Kisah ni sewaktu aku berusia 5 tahun. Aku boleh dikatakan seorang budak yang nakal, selalu mengusik kakak2 aku. Aku juga selalu kena marah dengan mak aku, sebab selalu mengusik anak ayam di reban dan akhirnya lari tak cukup tanah bila ibu ayam kejar aku.
Tapi bukan pasal ayam yang aku nak ceritakan.Aku suka sangat mengendap bawah pintu tambah2 lagi pada waktu malam. Sebabnya dah hobi aku so tak ada siapa boleh pertikaikan. Depan rumah aku ada sebatang pokok pisang.
Nak dijadikan cerita, malam tu seperti biasa, aku mulakan hobi aku mengintai bawah pintu sebab nak tengok pokok pisang mak aku la, aku takut kalau2 monyet datang makan buah pisang mak aku. Biasa lah pemikiran budak2 kan, korang dulu pun mesti macam tu jugak kan.
Tiba tiba la kan.. (kengkonon suspen)Aku nampak seekor makhluk Allah ni, rambut dia panjang sangat jejak bumi, rambut keras semacam je aku tengok, tak buat teknik rebonding kot, baju macam biasa lah mesti warna rasmi yakni warna putih, dah la comot, muka pula aduhai sangat2 menakutkan
la bagi kanak2 seusia aku dulu. Tapi bukan budak2 saja takut orang tua pun boleh lari lintang pukang kalau terserempak. Kan kan? Eleh tak nak mengaku konon. Ok berbalik cerita tadi, muka dia hodoh dan dengan mata yang galak dan merah menyala dia tengok je muka aku macam tak puas hati. Aku pun angkat la kepala aku sambil mengaru2 kepala yang tak gatal, aku pun tunduk balik tengok.
Kali ni dia mendepakan tangan dia pulak, macam tahu2 je aku tengah skodeng dia. Sambil tu dia senyum simpul je tengok aku, senyuman dia perghhh boleh mencairkan hati sesiapa yang melihat. Aku pun apa lagi aku bagitahu la mak bapak aku, bapak aku pun buka pintu dan nampak lah pontianak harum sundal malam tu.
Bapak aku pun tengking dia
" hoi , kau jangan kacau anak bini aku, berambus kau dari sini." Kata bapak aku, sekali gus mempamerkan sikap yang baik iaitu melindungi anak2 dan isterinya. Tapi zaman sekarang kebanyakkannya suami tengok lipas pun takut mengalahkan perempuan, ni kan pulak kalau bersua muka dengan cik ponti, mau melompat kan,kan ..hahahaha..Ok, berbalik dengan cerita tadi, lepas bapak aku sound tepat kat cik ponti tu, dia pun terus lenyap macam tu saja , tapi suara dia terdengar jugak lah di gegendang telinga ni, suara menangis sayu2 je, lama2 hilang. Selepas kejadian tu, aku tak berani dah nak intai2 bawah pintu tu dan aku nekad nak jadi budak baik.
YOU ARE READING
Cerita seram...2
HorrorHighest raking in horror story #134- 16/11/17 #68- 2/7 #8-7/7 dlm pengajaran #37-8/7 dlm hantu #4-30/9 dlm sejarah # 3- 30/9 dlm pengajaran Ye aku tahu copy paste dari buku pertama soo what.. xde benda lain aku nak bagi sinopsis. . Cerita benar dar...