Suatu hari kawan baik aku Ash called aku. Aneh tak pernah dia called pukul 2-3 pagi. Aku picked up called dia.
Ash: Zira tolong aku zira
Me: Asal weh?
Ash: Kau datang jumpa aku dulu boleh?
Zira: okay2 aku datang sekarang.Jam 3 pagi. Kereta aku meluncur laju atas jalan raya. Dada aku berdebar laju. Suara Ash menangis tadi seolah-olah terus bermain di telinga aku. Aku berdoa supaya tiada apa yang berlaku pada dia.
Sampai rumah dia. Gelap. Aku bagi salam. Ash keluar. Dalam gelap aku teliti wajah dia. Pucat. Seolah-olah sesuatu dah terjadi. Tanpa berlengah aku tanya dia.
Me: Asal weh pucat semacam muka kau ni. Ada apa-apa jadi ke
Ash: Khairul tak guna zira aku gugurkan anak aku. Aku ikut cakap dia then dia tinggalkan aku weh. Aku dengar suara baby kat mana-mana je zira aku rasa nak bunuh diri...Aku mengucap panjang. Bodohnya kau Ash memperjudikan diri kau semata-mata untuk seorang lelaki...
Terang Ash lepas 4 bulan hamil dia mengikut arahan khairul untuk gugurkan janin itu. Sebenarnya dalam diam dia tak nak. Tapi sayang punya pasal dia buat juga.
Lepas 2 minggu gugurkan janin tu khairul minta putus. Puas Ash merayu tapi Khairul tetap tinggalkan Ash. Malah semenjak gugurkan janin tu Ash dengar suara bayi asyik menangis. Ash tak tahan dengar suara tu sampai dia berhenti kerja.
Aku ? Aku memang tak pernah tahu apa-apa. Malah selama ni dia chat aku macam biasa. Kali terakhir aku jumpa dia pun aku nampak dia masih okay. Sebab tu aku tak syak apa-apa.
Berdosakah aku? Kalau aku tahu aku boleh halang dia. Tapi itu lah takdir. Dia yang memilih jalan tu.
Selepas kejadian tu aku mula cuba 'menormalkan' Ash. Aku ajak dia keluar. Bawa dia pergi usrah. Dekat kan balik Ash kepada Tuhan. Tapi suara bayi tu terus menghantui Ash. Seolah-olah bayi itu ingin membalas dendam pada Ash. Kerja syaitan untuk menyesatkan manusia.
Tak lama lepas tu Ash pulang ke kampung. Mak dengan Ayah dia dah tahu. Diorang nak bawa Ash pergi berubat. Yang dah lepas tu lepas lah. Tapi 'bayi' tu terus mengikut Ash.
Sebulan selepas Ash duduk di kampung dia bunuh diri. Bunuh diri? Bunuh diri?
Ya dia bunuh diri.
Malam tu Ash keluar dengan bawa kereta ayah dia. Alasan nya nak pergi kedai. Ash langgar lori balak. Bukan tak sengaja tapi di sengaja kan. Kerana Ash masuk lorong bertentangan.
Bengkel check kereta Ash tiada apa-apa masalah. Tapi kes ni tetap di klafasikan sebagai 'kemalangan' semua ni kerana nak menjaga hati Ibu Ash. Apa-apa pun Allah Maha Mengetahui.
Aku balik kampung Ash sebab nak tengok arwah. Apa yang jadi dekat arwah tak payahlah aku cerita. Tapi hati aku meraung BFF aku meninggal kerana Lelaki. Ahh setan. Walaupun kejadian ni dah 4 tahun berlalu aku akan ingat sampai aku mati.
Masih terbayang aku wajah Ash yang pucat dan memberikan aku senyuman palsu. Kenapa hidup nya kena berakhir begini? Itulah nama nya takdir. Manusia mempunyai kuasa untuk memilih jalannya. Tapi malang. Ash tersilap langkah.
Al-Fatihah
YOU ARE READING
Cerita seram...2
HorrorHighest raking in horror story #134- 16/11/17 #68- 2/7 #8-7/7 dlm pengajaran #37-8/7 dlm hantu #4-30/9 dlm sejarah # 3- 30/9 dlm pengajaran Ye aku tahu copy paste dari buku pertama soo what.. xde benda lain aku nak bagi sinopsis. . Cerita benar dar...