depan bilikku.
Aku berpura-pura untuk tidak mendengar dan terus memejamkan mata. Badanku sudah menggeletar. Suara itu semakin kuat memenuhi ruang bilik yang semakin sunyi. Mulutku laju membaca ayat Qursi beberapa kali dengan harapan suara yang mengganggu itu akan pergi.
***
Entah pukul berapa agaknya aku terlelap. Mungkin sewaktu terkumat-kamit membaca ayat Qursi semalam, aku terus terlena.
Kejadian yang berlaku sengaja aku rahsiakan daripada Madihah. Hari ini aku bercadang untuk berpindah hotel lain. Aku tidak sanggup lagi menempuh pengalaman yang sama seperti malam tadi.
“Saya nak check out,” pintaku kepada staf di reception hotel.
“Encik sekarang tinggal bilik berapa, ya?”
“314.”
Waktu itu juga aku dapat lihat wajah wanita itu terkejut apabila mendengar aku tinggal semalaman di bilik 314.“Encik dah bayar untuk dua malam, kan? Kenapa encik nak check out awal?” soalnya.
“Tak apa. Tak apa. Saya nak duduk hotel lain,” sengaja aku tidak menyatakan sebabnya.
“Saya tukarkan encik ke bilik di blok sebelah sinilah, ya?” cadangnya.
Wajahnya masih kelihatan seperti menyembunyikan sesuatu.
“Tak apalah. Mungkin lain kali,” aku menolak lagi.
“Baik. Baik, encik. Kalau macam tu, saya tak boleh nak cakap apa. Sepatutnya tak ada sesiapa pun dapat bilik tu. Mungkin semalam trainee tersalah masukkan encik ke bilik tu,” katanya sambil meminta maaf beberapa kali.
Atas keprihatinannya juga, dia menghubungi pengurus yang bertugas agar aku dapat menebus kembali duit yang telah aku bayar untuk semalam lagi. Pihak pengurusan hotel bersetuju untuk mengembalikan bayaran untuk kedua-dua malam. Mereka juga meminta jasa baik aku agar tidak menceritakan perkara yang berlaku kepada orang lain.
“Bilik tu ada apa-apa, ke?” tanyaku menduga sebelum pergi.
“Err... Ermm... saya pun tak berani nak cakap encik. Kami semua dapat arahan untuk tidak benarkan sesiapa masuk ke dalam bilik 314 tu. Sebabnya kami sendiri tak pasti, encik,” katanya tergagap-gagap.
Aku terpaksa akur walaupun belum cukup berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Walaupun begitu, aku bersyukur kerana tiada apa-apa yang berlaku kepada aku dan keluargaku.
Cukuplah pengalaman ngeri untuk semalam. Pengalaman bercuti di Cameron Highlands bermula dengan sesuatu yang tidak mungkin dapat dilupakan. Jika ada kesempatan lagi ke sini, sudah pasti Hotel H ini bukanlah pilihan utama.
Tamat
YOU ARE READING
Cerita seram...2
HorrorHighest raking in horror story #134- 16/11/17 #68- 2/7 #8-7/7 dlm pengajaran #37-8/7 dlm hantu #4-30/9 dlm sejarah # 3- 30/9 dlm pengajaran Ye aku tahu copy paste dari buku pertama soo what.. xde benda lain aku nak bagi sinopsis. . Cerita benar dar...