Kacip Pinang 'Bertuan'

82 7 0
                                    

Ni kisah berbelas tahun lepas dah, masa tu aku belum lahir lagi tau. Kakak aku pun kecik lagi. Abah aku terjumpa kacip pinang tu terkambus dalam tanah, tanpa fikir panjang abah aku ambik simpan sebab dia nampak corak kat kacip pinang tu cantik(yela, barang antik kan ada seni tersendiri).

Ok cukup untuk intro, aku cuma nak korang tau cerita rentetan selepas ini berpunca dari kacip pinang tu walaupun kadang2 cara dia mengacau tak ada kaitan dengan kacip pinang😁

Masa aku umur belasan tahun, aku tidur sekali dengan kakak aku sebilik. Satu malam tu aku terjaga dari tidur, aku nampak hujung kaki aku ada 1 lembaga warna putih.

Kalau nak tahu, bilik aku ni kecik je. Makanya memang lembaga tu duduk betul2 kat kaki aku. Kalau korang nak imagine, bayangkan macam seorang perempuan yang berselubung pakai kain sembahyang, tapi bahagian muka tu kabur nampak hitam je.

Tapinya lembaga tu tak tinggi tau, macam dia tengah duduk(ke memang dia pendek tak tau la aku😅).

Aku ni pulak spesies rabun, mula2 aku imagine tu selimut aku yang bergumpal di bahagian kaki, tapi bila aku rasa kat badan aku ni memang dah tersedia pakai selimut, mula la aku cuak.

Aku cuba gerakkan kakak aku di sebelah banyak kali. Tak berjaya! Tidur tahap pengsan terus agaknya. Lembaga tu tak berganjak, statik je kat hujung kaki aku.

Akhirnya aku buat keputusan tutup mata rapat2 sambil baca ayat al-quran. Aku dah nekad apa2 jadi pun aku tak nak buka mata. Mujur masa tu aku tertidur semula. Esokkan baru aku cerita pada family aku.

Bila aku dah masuk zaman study di kolej, aku balik ke rumah sebab cuti semester kalau tak silap. Satu malam aku mimpi pergi kawasan yang lapang dalam hutan, sekeliling kawasan lapang tu penuh pokok buluh.

Tengah2 kawasan lapang ada beberapa batu. Korang imagine macam cerita Kungfu Panda tempat batu mereka2 bertapa tu je. Dalam mimpi tu aku pergi mendekati batu tu, tiba2 ada best friend kolej aku datang tegur aku dari belakang. Aku tengok dia pegang baby kecik macam baru lahir tapi berbungkus putih(aku tak nampak muka baby tu sebab tersorok sikit).

Aku tanya kawan aku ‘eh, anak kau ke? Bila masa kau kawin?’. Dia jawab ‘kau tolong pegangkan boleh? Aku nak pergi sana jap’. Aku pon hulur la tangan nak tolong pegang baby tu, bila baby tu sampai pada aku cuba korang imagine muka baby tu macam mana? Aku tengok badan baby tu tiba2 berubah jadi makin mengecil, muka baby tu pulak MasyaAllah sebijik muka orang tua.

Akibat terkejut aku lepaskan baby tu kat tanah. Aku jerit kat kawan aku ‘muka baby ni hodoh, aku tak nak pegang! Kau ambik la balik!’. Terus aku terbangun dari tidur masa tu. Mengucap panjang jugak bila aku refresh semula mimpi tu.

Ok part ni dah nak masuk cerita extreme  sikit(sikit je tau belum betul2 extreme lagi) Bila aku dah besar2 sekarang ni, aku tidur bilik sendiri je la kan. Lagipun kakak aku dah berkahwin anak sorang.

Makanya aku je la manusia dalam rumah tu yang tidur keseorangan. Disebabkan tu jugak aku yang selalu terkena gangguan. Cara gangguan yang aku kena contohnya bila aku tengah sedap tidur, ada something ketuk pintu bilik aku.

Kadang2 dia ketuk tingkap bilik aku ikut luar. Gangguan lain bila aku dah mamai nak tidur akan dengar suara perempuan berbisik kat telinga aku, tapi aku tak faham apa yang dia tengah borak dengan aku ni.

Gangguan lain lagi ialah aku dengar bunyi guli jatuh dalam bilik aku. Kalau nak tahu, dalam bilik aku ni ada 1 gitar kapak kepunyaan aku. Walaupun aku seorang perempuan yang lemah lembut, tapi jiwa aku agak Rock kononnya.

Sebab tu beli gitar feeling nak main gitar macam Tam Spider, tapi bila dimainkan bunyi seperti rentak lagu Sarawak je(ok abaikan). Gitar tu aku letak hujung kat sudut bilik.

