Daging salai

53 3 0
                                    

Selamat Tahun Baru dan salam Sejahtera. saya nak kongsi kisah kawan saya pada tahun lalu semasa beliau balik dari menjadi pengawas peperiksaan upsr di satu kampung di daerah penampang sabah. cerita ini beliau kisahkan semasa balik dari kampung tersebut ke pekan penampang. dimana sehari sebelum habis mereka bertugas sebagai pengawas peperiksaan ada orang kampung memberi dia daging salai sebagai ole-ole. menurut cerita kawan saya, perjalanan yang mereka lalui adalah selama sehari berjalan kaki bagi yang tidak biasa, dan beberapa jam kalau yang biasa. dimana melalui jalan hutan tebal di sepanjang laluan. dalam perjalanan ini selepas sungai akan mula menaiki bukit sejauh beberapa kilometer untuk sampai ke jalan raya besar dimana kereta siap menunggu mereka. daripada sungai ke puncak bukit ini ada terdapat 6 pondok hentian ( tempat berehat ). kisah seram ini bermula sebelum sampai di pondok pertama lagi jam pada waktu itu adalah lebih kurang 12 tengah hari namun saya tidak perasan. sikutan yang saya bawa terasa berat. masa itu saya dan kawan saya selaku ketua pengawas berjalan bersama sehinggalah ke pondok pertama. selepas itu saya suruh kawan saya ini untuk jalan duluan sebab saya jalan amat perlahan. setelah berehat di pondok pertama saya mulakan perjalanan balik jam sudah 1 petang saya terasa sikutan saya makin berat dan jalan pun makin pelan tetapi saya masih boleh bertahan. sesudah di pondok 2 berehat dan berjalan sudah pun pulul 3 petang dalam perjalanan itu saya terdengar macam berlari di sebelah kiri "krissss.....krissss..." di sebelah kanan pula itu macam ada suara ngauman "hummmmm....hum
mmmmm..hummmm..." tetapi saya tidak teringat apa-apa maksud saya tidak takut dan tidak terfikir hantu atau syitan...selepas pondok 3 macam mau gelap suda sekitar jam 5 lebih,..di sini saya terasa buluh tengkuk saya berdiri!!! segala masa itulah saya minta tolong sebab sikutan saya amat berat sekali dan saya tidak larat lagi untuk berjalan,..samp
ai ke pondok ke empat sudah jam lebih kelibat kawan saya tidak lagi nampak,..segala suara2 yang saya dengar bermacam2..namun saya tidak takut kerana terlampau penat,..kaki saya terasa berat betul macam melekat saja di tanah...pendek cerita kawan saya setiba dia di jalan besar pondok terakhir jam 9 malam sudah kereta dan kawan saya sudah menunggu lama. mereka amat hairan kenapa saya lambat betul sampai, saya ceritakan kisah ini kepada mereka mereka pun diam...ketua pengawas saya lalu tanya saya itu daging salai mana kau simpan?? aaahhhh cilaka betul ini pula mereka minta itu,..kalau saya tau saya bagi juga sialllllllll betul saya menyumpah...dan baru juga tau pasal daging salai itulah penyebab saya diganggu dalam perjalanan dan betul2 saya lupa pasal daging tersebut..jadi sampai rumah saya bagi anjing itu daging itu anjing pun tidak lalu makan... sekian saja kisah yang telah saya kongsi dari kawan saya...tq

Cerita seram...2Where stories live. Discover now