Riak wajah Qila berubah secara mendadak, terbeliak biji matanya.
Hana juga memberi riaksi yang sama seperti Qila, sungguh tak pernah terlintas sedikit pun dalam pemikirannya.
Manakala Ikhmal pula hanya tersengih geli hati, seraya menekap tapak tangan di wajahnya.
Qila masih tergamam. Banyak persoalan yang muncul di kotak pemikirannya. Antara soalan yang paling penting ialah, kenapa dia?!
*****
Adam menarik nafas dalam-dalam. Dia mula berasa gugup, hujung-hujung jarinya mula sejuk.
Dania memandang Adam lama, kemudian tersenyum kecil. “Good luck! Ingat, 1000 ringgit! ”
Adam mengangguk. Dia memandang sekilas lalu kearah cermin besar yang disediakan dibelakng stage. Sesekali dia membetulkan rambut hadapan didahinya.
Kini wajah cinanya memang sudah kelihatan persis jejaka korea, diikuti ketinggian serta fesyen baju yang terletak elok ditubuhnya.
Bermula dengan bismillah, dia mula menapak keluar dari belakang stage.
Kedengaran jeritan histeria para gadis dari kalangan penyokong. Mungkin terpesona dengan penampilan Adam ditambah dengan wajahnya yang kacak, putih bersih.
Merdu suara Adam buat mampu membuatkan semua mata tertumpu tepat ke arahnya.
Suara yang garau lembut persis Charlie Puth mampu menarik perhatian sepenuhnya para penonton dan para juri.
Don't wanna know if you looking into her eyes
If she holdin' onto you so tight the way I did before
I overdosed
Should've known your love was a game
Now I can't get you out of my brain
Oh it's such a shameThat we don't talk anymore
We don't talk anymore
We don't talk anymore
Like we used to do
We don't love anymore
What was all of it for
Oh we don't talk anymore
Like we used to doBait-bait lagu itu diikuti dengan gerak bibir Qila. Entah kenapa dia rasa lagu tu memang sesuai dengan situasinya tapi apa yang berbeza adalah dia dan Adam tak ada apa-apa hubungan.
Hatinya mula berdegup kencang.
Kenapa tiba-tiba aku rasa menyampah?
Tepukan gemuruh bergema selepas tamatnya persembahan dari Adam dan Dania.
Hana dan Ikhmal juga berdiri seraya memberi tepukan semangat tanda sokongan pada Adam.
Hanya Qila saja masih terdiam. Berdiri tidak, tepuk tangan pun tidak.
Sempat matanya bertembung dengan mata sepek milik Adam, namun hanya jelingan yang dibalas.
“Weh, Mal! Hebatkan Adam kita? Aku tak sangka laa Adam tu ada suara merdu macam tu! Kalau dia jadi artis, ni semua berkat Qila juga laa ni. Cikgu English dia! Mintak-mintak laa Adam dengan Dania tu jadi johan! 1000 ringgit kot!” kata Hana dengan perasaan teruja seraya menyelitkan doa dihujung ayat.
Ikhmal terangguk-angguk. “Betul tu! Aku setuju! Aaamin!”
Qila hanya tersenyum sinis. “Takdenya jadi johan, suara memang merdu tapi gaya dengan aura tu takde langsung. Tengok laa, apa kes asyik main tenung mata masing-masing macam angau atas pentas? Sepatutnya pandang penonton, penyokong, juri!”
Mata kuyu Ikhmal merenung tepat wajah Qila. “Qila, kau.. Cemburu?”
Qila melarikan pandangannya dari terus bertembung mata dengan Ikhmal. “Tak! Sikit pun tak. Kenapa perlu aku cemburu pula?!”
![](https://img.wattpad.com/cover/120884372-288-k194658.jpg)
YOU ARE READING
[[ C ]] Wrong Crush
Teen Fiction"Aku rasa bukan crush kau yang notice kau, but member dia. Apek tuu! Si Adam! Kau perasan tak masa kita dekat kedai depan sekolah tadi?" cerita Hana kepoh. Ah, kacau! Adam, ataupun digelar 'wrong crush'. Secara tiba-tiba hadir dan menunjukkan minat...