Bunyi guli yang jatuh tu betul2 kat kawasan gitar tu, bunyi tanpa henti tau. Sampai aku naik geram aku bangun bukak lampu aku berdiri depan gitar tu lama2.

Terus senyap bunyi tu. Bila aku switch off balik lampu, aku baring semula kat tempat tidur aku dengar bunyi guli tu datang lagi. ‘Ah, sudah! Dah lewat malam ni kau main guli kat gitar Tam Spider kesayangan aku pulak ye?’ Aku bersuara dalam hati je, kot aku jerkah kat benda alah tu takut jugak dia campak guli kat muka aku ni😑.

Satu lagi gangguan yang kerap sangat aku dengar ialah bunyi orang ketip kuku dalam bilik aku. Bunyi ni terjadi bila masa aku baring nak tidur dalam keadaan aku dah separuh sedar.

Memang confirm aku dengar bunyi orang ketip kuku. Siapa yang nak ketip kuku malam2? Kalau ada pun mesti dalam bilik ahli keluarga yang lain bukannya dalam bilik aku ni.

Jadi kejadian gangguan ‘suam-suam kuku’ macam ni ada masa aku bercerita pada family, ada masa aku diamkan je. Ok kita masuk bab cerita extreme sedikit.

Sejak akhir2 ni aku rasa ada something yang perhatikan aku & aku banyak kali nampak kelibat di dalam rumah. Lebih2 lagi kalau aku keseorangan. Part paling aku tak boleh lupa pasal walker anak kakak aku, anak dia ni kecik lagi.

Korang tau la kan walker biasanya ada button mainan bunyi2 untuk budak2 di bahagian depan. Satu petang kakak, abang ipar dan anak dia keluar pergi klinik. Sampai ke Maghrib mereka tak balik rumah lagi. Aku ada dalam bilik(aku tak tutup pintu).

Walker tu memang ada berhadapan bilik aku di luar. Abah aku dalam bilik dia, mak aku kat dapur. Tiba2 walker anak kakak aku ni bunyi ‘Mama! Mama!’ dan diikuti oleh rentak lagu kanak2.

Memang walker tu ada button untuk sebutan mama, daddy & macam2 lagi. Untuk pengetahuan, anak kakak aku memang bahasakan aku ‘mama’ & kakak aku ‘ibu’. Semasa kejadian tu, aku tergamam dengar bunyi walker tu tiba2.

Aku bergerak perlahan2 mendekati walker yang bising berbunyi lagu kanak2 tu. Aku selak langsir bilik, apa yang aku nampak cuma walker tu kosong tak ada tuan(anak kakak aku). Aku tercengang kat depan pintu bilik, tiba2 mak aku menjenguk dari dapur sambil tegur ‘adik, kenapa main2 walker anak tu?’.

Ok jangan confused, family aku memang bahasakan aku adik sebabnya aku anak bongsu(walaupun aku dah besar). Panggilan ‘anak’ tu maksudnya mak aku refer untuk anak kakak aku.

Aku dengan muka blur jawab kat mak aku ‘mana ada orang main walker, dia bunyi sendiri’. Masa tu walker tu senyap dah tak berbunyi.
Abah aku yang baru siap solat Maghrib keluar dari bilik tengok walker tu, abah aku cuma cakap tak ada apa2, maybe wayar dia terselit sebab tu berbunyi padahal tak tekan.

Aku ni dalam keadaan tak puas hati tapi aku diamkan je sebab aku rasa tak logik. Aku tak berganjak dari walker tu, abah aku baru menapak 2 langkah nak masuk bilik semula tiba2 walker tu berbunyi ‘Daddy! Daddy!’ .

Masa tu aku pandang abah dengan mak aku, kami sama2 blur bercampur seram. Aku tak cakap banyak terus aku pergi kat walker tu cabut bateri belakang mainan tu. Ok hilang sedikit ketakutan.

Ini bermulanya episode seram2 dalam rumah aku sampailah kami sekeluarga dapat idea semua ini berpunca dari ‘kacip pinang’ yang abah aku jumpa suatu masa dahulu. Kalau korang nak tahu, selepas dari kejadian walker ni, ada banyak perkara aneh yang terjadi pada mainan anak sedara aku + makin banyak benda aneh yang terjadi dalam rumah.

Tapi korang faham tak cerita yang aku story ni sebenarnya? Kalau rasa cerita ni sendu tak menarik aku malas nak sambung cerita. Hahaha. Ok ade mase nanti aku sambung lagi......sekian

Cerita seram...2Where stories live. Discover now