HOSPITAL

33 2 0
                                    

Salam, so cerita aku ni terjadi dkt salah sebuah hospital di kedah. Benda ni jadi waktu aku Form 1. Waktu tu ayah aku kena demam chikungunya. So, disebabkan aku sorg je yang tak jaga ayah lagi, aku decide nak jaga ayah hari minggu. Lepas habis sekolah hari khamis, aku pun bersiap and mak aku hantar gi hospital tu. Sampai kat sana dlm tengahari, semuanya normal sampailah waktu petang dekat2 nak masuk waktu maghrib.

Nak dijadikan cerita, dalam wad ayah aku tu, kecoh pasal sorg pak cik yang dah nazak. Semua family dia berkumpul keliling dia and ada sorg laki aku takpasti sapa yg ajar dia mengucap. Bapak aku pulak cm nakgi tengok mcm mana keadaan dia since ada jugak pesakit yang gi tengok. Bapak aku dah pesan awal2 kat aku suruh aku duduk je kat katil dia means takpayah ikut dia tengok pak cik yang nazak tu.

Aku diam je waktu bapak aku kata cmtu. so bapak aku pergilah tgk pakcik yg nazak tu, lepas je bapak aku pergi, aku pun ikut sekali hehehe. aku sempat tengok sipi sipi je pakcik tu punya badan. memang pucat dan aku syak time aku tengok tu, pakcik tu dah takde.

Semuanya normal lagi malam tu. aku tkda rasa cm gangguan ke apa. sampailah pagi esok. Yup, pagi tu bapak aku dh boleh discharged. So, sbb dh nk discharged bapak aku pun siap2 lah. Dia nkgi toilet so aku temankanlah sbb aku takut bapak aku jatuh.

Okay, toilet tu mcm ni, bila masuk je sebelah kiri tu ada 4buah toilet. Sebelah kanan lak ada dua shower. So sambil2 tunggu bapak aku dalam toilet, aku pun tertoleh lah dekat shower yg kedua, pintu toilet tu mcm nk terbukak pastu aku nampak sosok tubuh org berdiri tegak dgn berpelikat. Tau sapa aku nampak? Pakcik yang meninggal semalam!!

Aku dengan takut2 tu, aku panggil lah bapak aku. Nasib baik, sekali panggil je bapak aku ckp dia dh siap. Fuhhhh.

Jam menunjukkan pukul 12, dsbbkn mak aku ambk kitorg lepas lunch, so bapak aku suruh aku mandi dulu. mula2 aku tknk mandi, disebabkn bnda yg aku nampak tadi, tapi dsbbkn tknk cita kat bapak aku, aku mandi lah jugak.

Aku masuk shower yg first tu. Waktu mandi cm biasa lah, aku nyanyi nyanyi, and semuanya normal time tu. Sampailah bila aku dh siap mandi, and aku nk bukak pintu. mula2 aku bukak, takboleh weiii! dia rasa mcm ada org tarik pintu tu dari luar !! lepastu tetiba aku dgr tapak kaki org berjalan! so aku tanyalah " ada sapa2 ke kat luar? taklawak lah main tarik2 pintu org ni!!"

Tapi takde yng menyahut pun. Waktu tu aku mmg dah duk tak senang. So aku cuba bukak pintu lagi, tapi takboleh jugak. then aku bacalah apa apa yg aku tau, kali ketiga aku try bukak pintu Alhmdulilah boleh.

Lepas aku keluar je mmg tkda sapasapa dlm toilet tu, takpikir panjang aku terus pergi kat bapak aku. Aku call mak aku suruh ambk kitorg cepat2. Walaupun bnda ni taklah seram sangat, tapi mmg aku ingat seumur hidup sbb ni first yg aku kena and aku mmg lepasni kalau boleh tknk bermalam kat hospital.

Cerita seram...2Where stories live. Discover now