3 ;sticky note

237 15 50
                                    

"Sikat mee guna gigi!"
(She got me gonna crazy)

"Wae,shimjangi ttwini,.. Qila,sambung!"

"Don't be afraid! Love is the way~"

"Show me your kari!(shawty I got it)
You can call me monster!!!"

Keadaan kelas riuh-rendah. Hana dan Qila pula mula menggila dan sangat yakin dengan menyanyikan lagu Monster dari kumpulan Exo. walaupun liriknya kucar-kacir.

"Woi,cikgu on the way! Sekarang dia tengah naik tangga! SEMUA SILA DIAM!" Ketua kelas, yang sama-sama masuk air buat bising mula berwajah serius.

"Alaa, lagi 15 minit je,"

"Apahal nak masuk juga? Dah nak habis waktu kan?"

"Eee,malasnya.."

Rata-rata pelajar, mula merungut. Termasuk Hana dan Qila.

"Bangunn! Good morning sir!"

"Good morning sir!"

"Morning! Semua berdiri! Saya nak tengok homework semalam," ujar Sir secara mengejut.

"What the hell?! Mampus aku belum siap!"

"Sir, ada homework ke semalam?"

Keadaan kelas kembali kecoh.

"Weh, Qila! Kau siap ke tak?" bisik Hana.

"Belum laa, sikit lagi! Alamak, macam mana ni?" Qila cemas.

"Weh, kau kira okay laa. Aku sepatah pun tak buat kot!" Hana menggaru-garu kepalanya.

"NurAqila!" jerit Sir Anandan

"Ah, yes?" degupan jantungnya makin menjadi-jadi. Bukan kerana berdebar melihat ketampanan wajah sir nya, tapi berdebar kerana homework yang belum siap!

"Pergi ambil rotan dan beberapa buah buku didalam kereta saya," arah Sir Anandan.

Lol! Nak minta tolong rupanya. Kenapa perlu jerit-jerit? Tak boleh minta tolong baik-baik ke?

Tanpa banyak cakap dan dengan senang hati, Qila keluar dari kelas dibontoti Hana.

"Nurul Hana! Mana kamu mahu pergi? Masuk kembali laa!" marah Sir Anandan.

Hana yang baru menarik nafas lega, mula tak senang duduk. Alaa, ingatkan boleh lepaskan diri! Qila help me! Jebal..

Tiba-tiba Hana mendapat satu idea. Dia mahu segera lepaskan diri."Sir, may we go to the toilet?"

Berkerut wajah Sir Anandan jadinya. "May we go? Hilang akal fikiran ke? Atau dirasuk syaitan? Mengapa ajak saya bersama pergi ke tandas?"

Habis meletus ketawa terbahak-bahak dari satu kelas. Malu, sumpah malu! Mana nak letak muka ni?!

Hana hanya tersengih menutup malu.

*****

"Mana satu kereta sir? Arghh!"

Dalam sibuk mencari kedudukan kereta Sir Anandan, matanya tertancap pada padang sekolah. Hari ini hari selasa! Kelas sukan! Yeah, boleh cuci mata!

Qila tersenyum lebar. Matanya galak melihat Ikhmal yang bersungguh-sungguh bermain bola sepak dipadang.

Dia menyeluk poket baju uniform sekolahnya. Yes, sticky note!

Qila mula menulis sesuatu diatas kertas sticky note. Hmm, which one dia punya bekas air? Lamak, banyaknya botol air kat sini!

Qila termangu seketika dihujung padang, yang terletaknya botol-botol air pelajar yang sedang bermain di tengah padang.

"Hai Nuraqila.. Apa kau buat dekat sini? Cari aku ya?" sergah Adam Goh secara tiba-tiba.

Qila yang terkejut terus melekatkan sticky note pada botol yang dekat dengannya. "Tolonglah jangan perasan sangat! Dah laa busuk peluh! Eee, blah laa!"

Qila berlari anak pergi dari situ. Lamak kantoi laa! Qila! Kenapa suka buat kerja bodoh?

Adam cuma tersenyum melihat gelagat Qila. Cutie girl!

Dia mengelap peluh yang membasahi dahi serta rambutnya dengan kain kecil yang disangkut pada lehernya.

Kemudian dia mencapai botol air miliknya.

Hai!
Hav a nice day crush ♡

from, your cute secret admire.

"Aish, comelnya budak ni!" Adam ketawa kecil.

-tbc-

[[ C ]] Wrong CrushWhere stories live. Discover now