BUNYI CEREK LAMA

115 1 0
                                    

PENGALAMAN PERIBADI

Kisah ni mungkin tak berapa seram pada korang , tapi pada aku pengalaman yang agak misteri . Kejadian ni berlaku kat kampung belah ayah aku di pasir mas kelantan .

rumah separuh kayu separuh batu . Bahagian kayu tak cecah tanah macam rumah kampung lama yg bertiang , kawasan "main hall" lah kiranya .

bahagian batu ni pulak macam biasa lah atas tanah , port untuk para bapak2 dan sedara2 lelaki lepak , kat situ juga ada tempat atuk aku tidur (harap korang faham dan dapat bayang kan rupa rumah ni) .

Aku tak ingat bila berlaku sebab dah agak lama , mungkin sebelom tahun 2003 , tetiba tergerak hati nak cerita kan semula (2016) .

Nak di jadi kan cerita malam kejadian tu aku terasa pelik , terasa janggal sebab sedara2 laki semua terasa mengantuk awal , baru jam 10 semua dah nak tidur kecuali aku dan 3 orang lagi sepupu aku , masa tu ada 10 orang termasuk aku dan atuk aku .
atuk aku memang dah tidur dari awal , biasa nya kul 9 dah lelap , biasa lah penat berkebun .

Satu rekod baru (haha :D) sebab nya bahagia rumah yang bawah (bahagian rumah batu) bergelap dulu sebelom bahagian yg atas (bahagian rumah kayu) .

selalu nya kat bahagian atas ni kalau malam tempat makcik2 aku sembang , tempat budak2 kecil main , juga tempat parent2 dan sedara perempuan tidur belah malam  .berbalik semula pada perasaan pelik aku tadi , baru jam 10 kut memang aku dengan 3 orang sepupu aku ni tak boleh nak lelap lagi lah gamak nya .

kami tak berani buat bising sebab yg lain dah tidur kat bahagian bawah ni .

pelik sebab ? biasa nya kami akan tidur lewat , paling awal pun pukul 1 atau 2 , itu pun pakcik2 aku punya waktu tidur , yg muda2 ni mau subuh baru nak lelap .

biasa lah sedara lelaki bila dah jumpa , kompem riuh nya , biasa nya kitorang sembang2 sambil main daun terup (bukan judi) untuk suka2 je .

malam kejadian pukul 10 dah lelap belaka para lelaki ni , tinggal lah kitorang 4 orang td .

setiap masa yg berlalu malam tu aku ingat sebab aku sentiasa tgk jam dinding .

anggaran waktu.1030pm:
masa tu bahagian bawah tak gelap sgt sebab pantulan cahaya dari bahagia atas yang bercampur bunyi dengkuran sedara aku yg dah tidur (haha) .

aku senyap je tak buat apa sebab kebosanan . sebelah kanan aku ada 2 org sepupu aku yg tak tidur lagi tu , aku gelar mereka ijax dan kemal , diorang berbisik sesama sendiri sebab tak nak buat bising (terasa forever alone aku kat situ haha) .

sepupu aku yg tak tidur sorang lagi duk kiri aku , aku gelar dia izhar . tapi dia terpisah antara 5 org sepupu aku yg dah tidur ni , terpisah sebab nak tidur atas kerusi , masa tu yg lain tidur kat lantai je alas toto .

aku tahu dia tak tidur sebab aku selalu tegur2 dia . masa tu aku tgk bahagia atas terang lagi , makcik2 aku pun rancak lagi duk gosip , sesekali dgr jugak diorang tegur kehairanan bilik bawah dah tidur semua .

anggaran waktu.1115pm:
masa ni bahagian atas dah gelap sikit mungkin ada lampu yg dah tutup sebab ada yg dah tidur agak nya .

makcik2 pun dah tak rancak mana bersembang . bunyi tv aku dapat dengar lagi dan yg paling aku ingat ada makcik aku sorang ni masih lagi sibuk duk menjahit .

aku memang tahap bosan kaw2 masa ni tapi tak dapat tidur lagi sebab bukan waktu tidur aku kan . yg 3 orang lagi buat hal masing2 .

anggaran waktu.1145pm:
masa ni memang bahagian atas dah sunyi , tv pun dah tutup .

lampu pun pasang 1-2 je kat atas sebab tak silap aku ada dua orang lagi makcik aku tak tidur lg , yg tengah menjahit tu dgn sorang lagi teman kan . masa ni aku tak terasa pape lagi , rasa biasa2 je .

anggaran waktu.1215am:
bahagian atas masa ni memang dah total gelap . makcik aku yg menjahit tadi tu pun dah nak tidur . atas dah gelap bawah kompem lah gelap .

memang sunyi lah . si ijax dgn kemal ni memang tak tidur lagi , duk berbisik apa ntah sambil gelak2 kecil . aku tegur lah izhar , dia pun tak tidur lagi .

