Kawasan rumahku macam jauh sedikit dari jalan besar. Rumah rumah pun tak banyak, ada 4 rumah je. Belakang 4 buah rumah ni (termasuk rumah aku) ada sungai. Dulu jiran sebelah kiri rumah aku tu ada penghuni, tapi dah pindah ke tempat lain sebab kawasan rumah aku ni selalu banjir kalau hujan lebat. Yang paling teruk rumah sebelah kiri tu lah. Agaknya, motip dia pindah maybe disebabkan banjir kot.
Tak lama lepas family tu pindah, ada sepasang suami isteri warga indon datang menyewa kat rumah tinggal tu. Si isteri tengah sarat pregnant. Suami kerja buruh.
Nak dijadikan cerita, satu pagi, isteri indon tu sakit nak beranak. Suami dia panik, datang kat rumah aku nak mintak tolong. Kak long aku ada kat rumah time tu. Dia suruh laki dia bawak kereta, nak bawak isteri indon tu gi hospital. Ntah macam mana, abang ipar n kak long aku tak sempat nak bawak isteri indon tu gi hospital. Dia mati kat rumah bersama2 baby dia sekali. Maybe disebabkan fetal distress n maternal distress kot. Laki dia menangis la.
Abah aku tnya indon tu, dia agama apa, dia cakap dia Islam. Bini dia pun Islam. Pas tu, majlis pengkebumian dilakukan mengikut syariat Islam di tanah perkuburan kampung aku.
Misterinya start pada malam itu.
Satu ribut petir yang maha dasyat berlaku kat kampung aku. Atap2 zink rumah siap tercabut. Pokok2 patah dahannya. Banyaklah kerosakan yang berlaku kat satu kampung.
Pagi esoknya gempar berita dari tanah kubur. Kubur bini indon yang baru kebumi semalam tu berlubang! Kubur tu pun kena natijah akibat ribut malam tadi tu. Satu pohon ara yang besar telah patah dahannya n jatuh menghempap kubur penduduk lain. Habis simen2 kubur2 tu retak dan pecah.
Orang kuat kampung aku gi tanya laki indon tu, akhirnya dia mengaku yang bini dia tu Kristian. Dia sorang je yang Islam. Pastu, kena la pulak gali kubur pompuan tu, alih kan mayat untuk dikebumi kat kawasan pengkebumian orang kristian. Menyusahkan btol la laki indon tu :@ Dia pun pindah rumah tak lama pas tu.
Ingatkan hal ini dah setel. Rupanya tidak. Tak berapa lama lepas kejadian tu, adelah sumber2 yang mengatakan dorang ternampak cik ponti kat atap rumah indon tu semasa dorang lalu depan rumah tu. Pastu terbang sambil dukung figura seolah2 bayi di pelukan dia n lenyap kearah sungai belakang rumah dia.
Nasib baik la keluarga aku tak kena kacau. Mak aku pun penah nampak cik Ponti tu kat dahan durian umah kitorang. Mak aku wat derk je.Mak teruskan kerja dia menyapu sampah. Cool lah mak ni
Pernah satu malam tu satu family dengar hilaian ponti tu. Aku pun dengar tapi aku ni sengal ingatkan tu bunyi haiwan2 dari hutan sebelah sungai belakang rumah aku. Aku dah biasa dengan bunyi haiwan2, so aku tak amek port laSkang ni, rumah tu dah dirobohkan. Tapi masih ade lagi tu aura scary dia. Kalu aku lalu depan rumah tu malam malam, aku pecut moto aku laju2. Hehe....
YOU ARE READING
Cerita seram...2
HororHighest raking in horror story #134- 16/11/17 #68- 2/7 #8-7/7 dlm pengajaran #37-8/7 dlm hantu #4-30/9 dlm sejarah # 3- 30/9 dlm pengajaran Ye aku tahu copy paste dari buku pertama soo what.. xde benda lain aku nak bagi sinopsis. . Cerita benar dar...