.

Qila merengus kasar. Segera dia menarik selimut naik hingga kepala. Menyampah!

Arjuna senyum melihat tingkah laku isterinya yang dingin. Kemudian dia berbaring disebelah Qila, bibirnya tak henti tersenyum.

*****

Qila terjaga. Entah, masih pagi atau di tengah malam. Pandangan hanya kegelapan.

Tangan serta kaki Arjuna melingkar seperti ular saja gayanya melilit tubuh Qila. Dia menolak Arjuna jauh sikit daripadanya. Behave laa! Pikir aku bantal peluk ke?!

Dia meraba-raba tekaknya yang haus minta diisi air. Berjalan dengan bantuan tongkat, dia belum mahir namun digagahkan juga kakinya untuk melangkah.

Perlahan langkahnya diatur,selama 5 bulan selepas kemalangan setiap langkahnya ditemani mama atau Afiq. Kini, dia perlu melangkah sendiri kerana dia sudah pun berpindah ke rumah baru dia bersama suaminya.

Kerana isu pindah rumah juga yang membuat dia bersikap dingin dengan Arjuna.

Gedebuk!

"Aduhh," Qila mengaduh kesakitan. Dahinya terhantuk dengan dinding bilik tidurnya.

"Bodoh punya dinding! Benci betul! Sakit tahu tak?!" amuk Qila perlahan. Dia tak mahu buat Arjuna terjaga, kerana setiap patah perkataan yang dituturkan oleh Arjuna membuatkan dia nak termuntah hijau kuning tanpa sebab.

[[ C ]] Wrong CrushWhere stories live. Discover now