Tempat ku Bukan di Sini

30 2 0
                                    

Lagu cinta meleleh-leleh yang berkumandang di radio segera dimatikan. Sudah beberapa saluran radio dia tukar tapi masih tetap lagu-lagu dari jenis yang sama mereka mainkan. Sudahnya ditutup sahaja. Waktu perjalanannya masih lama lagi. Matanya sudah semakin kecil, namun digagahkan juga memandu. Menyesal terbit di hatinya kerana memilih malam buta sebagai waktu untuk ke destinasi ini. Malas hendak menunggu sehingga esok, bimbang jadi apa-apa pula nanti. Dia juga yang susah. Segala kerja harus dilakukan dengan jayanya. Lagipun dia memang memerlukan wang. Tingkap pemandu di buka, asap rokok terbang beralun di bawa arus pawana. Itu sahaja 'ubat' tahan mengantuk yang dia ada.

Beberapa minit memandu, tiba-tiba kelihatan cahaya merah biru yang berkelip-kelip tidak jauh di hadapan. Matanya menjadi cergas secara automatik. "Road block! aduh mampus aku!" Dia terkejut. Cepat-cepat tali pinggang keledar ditarik dan dipasang. Perlahan-lahan keretanya melepasi anggota-anggota beruniform biru. Seorang menyuluh ke dalam kereta, lima orang lagi memegang senjata. Tingkap diturunkan, kad pengenalan dan lesen diserah tunjuk kepada salah seorang anggota tersebut. Butir diri dan gambar kacaknya diperhati.

"Encik Sharil nak ke mana tengah-tengah malam ni?"

"Balik kampung, Tuan. Err, jenguk orang tua, mereka sakit. Saya dari KL tadi."

Anggota-anggota polis yang lain menyuluh dan memeriksa ke dalam kereta Sharil. Setelah berpuas hati dengan jawapan dan melihat tiada apa -apa yang mencurigakan padanya, anggota-anggota berkenaan pun memberi laluan kepada Sharil untuk meneruskan perjalanan.  Kebetulan ada sebuah van di belakang kereta Sharil yang sedang menunggu. "Ada kes apa ni Tuan?" Kata Sharil. Biasanya jika ada sekatan jalan bersenjata begini pasti ada kes besar. "Tak ada apa, cuma sekatan jalan biasa. Ok, awak boleh jalan". Kata anggota-anggota tersebut kepada Sharil. Sharil bersyukur dan menarik nafas lega.

Sempat juga salah seorang daripada mereka memberi pesanan supaya hati-hati jika melalui kawasan lereng bukit di hadapan nanti. Sharil hanya mengangguk, padahal dia pun tidak jelas apa yang dia anggukkan. Berdasarkan daripada gaya tubuh polis tadi, Sharil macam dapat mengagak apa yang ada di situ. Dengan mata yang kembali segar, Sharil terus menyambung perjalanan. Di atas lebuhraya memang tiada satu pun kereta yang lalu lalang, kecuali bas dan lori-lori besar. Suasananya sunyi dan samar hanya diterangi lampu kuning jalan. Sengaja Sharil memilih untuk melalui lebuhraya lama ini demi memotong masa. Tak sangka pula dia akan bertemu dengan sekatan jalan raya tadi. Keadaan lebuhraya nampak tidak terurus dengan rumput dan lalang yang memanjang di kiri dan kanan. Sharil gagahkan jiwa dan hati.

Beberapa ketika Sharil tidak sedar yang dia sudah pun melalui kawasan lereng bukit seperti yang diperkatakan. Betul-betul di kiri dan kanan lebuhraya terdapat lereng bukit berbatu yang disulami dengan pokok-pokok rimbun. Mata Sharil mulalah meliar ke kiri dan kanan sambil membaca apa-apa yang patut. Kawasan jalan menjadi agak sedikit gelap kerana terlindung dek lereng bukit. Walaupun ada lampu jalan, tetapi pencahayaan masih samar-samar. Hati Sharil semakin gelisah. Hanya keretanya sahaja yang berada di atas jalan pada masa itu. Pedal minyak ditekan lagi bagi menambah kelajuan. Aneh. Enjin keretanya bagai tidak mahu pergi, berat dan terhuyung-hayang. Padahal jalan rata, bukan naik bukit. Tapi kenapa terasa berat?

