Rashidi membaca sekali lagi mesej bertulis tangan di atas Post-It kuning yang masih dipegang di hujung jarinya. Sudah lebih sejam dia terpaku di kerusi menghadap tingkap dari tingkat lima biliknya. Dalam tempoh sejam, mungkin sudah seratus kali dia membaca mesej Post-It itu. Setiap kali itu juga Rashidi merasakan bulu tengkuknya meremang.
Biasanya Rashidi tak ambil pusing gurauan Arlina yang sememangnya pelik. Arlina gemar menulis mesej di atas Post-It sebelum melipat dan menyelitkannya ke dalam kocek baju ataupun seluar Rashidi sebelum mereka berpisah.
'Jangan lupa study chapter 12'
'C U tomorrow pumpkin!'
'I L U'Keeksentrikan - sesetengah orang kata kegedikan - girlfriendnya menjadi buah mulut orang tapi Rashidi tak pernah peduli. Di matanya, si montel itu cukup sempurna. Tapi Rashidi mengesyaki sesuatu yang tak kena malam tadi sewaktu mereka berjumpa untuk makan malam. Sepanjang perjalanan di dalam kereta ke Wak Dol Kopitiam Warisan, Arlina tak banyak bercakap. Mukanya sugul bila ditanya. Mee karinya malam itu pun hanya dijamah sedikit sedangkan itu juadah kegemarannya. Awek, biasa lah ada mood swing, bisik hati Rashidi. Sama ada itu ataupun dia sedih kerana cuti semester bakal bermula esok dan mereka akan terpisah selama beberapa minggu.
Perjalanan pulang ke kolej juga agak tegang. Arlina tak langsung menjawab bila ditanya. Setibanya di Kolej Mawar, dia memandang Rashidi dengan mata yang penuh ketakutan. "Releks B. Releks. Fokus pandang depan" katanya sedikit terketar-ketar. Rashidi hanya tersengih. Dia memang tak suka pandang belakang dan mengingati kisah lama. Dia seorang yang pragmatik. "B, I'm going to miss you so much. So so much!" katanya lagi sambil menyelitkan Post-It kuning ke dalam kocek baju Rashidi sebelum tergesa-gesa keluar dari kereta. Dia hanya ketawa melihat telatah lucu Arlina malam ini. Ah, aweknya memang pelik.
Tapi sekarang, Rashidi tak rasa nak ketawa langsung. Ramai penghuni Kolej Perindu sudah pulang ke kampung seawal tengahari tadi. Dia membaca sekali lagi mesej bertulis tangan di atas Post-It kuning yang masih dipegang di hujung jarinya.
'Belakang awak'
Tulisannya agak cakar ayam, tak cantik seperti selalu, seolah-olah ditulis dengan penuh ketakutan. Rashidi tak pasti sekiranya Arlina tahu dari awal lagi tentang apa juga yang ada di belakangnya sekarang. Panggilan telefon dan mesejnya ke telefon Arlina tak berjawab.
Bunyi itu semakin dekat di telinga Rashidi. Bunyi orang semput bernafas. Bunyi dada turun naik, diikuti dengan bau hanyir daging reput. "Releks B. Releks. Fokus pandang depan". Dia ingat lagi pesanan Arlina. Dia tak akan pandang belakang, walau apa pun terjadi.
-End
YOU ARE READING
Cerita seram...2
HororHighest raking in horror story #134- 16/11/17 #68- 2/7 #8-7/7 dlm pengajaran #37-8/7 dlm hantu #4-30/9 dlm sejarah # 3- 30/9 dlm pengajaran Ye aku tahu copy paste dari buku pertama soo what.. xde benda lain aku nak bagi sinopsis. . Cerita benar dar...