Qila termenung dihadapan cermin besar didalam biliknya. “Okay ke aku pakai macam ni?”
Dia meneliti semula penampilannya dari atas hingga bawah.
Mulanya dia malas untuk bersiap pergi bersorak, menonton, dan menyokong pertandingan nyanyian yang disertai Adam. Ditambah pula sekarang ini pukul 4 petang, kemalasan berganda-ganda muncul.
Namun puas digasak oleh Hana dan Ikhmal. Akhirnya Qila memutuskan untuk pergi. Lagipun apa pula kata Adam nanti.
Bersiap ala kadar. Dia mengenakan dress labuh paras lutut berwarna ungu lembut, rambutnya yang panjang paras lengan disanggul malas. Rambut dibahagian depan dibiarkan lepas dikiri dan kanan pipinya.
Dicalit sedikit gincu bibir berwarna merah jambu lembut, siap!
Dia segera turun ke bawah. Kedengaran riuh-rendah keadaan rumahnya.
Setibanya dia diruang tamu,semua mata tertumpu ke arahnya.
Nah, kenapa pula ni dengan semua orang?
Qila mengangkat keningnya. “Kenapa? Ada yang tak kena ke? Jom laa, kang lambat pula,”
Hana segera mendapatkan Qila. “Amboi, cantiknya kau! Tengok laa kau dah buat dua-dua anak teruna orang terpegun!”
Kata-kata Hana itu segera menyedarkan Adam dan Ikhmal yang serentak memandang Qila.
Adam berdehem kecil. Manakala Ikhmal pula berpura-pura menyuakan gelas yang berisi air oren ke bibirnya.
“Nampaknya ada satu hati ni mula berdegup cinta!” usik Adam. Sesekali matanya memandang Ikhmal.
Puan Aida ketawa kecil. “Ikhmal? Nampaknya ada kumbang yang berkenan dengan bunga mama laa! Nahas laa bunga mama kalau papa tahu!”
“Satu hati berdegup dengan cinta, satu lagi berdegup dengan irama kecewa? Kan?” sampuk Afiq seraya memandang Adam tepat.
Adam cuba mengawal riak wajahnya, dia berpura-pura ketawa,“Hahaha,Irama cinta? Irama kecewa? Agaknya ada tak hati yang berdegup dengan irama 70-an ke 90-an?”
“Hah, nak cakap hati mama berdegup irama 70-an, 90-an laa tu! Nakal laa Adam ni! Even mama tua, jiwa mama masih muda tahu? Eh, mama nampak tua ke?” Puan Aida memuncungkan bibirnya.
Kata-kata Puan Aida disambut dengan ketawa besar.
Qila mengerut dahinya. “Ya Allah..Apa yang semua orang merepek ni? Jom laa, kang terlambat pula Adam ni!”
Dia segera bersalaman dengan mamanya. Kalau dia tak mula bertindak untuk bergerak keluar, memang akan macam-macam lagi topik perbualan yang hangat panas keluar.
*****
“Adam! Bagitau laa, siapa yang akan berduet dengan kau nanti?” Hana yang kepoh tak habis-habis mengadakan sesi soal jawab didalam kereta semasa perjalanan.
“Ye laa Adam, bagitau laa dengan kitaorang!” Ikhmal cuba memujuk, ingin juga dia tahu siapa gerangan yang akan berduet dengan Adam. Maklum laa, Adam seorang yang agak pemalu dengan perempuan.
Adam hanya tersengih, dia memandang Qila sekilas. “Kenapa 'semua orang' berminat betul nak tahu? Nanti korang akan tahu juga, sabar laa sikit,”
Perkataan 'semua orang' sengaja ditekankan. Matanya mengerling sekilas lalu ke arah Qila yang kelihatan kurang berminat dengan topik perbualan.
Terangkat sedikit kening Qila.
Amboi, perli aku ke apa dia ni?
Qila menyilangkan kedua belah tangannya ke dada. Pandangannya dibuang ke luar tingkap kereta. “Betul tu,nanti kita semua akan tahu juga. Sabar je,”
*****
Sesekali apabila peserta-peserta yang bertanding menyanyi lagu yang familiar dengan pendengaran,mulut Hana ikut menyanyi sama bersama riak wajah yang seolah menghayati bait-bait lagu.
Namun begitu,mata Hana masih meliar mencari gerangan tuan punya badan yang akan berduet dengan Adam.
Qila hanya memandang sekeliling sepintas lalu. Dia lebih berminat melayan mengantuknya.
Untuk ketiga kalinya mulut Qila menguap, dia mengeliat kecil. Matanya mula berair.
“Woi, cover laa sikit. Ala, kau! Crush kau kat sebelah aku ni kot! Kat sini dah laa banyak kamera, kalau ada yang buat live kat ig macam mana? Buat moment dekat wechat ke? Status dekat whatsapp? Hah macam mana?” Hana berleter perlahan. Tudungnya yang agak melorot kebelakang diperbetulkan.
“Apa kau ni? Fikir sampai macam tu, takde punya laa. Kau je fikir bukan-bukan,” ujar Qila seraya duduk bersandar dengan tegak. Dalam diam, Qila rasa ada betulnya kata-kata karut si Hana.
We are still kids but we're so in love fighting again all odds
I know we'll be alright this timeDarling just hold my hand be my girl i'll be your man
I see my future in your eyesBaby I'm dancing in the dark with you between my arms
Barefoot on the grass listening to our favorite song
When I saw you in that dress looking so beautiful
I don't deserve this darling you look perfect tonightQila hanyut seketika dengan nyanyian peserta lelaki yang menyanyikan lagu perfect daripada Edd-Sheeran.
Sempat dia mencuri rakam gambar peserta lelaki tersebut yang kelihatan berkarisma sekali.
Sekali dua, dan Qila mengerut dahinya.
Apahal kamera tetiba jadi gelap?
Qila panggung kepala.
Ah, dia letak tapak tangan dia dekat kamera rupanya!
Kelihatan Ikhmal tersenyum kecil namun masih berwajah serius.
“Jangan bazirkan memori phone kau dengan gambar-gambar orang yang takde kena mengena dengan life kau. Lain laa gambar aku, nanti kita selfie biar sampai penuh memori phone kau okay?”
Oh,.. boleh tak,nak cakap aku tengah cair sekarang ni? Tolong bekukan aku balik kyaaaaaa
Hana yang berada di tempat duduk tengah antara Qila dan Ikhmal mula menyampuk.
“Untung laa Qila, nak berselfie bagai pula. Nampaknya aku laa tukang ambil gambar hah! Nanti boleh laa korang dua acah ullzang couple,post dekat ig jangan lupa tag aku suruh followers kau follow aku hah,”
Hana ni kalau bercakap je selalu buat aku rasa nak tendang laju-laju. Ullzang couple otak anda! Aku dengan Ikhmal bukan ada hubungan lebih dari kawan pun gila! Tak, ayat terakhir dia tu pahal batak sangat?
Qila menghadiahkan jelingan maut pada Hana. Seolah ingin memberitahu 'Kau minta kena tendang laju-laju tahap boboiboy kuasa tiga'
-tbc-
YOU ARE READING
[[ C ]] Wrong Crush
Teen Fiction"Aku rasa bukan crush kau yang notice kau, but member dia. Apek tuu! Si Adam! Kau perasan tak masa kita dekat kedai depan sekolah tadi?" cerita Hana kepoh. Ah, kacau! Adam, ataupun digelar 'wrong crush'. Secara tiba-tiba hadir dan menunjukkan minat...