Jam loceng mula memikul tugas kejutkan Qila diawal pagi. Bukan lagi suara garau lembut seorang lelaki.
Rambut panjang paras bahu miliknya disanggul malas. Dia binggung seketika, berfikir-fikir tentang sesuatu.
Secara spontan Qila bangun dan berlari mencari kelibat mamanya. “Mama! Oh, mama! Mama dekat mana?!”
“Sini haa,” sahut puan Aida dari luar rumah.
Qila segera mencapai tudung mama dan disarungkan ke kepala dan berlari anak mendapatkan mamanya diluar.
Setelah menghampiri mamanya yang sedang berdiri di tepi pintu pagar hadapan rumah, dia dapat melihat wajah puan Aida yang berkerut seribu. Qila memandang pula manusia di hadapan pintu pagar rumah milik mereka. Nah, sudah!
“Apa kau mau lagi? Pergi sana balik laa! Jangan kacau mama aku lagi!” herdik Qila.
“Saya takda kacau apa, cuma hanya melihat mama kamu. Itu saja.” jawab pakcik pakistan jual karpet itu.
“Tak boleh! Tengok pun tak boleh! Pergi sana! Balik!” Qila bercekak pinggang.
Orang tua pakistan itu mula tersengih miang. “Kalau itu macam, saya pandang kamu juga laa. Boleh ka?”
Qila mula naik berang dengan jawapan warga asing itu. Selipar yang tersarung di kaki Qila dicapai dan digenggam . “Tak boleh gila! Kau berambus sebelum aku call polis! Kau nak mati dengan aku ke hah? Dah lama hidup?”
Melihat Qila mula naik berang, dia mula sedikit gelabah. Dia segera mengayuh basikal miliknya berlalu pergi.
“Tahu takut!”
Berderai ketawa puan Aida. “Amboi bukan main garang lagi Qila yaa?”
“Mestilah, orang macam tu tak payah dilayan. Mengada! Lagipun Qila tengok dia miang semacam. Qila tak nak ayah baru macam dia laa mama, oh please!” Qila menekup wajahnya.
Punya ayah tiri macam tadi? Oh, tidak!
“Hey, Qila! Come on! Mama pun ada taste tahu? Bapa tiri Qila,mesti laa kena handsome! Tadi tu tak melepasi tahap ke'handsome'an,” seloroh puan Aida.
Berderai ketawa Qila dan puan Aida.
“Ah, yaa. Sebenarnya kenapa Qila terpekik panggil mama tadi?”
Pertanyaan puan Aida mengingatkan semula tujuan utama Qila mencari kelibat mamanya. “Mama, Qila just nak tanya. Hmm, siapa je angkat Qila baring dalam bilik Qila? Bukan ke semalam kita tidur dekat ruang tamu?”
“Siapa lagi kalau bukan suami kamu,” jawab puan Aida ringkas seraya menyiram pokok-pokok bunga dihalaman rumahnya.
Terlopong Qila jadinya. For real?! Dia bukan bermimpi ke semalam? Bukan sebuah mimpi?!
“Mama! Serius laa? Arjuna? Semalam dia balik rumah ke? Kenapa Qila bangun subuh tadi dia takde pun? Qila tak nampak siapa-siapa pun?”
“Oh, dia pagi-pagi lagi sebelum subuh dah keluar. Solat dekat surau belakang sana hah,”
Qila masih membisu. Matanya hanya melihat mamanya yang sibuk menyiram pokok-pokok bunga dihalaman rumah. Namun secara tiba-tiba matanya berpinar. Kepalanya tiba-tiba sahaja berdenyut kuat.
Spontan tangannya naik memegang dahinya yang berkerut seribu. “Mama,..”
Dunianya bertukar gelap. Qila rebah.
*****
Perlahan-lahan Qila membuka mata. Memandang sekeliling, masih sama. Dia kini berada didalam biliknya. Namun, ada sesuatu seperti tidak kena. Dia tak dapat bergerak seperti biasa, badannya seperti dikunci.
YOU ARE READING
[[ C ]] Wrong Crush
Teen Fiction"Aku rasa bukan crush kau yang notice kau, but member dia. Apek tuu! Si Adam! Kau perasan tak masa kita dekat kedai depan sekolah tadi?" cerita Hana kepoh. Ah, kacau! Adam, ataupun digelar 'wrong crush'. Secara tiba-tiba hadir dan menunjukkan minat...