Sharil tukar pada gear rendah, pedal minyak ditekan lagi. Enjin kereta menderu kuat, namun daya pacuan macam tidak ada. Sharil berdebar-debar, baginya ini bukan sebab masalah teknikal pada kereta. Sharil cuba kawal perasaan dan tenangkan diri. Hatinya tergerak untuk memandang ke cermin pandang belakang. Muka Sharil berpeluh, dia pantas memandang semula ke hadapan. Rupa-rupanya ada 'seseorang' yang sedang menumpang dan 'dia' duduk elok di kerusi belakang. Kelibatnya gelap disorok samar malam. Saat kereta melintasi lampu jalan, baru bentuk tubuhnya kelihatan. Dalam ketakutan, Sharil cuba membuat kepastian l

agi. Dia berpura-pura mengambil telefon bimbitnya di sebelah kerusi penumpang sambil matanya menjeling ke kerusi belakang.

Ya Allah, ya memang benar dan confirm ada 'perempuan' sedang duduk di belakang. Sharil mula panik dan terus mengalihkan cermin pandang belakang. Dia tak mahu lihat wajah 'perempuan' itu. Apa yang Sharil sempat lihat, rambutnya panjang mengurai melepasi bahu. Bajunya putih yang sudah kusam dan lusuh. Dalam waktu genting sebegitu baru Sharil sedar bahawa tindakannya mengalihkan cermin pandang belakang hanya mengundang padah kerana dia tak dapat memastikan apa kegiatan 'perempuan' itu di belakang. Macam mana kalau 'dia' menghulurkan tangannya ke leher Sharil, ataupun menghulurkan kepalanya ke sisi Sharil? Sharil jadi tak keruan, dia terus menekan pedal minyak sehingga ke lantai. Enjin menderu kuat, tetapi halaju kereta bagaikan 40km sejam sahaja.

Setelah beberapa minit pemanduan yang menyeksakan, Sharil terus melencong masuk ke stesyen minyak 24 jam di hadapan. Hatinya lega. Ada sebuah kereta pacuan 4 roda sedang mengisi minyak. Sharil berhenti di tepi tempat mengisi angin dan terus berlari keluar dari kereta. Dia terduduk di tembok tepi jalan sambil memerhati keretanya. Sharil tahu tindakan menghentikan kereta ini sebenarnya agak merbahaya. Lelaki yang sedang mengisi minyak memandang Sharil dengan reaksi hairan. Setelah selesai meletakkan pemicu pam di tempatnya, dia datang perlahan-lahan ke arah Sharil yang resah gelisah bagai disampuk hantu.

"Salam. Kenapa ni bang?" Lelaki tersebut ingin tahu.

"Ada perempuan tumpang ikut aku tadi dalam kereta!" Kata Sharil separa
mengigil

"Mana? Tak ada pun bang." Lelaki tersebut menjenguk-jenguk ke kereta Sharil

"Memang tak nampak, sebab perempuan tu hantu! Rambutnya panjang!" Jelas Sharil

"Macam ni lah bang, mungkin abang penat sangat ni. Tak jauh dekat depan ni rasanya ada hotel bajet. Abang berehat dan tidurlah di situ dulu. Esok pagi-pagi abang sambung semula perjalanan." Lelaki itu cuba menenangkan Sharil. Sharil dan dia sempat berkenal-kenalan dan bersembang ringkas.

