"Esok kita start study eh?" ujar Qila memecahkan kesunyian.
"Okay... Kau tak kisahkan kawan dengan budak bodoh macam aku? Maaflah sepatutnya senior yang ajar junior tapi terbalik pula," dihujung ayat Adam, diselitkan ketawa kecil.
Qila menggigit bibirnya. "Halah Adam. Jangan laa cakap macam tu. Tak pe, nanti kita belajar sama-sama. Jangan terlalu merendah diri, aku tahu kau boleh lulus dengan cemerlang dalam SPM ni!"
Adam hanya melemparkan senyuman. Entah, dia memang tak berminat sangat belajar. Dia cuma berminat untuk kerja, kerja, kerja!
"Eh okay laa..Thanks laa temankan aku sampai dekat rumah ni. Jumpa petang nanti ya? Dekat kedai yang kau cakap tadi byee!" Qila melambaikan tangannya.
"Okay,byeeee!" jerit Adam dengan riang. Tak sabar nak jumpa Qila petang nanti!
Hujan mula turun renyai-renyai. Adam mendongak ke atas. Hujan!
"Eh,siapa nama? Adam yaa? Sini laa masuk dulu!" jerit seorang wanita yang kelihatan awal 40-an. Nampak muda, persis arwah ibunya.
"Ah, yaa saya Adam. Tak pe laa makcik, saya nak balik dah ni," tolak Adam dengan sopan. Mak mertua aku ke ni? Eh tak maksud aku, ibu Qila ke ni?
"Singgah laa dulu! Nak hujan tu! Sini,nanti demam." pelawa wanita itu lagi.
Adam dalam teragak-agak mendekati wanita itu. "Segan laa, tak menyusahkan makcik ke?"
"Eh,tak.. jom laa."
Adam mengikut wanita itu masuk ke dalam rumah mewah banglo.
"Duduk laa dulu,mama nak buat air."
"Mama?" tanya Adam.
Mama mertua ke? Alahai mama mertua aku baik orangnya."Ye, panggil mama je. Kejap mama buat air," kata wanita yang lebih mesra dipanggil mama kepada Adam.
"Tak payah laa makcik, eh mama. Mama suruh masuk singgah berteduh ni, dah cukup bagus dah. Lagipun saya tak boleh lama, saya kena pergi kerja nanti," santun adam.
"Adam kerja? Kerja apa?"
"Ambil order,kadang-kadang tu masak sikit. Adam cuma tolong apa yang patut laa,"
"Adam pandai masak? Mesti sedapkan? Qila tak pandai masak,dia pandai makan je haha.." ujar Puan Aida dengan ramah.
"Qila tak pandai masak? Eh, bagus laa. Macam sepadan dengan saya je. Saya pandai masak, dia pandai makan. Tak begitu mama?" kata Adam nakal.
Meletus ketawa kecil dari Adam dan Puan Aida. Adam memang punya satu aura cepat mesra, dan menyenangkan hati sesiapa sahaja disekelilingnya.
"Apa yang riuh sangat tu maa?" sapa Afiq.
"Ni haa, kawan Qila. Nama dia Adam,"
Adam dan Afiq bersalaman. "Islam ke? Ingatkan apek mana laa. Kau ni yang dua tiga hari asyik pergi, balik sekolah dengan Qila kan?"
"haah, ye.. Aku laa tu. Aku selalu pergi dan balik sekolah dengan Qila sebab nak teman dia. Ye la,kesian dia jalan kaki sensorang je,"
Puan Aida tersentak seketika. "Eh, kamu tak hantar Qila ke sekolah ke? Semasa mama dan papa takde, bukan ke mama dah pesan jaga Qila baik-baik,"
"Bukan macam tu maa. Afiq nak hantar, tapi Qila yang nak jalan. Saja laa tu nak berjalan dengan si Adam, ye laa muka Adam ni lebih kurang husband dia dekat korea tu," dalih Afiq.
"Cis, pendusta! Jangan sesekali benarkan lidah abang tu bergerak untuk melafazkan kata-kata dusta!" celah Qila yang baru muncul dari tangga ditingkat atas.
Puan Aida menggeleng-gelengkan kepalanya. "Drama swasta dah nak bermula,"
"Apa pula dusta? Sungguh benar, dan mempunyai fakta yang tepat bukan kata-kata aku? Lagipun kalau jalan kaki ke sekolah dapat turunkan berat badan dan lemak-lemak beku dekat badan kau tu hah!"
"Kurang didikan sivik betul! Shape badan macam ni,model je ada tau! You know nothing! Pokoknya disini,mama.. .Qila nak tuntut keadilan! Tarik semula kereta abang Afiq! Sesungguhnya abang menyalah gunakan kemudahan yang diberi!" Qila mula berhujah persis di mahkamah.
"Sudah-sudah! Tak malu ke depan tetamu buat drama murah macam ni? Ish!" Puan Aida cuba meleraikan pergaduhan antara Afiq dan Qila.
Terbeliak mata Qila. Adam? Bila masa dia ada kat situ? Astaga! Mampus aku kalau dia cerita dekat Ikhmal perangai aku!
Adam hanya ketawa kecil. Jauh disudut hati,dia mula dihimpit rindu. Rindu dengan ibu,abah,serta adik perempuannya. Rindu...
-tbc-
안녕! Haa,tahu. Semua tengah sibuk exam kan? Aku pun, just nak wish good luck! Byeee,잘자♡
YOU ARE READING
[[ C ]] Wrong Crush
Genç Kurgu"Aku rasa bukan crush kau yang notice kau, but member dia. Apek tuu! Si Adam! Kau perasan tak masa kita dekat kedai depan sekolah tadi?" cerita Hana kepoh. Ah, kacau! Adam, ataupun digelar 'wrong crush'. Secara tiba-tiba hadir dan menunjukkan minat...