Adam merenung lama sebatang rokok yang terdapat ditangannya.
Rokok batang itu dicecah di bibir merahnya. Tangan sebelah kiri pula di seluk ke dalam poket seluar uniform sekolahnya untuk mendapatkan mancis.
Mancis didalam poket seluarnya dikeluarkan. Mancis digores,api menyala dan dibubuh ke hujung rokok.
Secara tiba-tiba, seseorang menarik kasar rokok yang terselit di bibir Adam. “Apa yang cuba kau buat ni?! Dah tak sayangkan diri sendiri ke?”
Adam terkelu. Dia sendiri tak faham mengapa dia perlu bertindak untuk merokok. Inilah pertama kali dia memegang rokok batang itu.
“Adam! Apa masalah kau? Jangan sampai rosakkan diri kau! Fikir laa sikit orang sekeliling yang sayangkan kau, ” Ikhmal merenung tepat wajah muram Adam.
Orang sekeliling? Sayangkan aku? Ambil kisah pasal aku? Haha, semua tu pura-pura belaka!
Adam hanya berdiam.
“Kenapa kau berubah? Adam,kau lupa ke?lagi 3 minggu je kita dah nak SPM!”
“Manusia memang memerlukan perubahankan? Korang semua yang selalu cakap macam tu dekat akukan?” ujar Adam sinis.
“Tapi bukan ke arah ni!” Ikhmal mengerutkan dahinya.
Adam diam lagi. Mata dipejam rapat. Dia menarik nafas dalam-dalam, kemudian dihela.“Apa-apa pun tahniah! Jangan cuba sakitkan hati dia, kalau tak aku tumbuk muka kau yang kurang kacak dari aku tu hah!” Adam ketawa kecil dihujung ayat.
Membulat mata Ikhmal.
Apa kena dengan Adam ni? Tadi bukan main dingin? Suddenly? Dia..
“Aku,.. tak faham. Apa kau cuba sampaikan ni? Dia? Siapa dia?”
“Aku tahu kau suka Qila...Qila pun suka kau. Actually, aku dah sedar. Aku bukannya cintakan Qila pun, aku cuma suka dia. Suka dan selesa jadi sahabat dia. Itu je,” Adam berhati-hati menyusun ayat. Perit untuk dia melafazkan ayat tersebut. Pedih.
Melopong Ikhmal jadinya. Qila? Qila suka aku? Jadi betullah?
“Habis apa punca kau muram, dan dingin semacam je bila dengan kitaorang?”
Adam memuncungkan bibirnya, “Aku muram selama dua, tiga hari ni sebab bos tempat kerja aku tu hah. Dia sengaja tak bagi duit gaji, lepas tu aku mogok laa”
Meletus ketawa kecil dua orang sahabat itu.
“Adam, Adam.. Macam budak kecil je kau ni. Cute je perangai kau lamak,” meletus lagi ketawa Ikhmal.
Selama ini, dia, Hana dan Qila fikir Adam punya masalah besar atau mereka ada tersilap kata. Namun sebaliknya.. Adam sedang mogok!
“Dia sengaja nak bergurau dengan kau agaknya? Bos kau tu sporting orangnya kan?”
“Ah, agaknya laa..” tangan Adam perlahan cuba mencapai kembali rokok batang yang dirampas oleh Ikhmal.
“Adam.. Jangan merokok please, tak beri apa-apa faedah pada kau pun!” Ikhmal cuba menasihat Adam. Dia tak mahu melihat Adam tersilap langkah.
Sebagai seorang sahabat, dia memang harus menegur dan memperbetulkan kesilapan Adam.
Adam hanya tersenyum lebar. Dia menepuk-nepuk perlahan bahu Ikhmal.“Aku terharu dapat 'sahabat' yang ambil berat pasal aku. Terima kasih 'sahabat',”
Perkataan 'sahabat' itu sengaja ditekankan. Dia sendiri tidak faham apa yang cuba dia sampaikan pada Ikhmal. Ucapan terima kasih berbaur sindiran? Tapi mengapa? Cemburukah dia dengan Ikhmal? Ya, cemburu.
Ikhmal selalu lebih kehadapan dari dia. Dia yang kekurangan. Dari semua segi jika dibandingkan Ikhmal,Adam cuma mr. nothing.
*****
Adam menarik nafas. Dia tekad, apa pun akan berlaku dia akan terima.
Ketika dia ingin melangkah masuk ke dalam bilik guru disiplin, Dania yang kebetulan mula mengatur langkah keluar dari bilik guru disiplin terperanjat!
Dania menarik lengan Adam yang beralas lengan panjang uniform sekolah. “Apa kau buat kat sini? Pergi masuk kelas laa! Pasal rokok tu jangan risau! Aku dah settle kan,”
Adam mengerut dahinya. “Mana kau tahu?”
“Aku meronda kejap tadi, bersyukur laa giliran aku! Kalau pengawas lain yang nampak macam mana? Jangan laa cuba buat hal! Please Adamm.. SPM lagi beberapa minggu lagi tahu tak?! Kalau kau kena denda ke, gantung ke macam mana?” leter Dania panjang seraya memperbetulkan tudungnya yang kelihatan sedikit senget.
“Kenapa kau kisah sangat pasal aku? Aku ni, cuma calon SPM yang akan menyemak dewan peperiksaan je..” ujar Adam meleret seraya kedua-dua belah tangannya di seluk ke dalam poket seluar sekolah.
“Sebab, aku nak tengok kau berjaya...” Dania merenung tepat ke arah mata Adam.
Adam tarik senyum. Kemudian menundukkan kepala.
kenapa semua orang cakap benda yang sama? Nak tengok aku berjaya? Penipu!
“Terima kasih bebanyak Dania, tapi aku bukan seorang pengecut! Bila aku dah buat sesuatu, itu bermaksud aku sanggup terima risiko yang akan aku hadapi!”
“Termasuk bagi risiko pada perasaan kau sendiri? biarkan hati kau terluka tengok Qila dengan Ikhmal?” soal Dania sinis.
Adam tarik nafas dalam-dalam. Kemudian dihela perlahan. “Yes! Termasuk perasaan aku sendiri,diorang kawan yang paling baik yang pernah aku ada,”
“Oh,please!Jangan jadi bodoh laa, biarkan orang yang kau sayang bercinta dengan kawan baik kau sendiri itu yang dipanggil pengecut! Kau tak berani mempertahankan hak kau! Kau yang suka Qila dulu, tetiba Ikhmal datang senang-senang je dia dapat Qila. Kawan kau tikam belakang kau weh! Kau langsung tak usaha,”
Adam meraup wajahnya “Hak? Hak apa yang kau maksudkan? Jangan sesekali kau cakap kawan tikam belakang! Selagi aku takde apa-apa ikatan dengan Qila, dia bukan hak aku! Dia berhak nak bercinta dengan sesiapa pun, ”
Adam berjeda seketika.
“Aku sikit pun takde hak nak membantah even dia pilih untuk bercinta dengan kawan baik aku sendiri...”
Adam mengatur langkah masuk ke bilik guru disiplin. Meninggalkan Dania yang terpana seketika.
-tbc-
YOU ARE READING
[[ C ]] Wrong Crush
Teen Fiction"Aku rasa bukan crush kau yang notice kau, but member dia. Apek tuu! Si Adam! Kau perasan tak masa kita dekat kedai depan sekolah tadi?" cerita Hana kepoh. Ah, kacau! Adam, ataupun digelar 'wrong crush'. Secara tiba-tiba hadir dan menunjukkan minat...