anggaran waktu.1230am:
bermula lah kejadian misteri . tengah2 sunyi tetiba anak makcik aku menangis , anak makcik aku ni baru nak masuk 3 bulan , lain macam nangis dia masa ni , bukan macam budak yg nangis sebab lapar , seolah2 bayi nangis sebab sakit gitu .

tapi perasaan aku masa tu tak terasa pape lagi . makcik aku pun tenang kan lah anak dia . tak lama pun dia nangis , 2-3 minit macam tu je .

selang 2 minit macam tu aku terdengar satu bunyi dari arah belakang rumah , bunyi macam "CEREK LAMA" , nyaring sangat bunyi nya , tak terlalu kuat tak terlalu perlahan bunyi nya . sepupu aku yg tak tidur ni pun dgr .

tak logik nak kata ada yg masak air sebab nya dah tgh malam dan aku kompem semua dah tidur sebab dah gelap gelita kat rumah . nak kata moyang aku lagi tak logik sebab nya moyang aku ni pun jenis tidur awal dan bilik moyang aku paling dekat dengan dapur dan lagi satu kalau betul ada yg masak air bunyi cerek takkan sejelas yg kami dengar sebab dapur agak jauh dengan tempat tidur kami .

bunyi yg kami dgr agak jelas seolah2 dekat2 pun ada yg pasti nya dari arah belakang rumah . dan yg pelik nya bunyi tu datang dari pelbagai arah kemudian nya .

anggaran waktu.0100am:
start pada tu aku dah cuak . bunyi tu jelas sgt dan bertukar2 arah bunyi , yg aku heran yg tidur ni langsung tak sedar , cuma kami berempat .

aku dah takut nak tegur izhar yg duk atas kerusi , aku tak sure dia dah tidur ke belom masa tu . yg pasti ijax dgn kemal memang dorang tgh cuak jugak agak nya .

masing2 duk berhimpit kat aku . jelas sekali bunyi datang dari belakang rumah lepas tu tetiba bertukar ke depan rumah , atas rumah tanpa berhenti berbunyi sekali pun .

dengar jugak kadang2 bunyi datang dari bahagian atas tempat parent2 tidur . masa tu paling cuak lah . dalam hati aku dorang ni kena pukau ke apa .

aku bersyukur masa tu aku sorang je yg ada 2 bantal , dapat lah aku tutup muka aku , haha . yg lawak nya mungkin si ijax ni takut sgt agak nya dia tegur aku.

ijax: "weyh , bagi bantal kau"
aku: *buat2 kaku
ijax: "baik kau bagi , tu nyi pocong tu"

dalam hati aku masa tu memang tak lah aku nak bg dah dia kata gitu . aku pun tertidur lepas pada tu sebab aku takut sgt . tapi ada sambungan lagi , sambungan dari ijax dengan kemal yg tak tidur ni .

dorang kata bunyi tu memang tak berhenti , dan takde sorang pun perasan atau terjaga . lena betul aku tidur dorang kata . bunyi tu macam biasa lah berulang2 tukar arah .

kejap dari arah belakang rumah , pastu depan , pastu atas , pastu tepi rumah tanpa henti . sampai lah pada pukul 4 bagi atuk aku terjaga . agak nya nak terkencing sebab dia nak bangun dari katil . atuk aku ni dia tak perasan lagi bunyi tu , biasa lah orang tu .

ijax dengan kemal ni pg lah tegur atuk aku ni .

dorang: " tokayah ! dengar tak ada bunyi ? "
atuk: " bunyi apa? " *mula2 atuk masih tak perasan
dorang: " dengar betul2 tokayah "
atuk: " hahh ! " *atuk aku terkejut katanya dorang. atuk aku sambung lagi .
atuk: " korang jangan memain , itu benda keras tu " *atuk aku baring terus sambung tidur .

ijax dengan kemal ni pun sambung baring kat tempat dorang . penyudah nya ijax dgn kemal ni tak tidur sampai bunyi tu berhenti , bunyi pelik tu tetap tak berhenti sampai lah ke subuh .

esok nya heboh lah kejap rumah atuk aku tu , si izhar tu bgtahu kat mak dia . aku tak kata pape . aku mampu senyap je . yang makcik2 aku ni jenis semua penakut , so dorang cover lah kata moyang aku masak air lah , bunyi musang lah , macam2 lah .

ayah aku pulak jenis tak nak bg org lain takut so dia pun menyokong kata2 makcik aku sebab mak aku kata yang ayah aku ni jenis suka berahsia kalau perkara seram ni , alasan nya taknak bg yg lain takut .

sampai sekarang menjadi misteri , aku tak tahu lah bunyi apa , tapi memang bunyi seakan cerek orang dulu2 . kalau korang penah alami perkara yg sama . bunyi apa tu ye

Cerita seram...2Where stories live. Discover now