13 tahun yang lalu

90 3 0
                                    

Ya,agak lama sebenarnya..hampir 13 tahun lamanya cerita ini... Ketika itu, tahun itu...merupakan tahun aku bakal menduduki salah sebuah peperiksaan yang akan menentukan hala tuju hidup aku....SPM. 

Aku bersekolah di sebuah sekolah biasa-biasa sahaja, namun terdapat juga para pelajar kelas khas iaitu pelajar-pelajar pekak dan bisu. Kelas-kelas mereka berada nun jauh di belakang bangunan sekolah....Sempat jugaklah aku belajar bahasa isyarat...namun untuk berkomunikasi seperti pakar tidaklah sampai ke tahap itu....

Sekarang pun hanya ingat 'menutur' abjad A hingga Z sahaja.... sudah lama barangkali tidak mempraktikkannya....

Sekolah aku juga ada satu blok ASPURA dan satu blok ASPURI bagi menempatkan para pelajar yang jauh kampung halamannya. Juga teguh berdiri bangunannya di belakang blok-blok kelas di sekolah itu. 

Biasalah, kalau bercerita mengenai Asrama..tidak kiralah di sekolah mana pun pasti akan diselaputi dengan cerita-cerita pelik dan menakutkan..lebih-lebih lagi ketika tiba waktu peperiksaan... pernah juga mendengar dengan perasaan seram secara kecil-kecilan apabila mendengar kawan-kawan bercerita mengenai apa yang berlaku....

pernah di antara mereka berhadapan dengan makhluk Allah tu yang mengejek dengan tersengih selebar-lebarnya apabila kawan aku TERlihatnya di tengah malam di sebalik tingkap dan mengalunkan Azan secara lintang pukang (bacaan berterabur angkara terlalu takut..)..

kesudahannya kawan aku pitam kerana makhluk Allah itu sengih sampai ke telinga.....ada juga yang pernah ternampak hantu askar2 jepun berkawad tanpa kepala sambil memegang senapang di perkarangan sekolah.....adei... 

Aku adalah pelajar harian biasa...berulang alik dari rumah ke sekolah..kadang-kadang berjalan kaki..kadang-kadang menaiki basikal....jarak pun tidak jauh...agaknya dalam 1 kilometer jauhnya,mungkin.... kalau sekarang berjalan kaki dengan jarak sebegitu, kompem dah mengah...hehehehehh

Cerita aku ada kaitan dengan asrama, kelas pelajar khas dan SPM.  Tahun tu kelas aku  mengambil mata pelajaran Seni dan projek untuk SPM pada tahun tu adalah menghasilkan produk batik....

start from scratch, okay.... daripada membuat sketch pada drawing block..design corak pilihan...merentangkan kain putih pada kayu,mencanting kain..mewarna bagai lagi ha....

sampailah akhirnya menjadikannya satu produk....entahla..lupa pula bagaimana orang yang ada bakat kaku ni boleh terjerumus membuat kerja-kerja seni ni....hahahaah

Al kisahnya bilik kemahiran hidup/seni yakni tempat kami membuat kerja ni betul-betul berdekatan dengan kelas pelajar istimewa dan tidaklah jauh dengan Aspuri....

Untuk makluman (pergh...macam karang emel rasmi pulak...) oleh kerana bilik tu nun jauh di belakang sekolah...erm...cubalah korang imagine suasananya.....sunyi....kelam....dan kalau tak silap aku ada beberapa batang pokok kemboja di antara kelas khas dan bilik kemahiran hidup/seni....

kalau lewat petang mmg sahih korang rasa macam nak blah atau bahasa sopannya - untuk tidak berada di kawasan itu.... Nak dijadikan penyebab, salah seorang kawan aku ni punya kerja (batik) ada masalah...lepas dia warnakan hasil kerjanya, dia sandarkan kayu (yang dilekatkan dengan hasil abtik tu) pada dinding kelas....

esoknya, habis jahanam sebab masa dia sandarkan kayu tu, warna pada kain masih belum kering...elok je kaler tu membentuk corak yang menyakitkan hati.  Nak tak nak, terpaksalah kawan aku tu buat balik dari mula....

Oleh kerana tak sanggup biarkan dia buat sorang2..sepanjang minggu tu aku temankan dia...tiap-tiap hari balik lewat dari sekolah...paling lewat pun dalam jam 5 petang....

Hari entah kenapa, sambil2 teman dan touch up hasil keje aku, kitorang seakan-akan tidak sedar dengan masa yang kian berlalu....aku ingat lagi..hari tu hari Khamis....

Cerita seram...2Where stories live. Discover now