Qila menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. "Oh, sebenarnya aku nak ucap takziah eh,.. emm haa tahniah dekat kau,"
"Kenapa nak ucap tahniah pula? Aku belum dapat keputusan SPM lagi pun?" tanya Adam bingung.
Dah ucap tahniah tu, balas thanks sudah laa! Tanya kenapa pula, aku dah laa takde idea nak cakap apa ni eee..
"Tahniah laa sebab dah selamat jawab SPM.. "
"Oh, thanks then" ucap Adam seraya tersenyum manis. Adam dengan senyuman, berpisah tiada!
Qila menarik nafas dalam-dalam. Wajahnya berubah menjadi lebih serius,"Adam, sebenarnya aku nak cakap something ni,"
"Apa dia? Cakap laa"
"Kenapa kau sejak habis SPM ni? Dah seminggu tak join lepak dengan kitaorang?,"
Nah, bukan soalan ni yang aku nak tanya!
Meletus ketawa Adam. “Aku kerja laa, memang itu pun yang aku nak. Maaf laa, sibuk sangat sampai abaikan korang semua."
"Kerja tu lagi penting dari persahabatan bagi kau?" acah je, kata-kata itu tidak terluah melalui bibir Qila. Hanya bergema diruang hatinya.
Dia faham, Adam mesti perlu berusaha keras mencari duit untuk menyara hidup diri sendiri. Adam tiada tempat bergantung. Kesian Adam...
"Oh,takpe laa. Itu je nak tanya, aku balik dulu laa," ujar Qila seraya mahu bangun.
"Kejap, kejap! Kau sebenarnya nak cakap apa? Aku tahu ada something yang kau nak cakap kan?" Adam menghalang pergerakan Qila.
Memang ada pun! Mana tahu ni?
"Eh, tak de laa. Itu je"
Hati cakap lain, mulut cakap lain.
"Kau tipukan? Takpe la, kalau kau tak nak cakap,tak pe. Aku tak nak paksa,tapi kalau kau nak cerita something, aku sedia dengar."
"Aku sebenarnya,.. emm, Mal. Ikhmal, dia cakap dia suka aku."
"Bagus laa tu! Habis tu kau cakap apa dekat dia?” Adam kelihatan seolah-olah teruja dengan topik perbualan itu.
Qila tergamam seketika. “Kau, emm tak cemburu? Kau pun pernah cakap kau suka aku?” perlahan nada pertanyaan Qila.
“Buat apa nak cemburu? Aku suka kau dengan cara yang lain, bukan cara Ikhmal suka kau. Kawan bahagia, memang sepatutnya aku tumpang gembira!” kata Adam bernada ceria.
“Oh,..” Qila terangguk-angguk kecil. “Ah, lagi satu. Ini tentang pertandingan nyanyian lagu Inggeris tu. Aku.. Emm,setuju!”
“Setuju? Setuju apa?” Adam mengerut dahinya.
“Jadi partner nyanyi lagu english tu laa. Aku kan cikgu english kau, aku sepatutnya support kau.” Ujar Qila.
Adam terdiam seketika, seperti memikirkan sesuatu. “Qila, sorry laa. Hari tu kau yang beria-ia tak nak jadi partner aku untuk masuk dalam pertandingan tu kan? Jadi aku tak nak paksa kau.”
“Takpe laa, tetiba aku rasa suara aku ni merdu. Biar laa aku jadi partner kau, kau juga yang merayu-rayu hari tu kan?” Qila berpeluk tubuh memandang Adam.
“Ak,aku.. sebenarnya dah janji dengan someone ni. Emm, sorry ya Qila?” Adam mengusap-usap perlahan belakang lehernya.
“Okay,” Qila segera bangun dan ingin beredar pergi. Entah kenapa hatinya rasa geram, sakit hati, cemburu. Cemburu?
![](https://img.wattpad.com/cover/120884372-288-k194658.jpg)
YOU ARE READING
[[ C ]] Wrong Crush
Teen Fiction"Aku rasa bukan crush kau yang notice kau, but member dia. Apek tuu! Si Adam! Kau perasan tak masa kita dekat kedai depan sekolah tadi?" cerita Hana kepoh. Ah, kacau! Adam, ataupun digelar 'wrong crush'. Secara tiba-tiba hadir dan menunjukkan minat...