Arjuna tak berhenti mencium pipi, hidung serta dahi Qila berkali-kali. Lagak seperti mahu berpisah berbulan-bulan dengan Qila.
Qila mula naik lemas. Nasib dia buta, kalau tak ada laa insan yang bakal tumbang kerana penumbuk sulungnya.
“Awak ni dah kenapa?”
Arjuna tersengih. “Kissing spare takut rindu dekat awak esok,”
Qila mengerutkan dahinya. “Awak ingat saya ni spare part tayar ke boleh buat kissing spare ni?”
“Kalau takut rindu sangat bawa je laa saya balik rumah kita. Lusa baru saya kena pergi ke hospital right?”
“Tak boleh, kitakan dah janji?”
“Janji? Janji apa?” soal Qila kebingungan.
Arjuna melakarkan senyuman yang manis dibibirnya. “Biar laa awak spend time dengan family awak pula. Lusa saya datang balik ambil awak, kita terus pergi hospital ya?”
Qila hanya mengganggukkan kepalanya tanda faham.
Suasana hening seketika. Tiba-tiba Qila bersuara. “Emm,saya excited laa nak tatap wajah yang dah banyak tolong saya selama ni. Hah,awak..lepas pembedahan teman saya eh? Saya nak cakap thanks dekat pihak keluarga yang baik hati derma mata arwah anak diorang.”
Arjuna membisu seketika. Jarinya sibuk bermain dengan rambut Qila. “Ya..insya allah,”
“Sayang,.. Kalau laa awak dah boleh melihat, agaknya awak still nak stay dengan saya tak?”
Arjuna berjeda seketika.
“Bukan apa,.. Saya cuma takut nanti bila awak dah boleh melihat awak akan buta balik,” kata Arjuna.
“Hah? Kenapa pula?”
“Sebab terkejut tengok wajah kacak saya?” usai berkata kemudian diikuti ketawa oleh Arjuna.
Qila ikut ketawa. Dia sungguh kini tidak kisah walau bagaimanapun rupa suaminya, apa yang penting dia cuma mahu menatap wajah syurganya.
Arjuna mengerling sekilas pada jam tangan miliknya. “Dah pukul 1 laa sayang, awak kena tidur cepat! Kena dapat rehat yang cukup! Esok spend time dengan family awak, lusa saya ambil awak pergi ke hospital eh?”
Arjuna seolah-olah pengurusnya Qila pula lagaknya. Dia memimpin Qila berjalan ke katil dibilik milik Qila.
Qila mengeluh perlahan. Kalau dengan Arjuna, dia tidak pernah rasa masa seolah berjalan.
“Awak.. Awak tak nak tidur sini ke? Takkan nak balik kot? Pukul 1 pagi..bahaya la,” ujar Qila kerisauan.
“Eh, awak takut rindu saya ya? Haha, dah laa tidur cepat!”
Jari-jemari Arjuna yang digenggam erat oleh Qila dibawa ke bibirnya. Di cium tangan Arjuna, lama. “Awak hati-hati ya?”
Arjuna mengelus pipi Qila. “Jangan risau, saya pergi dulu ya?”
Genggaman tangan Arjuna mula dirasa renggang.
Dagu Qila di tolak ke atas,kepala Arjuna senget sedikit ke sebelah kanan.
Satu kucupan lembut singgah dibibir Qila.
Tergamam Qila jadinya. Bagai satu kejutan arus elektrik menjalar ke seluruh urat saraf tubuhnya.
Arjuna menarik hidung Qila perlahan. “Sayang, saya pergi dulu ya? Assalamualaikum..”
Qila masih lagi terkaku. Salam yang diberi dijawab perlahan. Jemarinya naik menyentuh bibirnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
[[ C ]] Wrong Crush
Novela Juvenil"Aku rasa bukan crush kau yang notice kau, but member dia. Apek tuu! Si Adam! Kau perasan tak masa kita dekat kedai depan sekolah tadi?" cerita Hana kepoh. Ah, kacau! Adam, ataupun digelar 'wrong crush'. Secara tiba-tiba hadir dan menunjukkan minat...
![[[ C ]] Wrong Crush](https://img.wattpad.com/cover/120884372-64-k194658.jpg)