"Sila ambil kembali semua kertas ujian kamu. Sangat mengecewakan, gagal! Tahu tak apa jadi kalau subjek sejarah gagal? Kamu takkan dapat sijil SPM!" Cikgu Fatimah memulakan sesi ceramah tak bertajuk.
"Tak malu ke? Kertas kamu tu, pelajar junior kamu yang tolong tanda? Tak malu ke diorang semua tengok cara korang jawab? Macam budak-budak!Macam mana kamu nak berjaya? Tolong la ubah sikap!"
Adam menongkat dagunya. Bibirnya tak lekang dengan senyuman. Melihat cikgu Fatimah berleter persis arwah ibunya. Seperti terlepas beban rindu.
"Adam Goh! Saya sedang berleter kamu boleh pula berangan? Keputusan kamu sangat teruk! Kalau tak de sijil SPM, macam mana kamu nak tanggung anak bini kamu nanti? Kamu bagus dari segi sukan, tapi jangan abaikan pelajaran!"
Seluruh kelas mula tertumpu kepada Adam.
Adam hanya tersengih.
Cikgu Fatimah kembali menyambung leterannya.
Namun sesaat dua Adam mula terbayang masa depan dia berkeluarga. Masa depan dia dan Qila. Dia dapat bayangkan,apabila pulang dari kerja,isterinya serta anak-anak menyambutnya didepan pintu rumah. Mesti junior Adam dan junior Qila cute!
Eh eh! Junior Qila? Means Qila jadi wife aku? Lamek! Qila! wife? yeahh! Happy family! Nak bagi makan apa cikgu tanya? Bagi makan nasi la! Nasi goreng aku sedap tau! Qila suka je! Kan Qila?
Makin meleret senyuman Adam. Dia mula menyelak helaian kertas ujiannya yang telah disemak. Namun perbuatan terhenti apabila matanya tertancap pada sesuatu. Dihujung helaian kertasnya.
키라.
키-ki + 라-la = kila? =Qila?!
Qila ke yang semak kertas aku? Qila?! Yess! Nampak sangat dia fanatik dengan aku! Haha,yes yess dia suka aku♡Makin melebar senyuman adam.
Lamunan Adam terhenti.
Dia menggenggam telefon bimbitnya. Sesekali bergolek-golek di atas katilnya. Senyumannya makin melebar.
Thank you Qila. Sejak kenal dengan kau, aku asyik nak senyum je. Rasa mabuk bila dengan kau, aku tak kisah apa yang orang nak cakap. Apa yang penting, aku rasa selesa dengan kau.
Thanks, kalau kau tak jerit kau suka aku hari tu. Maybe sampai hari ni, kita orang asing. Good night Qila!
* * * *
"Kau dari semalam aku usya, asyik tersengih je! Apa hal bro? Takut pula aku tengok kau ni!" sapa Ikhmal.
Sesekali dia mengelap peluh di dahinya. Ikutkan hati malas dia mahu bersukan turun padang. Namun puas diasak oleh Adam akhirnya dia hanya menurut.
"Guess my story!" ujar Adam dengan teruja.
"Amboi, pandai dia speaking sekarang! Malas nak teka, apa dia? Bagitau je laa," Ikhmal tersengih melihat gelagat Adam.
"Apa? You Think i kuno sangat ke tak pandai speaking? I boy clever laa, but lazy nak riak!" ujar Adam dengan confident level tinggi. Confident itu penting!
"Hahaha, astaghfirullah al-azim. Adam! Adam.. Kau cakap bahasa Melayu dah laa,aku nak terkencing dengar kau speaking ni! Hahaha"
"Macam ni laa member! Member memang bersifat so disgusting! Bukan nak support your friend but you gelak at your member. I know laa I not good speaking, I stupid boy." kedengaran seperti nada berjauh hati.
Ikhmal berhenti ketawa. "Alamak jangan laa merajuk Adam! Relax laa aku melawak je. Tak pe, kalau tak pandai boleh belajar. Nanti kita belajar sama ya?"
Adam tersengih. "Inilah member thank you for support me, Thank you."
"Hah, sudah-sudah. Sekarang ni berhenti kejap speaking boleh? Daripada aku nak support kau,aku takut aku tak dapat kawal diri aku dari sepak kau! Actually apa yang kau nak cerita?"
"Qila! Junior yang suka dekat aku tu, ingat? Haa, dia semak kertas ujian aku kelmarin,"
"Ingat, dah tu? Kenapa? Apa yang buat kau tersengih sangat?"
"Aku rasa dia suka aku,"
"Ye, tahu.. Hari tu kan dia ada jerit? Apa masalahnya?" Ikhmal mengerut dahinya.
"Masalahnya, aku rasa. Aku,.. aku macam suka dekat dia juga laa. Aku tak pernah ada perasaan macam ni dekat mana-mana perempuan selain dia," kata Adam dengan malu-malu. Pipinya mula kelihatan sedikit kemerah-merahan. Untung laa putih!
"Cinta monyet je tu! Dia semak kertas kau? But kau boleh tersengih-sengih pula? Tak ke dia akan nampak kau lemah dalam pelajaran?"
"Cinta monyet? Ah, maksud kau? Dia nampak aku tak pandai? Biar laa, dah memang aku tak pandai. Untuk apa aku berpura-pura pandai sedangkan memang aku bodoh..kan?"
Adam tersenyum. Mungkin ingin menutup riak muka yang sememangnya dia mula tersedar tentang hakikat dia kurang cerdik dalam pelajaran.
"Eh, jom laa sambung main bola keranjang! Sukan favourite kau kan?" Ikhmal cuba menukar tajuk perbualan.
Adam hanya mampu tersenyum lagi. Senyum hambar.
-tbc-
YOU ARE READING
[[ C ]] Wrong Crush
Novela Juvenil"Aku rasa bukan crush kau yang notice kau, but member dia. Apek tuu! Si Adam! Kau perasan tak masa kita dekat kedai depan sekolah tadi?" cerita Hana kepoh. Ah, kacau! Adam, ataupun digelar 'wrong crush'. Secara tiba-tiba hadir dan menunjukkan minat...