"Ibu,mak,ummi,mami..!!!!"laung Awni Nazihah sambil menuruni anak tangga. Haih kalau aku ni catwoman aku langkah aje tangga ni. Niat asalnya nak cari ibu terchenta, tapi tak berjumpa plak.
"Iye Awni. Ibu kat ruang Kanopi ni." balas Puan Alyana.Dengan pantas Awni terus berlari dan memeluk ibunya yang sedang menghirup green tea."Oh anak dara tua". latah Puan Alyana
"Apa ibu ni..anak dara tua pulak. Ibu nak ke Awni jadi anak dara tua..."
"Itula..abah pon tak nak nanti bakal menantu abah sebaya ngan abah pulak.Hish..mintk simpang la"usik abah Awni, Encik Hisyam.
Walaupun mereka menetap di kampung.Namun mereka boleh dikatakan sebagai orang berada.Encik Hisyam merupakan seorang usahawan ternakan dan buah-buahan tempatan. Puan Alyana pula usahawan bakery.Dia turut mempunyai bakery yang diberi nama Alyana's Bakery. Awni merupakan anak ketiga pasangan ini. Anak sulongnya bekerja sebagai polis manakala anak kedua mereka seorang doktor muda. Walaupun umur mereka baru menginjak ke angka 45&47. Tetapi mereka telah dikurniakan 3 orang cucu yang kiut miut.
"Abah....sampainya hati.Ingatkan nak backup adik."rajuk Awni.
"Alahai..anak abah ni dah muncung sedepa.Janganlah macam ni.Nanti abah tak boleh nak bezakan mana Awni Nazihah mana itik. Dah serupa sangat dah."usik Encik Hisyam lagi sekali.Puan Alyana tersenyum melihat gelagat dua beranak itu.
"Ibu.."Awni memandang ibunya dengan pandangan-ibu, tengok abah-.
"Abahnye pon...janganlah diusik sangat anak dara kite ni. Hah adik, tadi yang adik beria panggil ibu kenapa?"
"Adik ada something nak share. Abah dengan ibu ingat lagi tak adik ada buat permohonan pensyarah tu...?"
"Yang adik cakap adik saja apply tu ke...?"Soal Encik Hisyam masih samar2 dengan penyataan Awni.
"Yes abah..and now Alhamdulillah adik dapat job tu."
Balas Awni. Gila tak happy. Dia saje je nak try.Memang tak sangka. Itu la rezeki orang kata."Ya Allah..kalau gitu kita kena buat kenduri kesyukuran nih. kan ibunye...?"Soal Encik Hisyam, meminta pandangan isterinya.
"Ibu sokong je.Kalau macam tu, ibu call Awsyad ngan Awsyar ye." Encik Hisyam hanya mengangguk. Lantas,Puan Alyana masuk ke dalam rumah untuk mengkhabarkan berita itu kepada anak anaknya yang lain. Gembira sungguh hatinya.
"Bah..jap gi adik nak keluar eh, boleh tak..?Adik nak share ngan shiera pulak,sambil tu boleh lepak2. Please bah.." Awni membuat muka kiut dengan harapan Encik Hisyam akan mengizinkan.
"Okey..but make sure sblum pukul 6:30 kaki dah jejak rumah. Boleh kan?"
"Okey abah...berehh..janji ditepati gitu.Thanks abah.Muahh"Awni membuat flying kiss kepada abahnya dan terus berlari ke biliknya di tingkat atas.Dia mahu bersiap untuk berjumpa dengan syiera.Tak sabar nye nak kongsi berita ni,Syiera mesti terkejut punya.
Encik Hisyam menggeleng melihat tingkah laku anak bongsunya itu.Dah nak jadi pensyarah pon masih ada sifat childish tu.
Awni mencapai blaus labuh pink dan dipadankan dengan shawl hitam labuh dan seluar slack hitam. Tak dilupakan stokin kakinya.Ok Perfect. Dia lebih suka keluar tanpa make up.Cukuplah sekadar bedak johnson baby dan secalit lipsbalm. Melihat angka di jam tangannya menginjak ke angka 3:50,dia bergegas turun.
Puan Alyana yang baru mendaki tangga terkejut apabila melihat anak daranya berlari tak cukup tanah menuruni anak tangga.
"Nak ke mana tu adik..?"soal Puan Alyana.
"Nak date dengan Syiera jap ibu. Bai ibu, assalamualaikum." tanpa menoleh dia terus mencapai kunci kereta dan bergerak ke tempat yang dijanjikan.
Syiera,my sahabat.Kau tunggu eh.Kau mesti terkejut dinasour punye.Itulah...dulu kau cabar aku sangat kan.Now,aku dah berjaya buktikan yang aku bukan pengecut macam yang kau kata tu.
Kepada anda yang sudi membaca novel ni,thanks sangat ii.Ini first time buat..kalau ada salah atau typo ke atau kurang menarik ke..silalah ringankan tangan komen ye.Hope enjoy part 1 Seindah Pelangi.
_
_Gaiss !!!
Ni akaun bru Naz
@ceknazz
Follow ramai ramai ❤️
Akaun novellover03 tu dah tak pakai tau sbb rasa nama tu cam hahahahah lawak.
Time tu form 2 kutt.Tapi kenangan laaa.
Ok happy reading sayang sayang sekalian. muahhhhh 😍

ANDA SEDANG MEMBACA
Seindah Pelangi (COMPLETE✔)
Romantizm[The Ice Destroyer] #THEICEAWARD2018 Kenapa eh setiap kali drama/novel mesti watak orang kaya yang selalu digunakan.especially anak Dato la,tan sri, and dato seri.Oh tak ketinggalan tengku. Tapi apa bezanya dengan Aryan Hakimi,si anak Dato Seri Maz...