"Saya Mail. Datang ke kawasan ni atas urusan kerja. Kerja saya ni reporter yang menulis artikel-artikel seram. Saya dapat tahu dekat satu kampung pedalaman sana ada satu dukun yang berkebolehan melihat alam ghaib. Saya nak interviu dia. Dukun Awang namanya. Malam ni saya nak gerak ke sana, insyaAllah esok subuh sampai la sana" Kata lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Mail itu.

"Kau ni, aku lagi nak mengelak hantu, kau boleh pulak nak cari hantu ya?" Sindir Sharil

Mail hanya tersenyum,  Katanya kalau ada ruang nanti dia akan memasukkan cerita Sharil diganggu hantu ini di artikelnya. Dia menaiki semula ke pacuan 4 rodanya dan terus beredar. Sharil keseorangan sekarang, baginya lebih baik dia berehat dulu di hotel yang Mail katakan tadi. Dirinya masih ketakutan. Tubuhnya memang cukup lemah, matanya pula sudah mengantuk yang amat. Sharil boleh saja berehat dan tidur di kereta, tetapi kejadian sebentar tadi membuatkan dia trauma. Bimbang hantu perempuan tadi datang semula duduk di kerusi belakang. Eee, mengerikan!

Wang kertas RM30 bersilih tukar dengan kunci bilik. Dengan lemah longlai Sharil menaiki tangga menuju ke bilik 280. Amoi Cina penjaga kaunter menjeling keluar dan memanggil semula Sharil.

"Hey kawan, itu lu punya amoi tak mahu bawak naik sekali ka?" Katanya sambil menunjuk ke luar.

"Amoi mana? Saya datang seorang saja ni maa.." Sharil hairan

"Itu amoi rambut panjang, dalam lu punya kereta."

Berderau terus darah Sharil bila mendengar kenyataan daripada amoi di kaunter tersebut. Macam mana 'perempuan' itu boleh ada lagi dalam kereta? Sharil terus meluru naik ke atas dan masuk ke dalam bilik yang di sewanya. Setelah membasuh muka dan mandi kerbau, Sharil terus berbaring di katil. Dia tak mahu memikirkan satu apa pun malam itu. Bilik bersaiz sederhana kecil memberikannya satu kenikmatan rehat baginya. Tidurnya lena tanpa sebarang gangguan, sehinggalah kedengaran bunyi pintu biliknya diketuk. Ini mesti amoi penjaga kaunter di bawah tadi. Jam baru pukul 3.16 pagi, dia nak rbabas lalu menghentam penghadang jalan. Sharil dan keretanya terperosok menghentam lereng bukit di tepi lebuh raya.

Beberapa anggota peronda berkejaran ke kawasan kemalangan. Sharil bernasib baik kerana ditemukan masih bernyawa lagi. Namun ada suatu penemuan yang lebih mengejutkan di kawasan nahas. Polis telah menjumpai beberapa plastik hitam yang berisi daging-daging manusia di dalam bonet milik kereta Sharil. Berdasarkan penyiasatan, mayat tersebut dipercayai milik seorang perempuan yang telah dibunuh sebelum dikerat-kerat anggota badannya. Sharil kemudiannya disoal siasat, maka terbongkarlah segala kegiatan kes pembunuhan tersebut.

Sharil rupa-rupanya telah diupah oleh seorang lelaki yang bernama Nasir supaya membuang serta melupuskan anggota-anggota badan tersebut di sebuah hutan. Dipercayai perempuan ini telah dibunuh oleh Nasir, dan apa yang lebih memilukan perempuan ini sebenarnya merupakan isteri Nasir sendiri. Nasir dan Sharil akhirnya telah ditangkap oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjut. Mereka berdua bakal menanti hukuman yang setimpal atas perbuatan mereka tersebut.

Bagi yang tertanya-tanya apa kaitan watak Nasir dalam cerita ini, sebenarnya cerita ini adalah kesinambungan daripada kisah seram kami yang bertajuk "Berhenti Bernafas".

Cerita seram...2Where stories live. Discover now