14 ;untuk someone

139 12 24
                                    

Adam diam. Lama. Fikirannya melayang mengingati kembali apa yang telah dia terbaca kelmarin.

Dear diary,
Hari gila! Finally, aku buat kerja gila. Ini semua sebab Hana. Aku rasa tercabar, akibatnya aku rasa macam tak nak ke sekolah! Arghh! Malunyaa!

“Oh,buku diary rupanya! Agaknya ada ditulis pasal aku tak?” Adam tersengih nakal. Bukan niatnya untuk membaca diary milik Qila, tapi kerana rasa ingin tahu. Dia menyelak lagi helaian diary Qila.

Dua,tiga muka surat sudah Adam baca. Senyuman di bibirnya tak dapat dikawal lagi. Jemarinya tak henti menyelak helaian demi helaian. Namun perbuatannya terhenti.

Dear diary,
Aigoo, apa nak jadi? Memang betul laa! Adam Notice aku! Dia ingat aku sukakan dia, hakikatnya aku sukakan Ikhmal, bukan Adam. Tapi takpe, ini peluang untuk aku rapat dengan Ikhmal! Kyaaaa

Degupan jantungnya seakan terhenti seketika. Adam menarik nafas dalam-dalam, dan dia berulang-ulang kali membaca semula ayat didalam diary milik Qila.

Adam cuba mencari nafasnya yang hilang. Sakit! Setiap kali jantungnya berdegup, ia terasa sakit!

Lamunannya terhenti bila hujan renyai-renyai turun membasahi bumi.

“Awan.. lepas kau kandung air dengan susah, macam mana kau tabah dan mampu melepaskan air hujan turun ke bumi?” gumam Adam perlahan.

Hujan makin lebat,Adam berlari anak ke dalam pondok berdekatan dengan taman permainan yang dibina khas untuk pengunjung berehat dan berteduh.

Adam duduk termenung lagi. Perutnya mula berkeroncong minta diisi.

Pagi tadi, sebelum study group sikit pun dia tak makan. Apabila dirumah Ikhmal pula, piza yang dipelawa hanya dijamah sedikit.

Adam membuka beg sandangnya. Kemudian mengeluarkan bekas makanan yang diisi dengan biskut coklat chip.

Disua biskut itu ke mulutnya. Setiap kali kunyahan itu, hatinya berdegup kecewa. “Qila patut rasa biskut ni. Sedap,”

Adam termenung jauh lagi. Fikirannya melayang entah ke mana.

“Adam?!”

Adam panggung kepala melihat gadis di hadapannya kini. Dania!

“Ah,yaa?” soal Adam.

“Buat apa dekat sini? Sorang je? Mana kawan-kawan kau semua?” tanya Dania teruja.

Satu sekolah sudah sedia maklum tentang perasaan Dania terhadap Adam. Cuma Adam selalu tak ambil kisah.

“Macam apa yang kau nampak sekarang.. Terperangkap sebab hujan ni..”

“Dan dipertemukan kita dekat pondok ni! Macam jodoh je!” Dania memangkah percakapan Adam.

“Hmm..ye laa kot,”

Dania merenung Adam lama.Adam punya wajah yang bersih, bebas jerawat. Hidung yang cantik terletak, bibir merah tanda belum pernah merokok. Ah, mata. Sepasang mata sepet, berwarna coklat gelap.

Perempuan mana je tak jatuh cinta dengan makhluk Allah yang sempurna ni? Ditambah pula dengan sifat periang dan ramah.

Periang! Ke mana perginya perwatakan periang Adam?

“Adam.. Kau ada masalah ke?” Dania memandang tepat anak mata Adam.

“Tak,..takde. Muka aku yang kacak ni nampak macam ada masalah ke?” soal Adam seraya ingin menyimpan bekas makanannya didalam beg sandang.

“Apa tu? Makanan ke? Boleh rasa?”

Adam teragak-agak. Nak bagi ke tak? Aku buat biskut ni untuk Qila. Hmm?

“Nakkkk!” Dania mula merengek manja.

Adam menghulur bekas makanannya. Bagi je laa, Qila bukan nak pun.

“Sedapnya! Eh, nak lagi! Mana kau beli Adam?” tangan Dania yang berkira-kira mencapai sekeping lagi biskut buatan Adam,namun segera dihalang.

Adam segera menutup bekas makanannya dan dilarikan jauh sedikit dari Dania. “Aku buat sendiri. Limited edition je ni,”

“Kau buat sendiri?! Patut laa sedap, kiranya aku ni pun limited edition laa kan? Sebab dapat rasa biskut kau ni,” mata Dania bersinar.

Auchh, chef Adam!

“Tadi tu kesilapan yang tak mampu dielakkan. Lagipun dah rezeki kau, tapi sekeping je. Biskut ni aku buat untuk someone sebenarnya,” terang Adam panjang lebar.

“Eleh, kesilapan yang tak mampu dielakkan konon. Cakap je laa, kau anggap aku someone special tu kan? Kau buat untuk someone? Aku laa tu right?” usik Dania. Hidungnya mula kembang kempis.

“Bukan kau laa,orang lain.”

“Kalau bukan aku siapa?” Dania bercekak pinggang. Kemudian dia menyambung lagi.

“Jangan cakap orang tu Qila sudah laa. Dia tu tak berdisplin, budak comot je aku tengok. Junior kurang sopan, suka melawan! Lagipun dia ada hubungan dengan Ikhmal right? Takkan kau nak rampas girlfriend kawan kau sendirikan?”ujar Dania seraya menyilangkan kedua belah lengannya.

“Dania, please. Jangan bercakap kalau kau tak tahu perkara yang sebenar” Adam cuba berdalih.

Takkan laa?

“Apa? Satu sekolah tengah heboh gosip diorang berdua bercinta! Kau jangan pura-pura tak tahu, orang takkan saja-saja buat cerita kalau diorang tak nampak kemesraan Ikhmal dengan Qila tu,”

Adam terdiam. Dia mula tersedar, satu persatu. Memang dia sedar tentang keakraban hubungan Ikhmal dan Qila, namun dia cuba abaikan. Atas dasar persahabatan. Mungkin?

“Kenapa diam? Betulkan?” Dania mengangkat keningnya.
Adam diam lagi. Hari ini, benar-benar hari yang membuat dia sesak nafas. Dia rasa seperti digelek lori muatan berat hidup-hidup! Dia rasa seperti dicampak tengah laut dan dia lemas!

Kejamnya dunia, terhadap insan yang hanya mendambakan kasih sayang manusia!

-tbc-

[[ C ]] Wrong CrushWhere stories live. Discover now