Selama ini aku hanya mendengar dari rancangan seram tersebut tapi kali ni ‘real’ depan mata. Jadi, ini lah dialog antara lelaki tersebut dengan ibu aku:
Lelaki: Siapa ni?
Ibu hanya diam. Setelah beberapa kali ditanya makhluk tu menjawab.
Ibu: Aku tak buat apa-apa la. Aku tak sakitkan dia pun. Aku nak kawan je.
Lelaki: Keluarlah. Pergi balik.
Ibu: Ye lah. Tapi cakap dengan anak dia, jangan suka panggil-panggil.
Berdezupppp! Kena setepek ke muka aku! Aku faham maksud dia! Lelaki tu tengok kearah aku sambil senyum.
Lelaki: Ye lah. Nanti aku cakap. Pergi balik. Bawa sekali kawan-kawan kau tu.
Ibu : Itu bukan kawan-kawan aku. Kau halaulah diorang sendiri.Lelaki tersebut membaca sesuatu. Agak lama. Sebelum dia memberitahu kami yang semuanya dah selesai. Tiba- tiba ibu bersuara meminta air.
Abah terus membawa lelaki tersebut keluar ke ruang tamu. Semasa aku memberi ibu minum (mata ibu masih terpejam dan sentiasa terpejam sepanjang proses rawatan mungkin dia betul-betul tak larat akibat demam) aku bertanya kepad ibu,samada makhluk-makhluk yang ada di kereta aku seperti yang di beritahu oleh ibu pada awal tadi masih ada ataupun tidak.
Ibu berkata, benda-benda tu semua dah lari. Ada seorang seorang lelaki pendek membawa kayu dan menghambat makhluk-makhluk tu sampai bertemparan mereka lari.
Ada yang terbang, ada yang meloncat-loncat dan ada yang mengesot. Huiii! Seriau aku dengar. Aku yakin ibu Nampak lelaki yang mengubat ibu itu yang menghambat makhluk-makhluk tersebut.
Setelah ibu agak tenang, aku keluar ke ruang tamu untuk bertanya kepada lelaki yang mengubat ibu. Menurut jawapan Cik Pendek (panggilan aku untuknya setelah diperkenalkan oleh abah), keadaan ibu lemah disebabkan demam dan emosi yang terganggu (ingat lagi tak aku cakap yang ibu aku marah-marah masa dalam kereta), oleh itu ada mahkluk yang menumpang ikut kami balik semasa kami.
Cik Pendek beritahu lagi, makhluk tu adalah jin betina yang tinggal di simpang Taman Dot Dot Dot… memang kami lalu simpang tu tadi dan itu juga memang laluan aku tiap-tiap pagi ke tempat kerja.
Cik Pendek cakap, jin betina tu tak ganas dan dia kata dia jin Islam. Sebab tu aku dengar tadi Cik Pendek cakap baik-baik je dengan jin tu masa proses rawatan.
Dia cakap lembut je suruh jin tu keluar. Jin tu pun tiada niat jahat dan mudah je untuk meminta dia keluar dari badan itu.
Apa yang menyeramkan aku bila Cik Pendek describe figure jin tu sebagai besar, berjubah lusuh putih, tinggi dan rambut menggerbang menutup separuh badan.
Sama seperti yang aku nampak bawah garaj kereta tadi. Bila aku Tanya pasal makhuk-makhluk yang banyak menumpang dalam kereta aku seperti apa yang ibu aku cakap tu, Cik Pendek kata benda tu semua adalah benda-benda yang tinggal di setiap selekoh jalan yang aku lalu tadi.
Jalan yang aku guna balik dari rumah nenek aku ada tujuh selekoh tajam. Kiri kanannya adalah ladang sawit.
Bila makhluk tu Nampak ibu aku dah kena tumpang dengan jin, mereka ni pun join sekaki saja-saja nak tengok. Sebelum balik Cik Pendek sempat pesan pada aku, jangan taksub sangat dengan cerita-cerita seram.
Dia kata setiap kali kita dok cerita pasal dia, dia akan suka dan tumpang sekaki dengar dengan kita. Berdasarkan pengalaman tu aku belajar banyak perkara.
Pertama, aku masih lagi dengar kisah seram Cuma aku tak taksub. Bila dengar atau baca aku lebih suka ambil pengajaran untuk belajar respek setiap benda di muka bumi samada yang ghaib atau nyata.
Aku juga lebih pandai nilai samada kisah yang aku dengar tu betul atau rekaan semata-mata. Sebab tu dj tu cakap jangan mudah percaya dan terikut-ikut.
Dia dah pesan tapi aku yang tak faham. Sekarang baru aku faham. Aku juga mula dapat tahu yang adik bongsu aku tu rupanya bukan ‘kosong’. Ok lah.
Sampai di sini saja dulu. Terima kasih sebab sudi baca dan jumpa lagi pada pengalaman yang lain pula.
Tamat
YOU ARE READING
Cerita seram...2
HorrorHighest raking in horror story #134- 16/11/17 #68- 2/7 #8-7/7 dlm pengajaran #37-8/7 dlm hantu #4-30/9 dlm sejarah # 3- 30/9 dlm pengajaran Ye aku tahu copy paste dari buku pertama soo what.. xde benda lain aku nak bagi sinopsis. . Cerita benar dar...