Dah lama teringin nak kongsi pengalaman aku masa sekolah dulu. Jadi biar aku abadikan di sini aje kisahnya. Boleh jugak buat kenang kenangan Anyway, kisah ini berlaku masa aku di Tingkatan Satu.
Sebuah sekolah asrama penuh yang terletak di Perak. Tak payah la mention sekolah apa ek. Pemes jugak sekolah ni. Tak pasal2 aku kena cantas dengan wargasekolah tu karang Jadi, begini kisahnya..............
Masa tu, peperiksaan pertengahan tahun baru nak mula. Seperti biasa, waktu petang dan waktu malam adalah 'waktu prep' atau waktu study. Tapi biasalah, baru tingkatan 1 kot masa tu, banyak main je lebih.
Dan aku ingat lagi ada seorang kawan bernama Ani (nama samaran) bagitau aku sesuatu....
Ani: 'awak, nak tau tak?'
Aku: 'apa dia?'
Ani: 'akak senior dorm kite cakap, tempang dah datang....' bermuka serius
Aku: 'Em?? Tempang? Sape plak tu?'
Ani: 'Ish, awak ni tak tau ke?? Dia tu lah hantu yang selalu kacau student kat asrama. Malam tadi ada akak senior dengar... Dia kata bunyi si tempang tu dasyatttt sangat,......'................... terkedu mendengarnya... Tapi yelah, aku baru tingkatan satu yang innocent masa tu. Belom tau lagi perasaan takot hantu tu macam mana sebenarnya..... Jadi terdetik dalam hati aku 'Macam ek bunyi si Tempang tu...?'
Haaa sape suruh gatal sangat nak terdetik2 dalam hati kan? Maka, rasakanlah. Dan malam itu.... Berlakulah kejadian seram yang pertama dalam hidup aku. Dan biarlah yang terakhir.
Aku tak sanggup lagi nak hadapi situasi yang sama lagi... Dan sebab kejadian itu jugak, aku telah menjadi sorang yang penakut sangat. Jangan harap aku nak tengok cite antu dah. Tengok iklan seram kat tv pon aku dah menjerit :@
Pada malam tersebut.....
Kami pergi 'kelas prep' macam biasa. Tapi macam pelik, tetiba kami dapat arahan supaya prep di surau bawah asrama dorm sahaja. Tak perlu pergi kelas dekat sekolah. Emm.. Macam ada sesuatu yang ganjil telah dan akan berlaku..
Jadi kami semua pon duduk prep di dalam surau. Ikot kelas masing dan membuat ulangkaji pelajaran...
Dan tiba2 ada jeritan dari hujung blok asrama..."arghhhhhhhhhhhhhh............tempangggggggggggg!!!"
Maka kami semua lari lintang pukang yang teramat sangat. Bayangkanlah, kesemua pelajar aspuri yang dalam surau tu nak lari lintang pukang keluar dari surau untuk masuk ke dorm masing2.
Aku teringat lagi Kak Ina (nama samaran jugak) telah terjatuh dan kemudiannya dipijak2 oleh pelajar lain. Gigi depannya telah patah dalam kejadian hitam tersebut...
Aku? Di mana aku masa tu? Aku pon berlari selaju mungkin untuk menyelamatkan diri. Aku ikot aje akak senior dorm aku... Akhirnya dalam sekelip mata, asrama jadi senyap sunyi..semua dah menyorok dalam bilik dorm masing2....
Semua diarahkan utk mengunci pintu dorm.. Dan kami memulakan sessi bacaan yasin beramai2 di dalam dorm...
-bersambung lah ye panjang jugak kisah ni. taklah panjang sangat. mungkin 3 bahagian aje. yang pastinya, kisah hitam ini betul2 mempengaruhi hidup aku. Aku telah trauma utk beberapa ketika dan menyebabkan aku berhenti sek asrama dan duduk umah kat kampung bawah ketiak mak
Sessi bacaan yasin beramai2 dimulakan...Akak2 senior otai dalam dorm lah yang baca kuat2. Aku ni dah mengigil bibir dah rasanya. Nak baca apa pon semua terabur dah. FYI, dalam bilik dorm masa tu memang campur2. Kalo tak silap, ada 20 orang dalam 1 dorm. Ketuanya Kak Hasni (nama samaran jugak. padahal aku tak ingat dah nama akak tu. HAHA) lah ketua dorm. Dia lah yang dok comfortkan adik2 junior yang dah tak tentu hala masa tu.
Lepas ditenangkan Kak hasni, aku ada sedikit tenang. Kemudian join baca yasin sama2 sampai habis.
Jam menunjukkan waktu 11pm. Biasalah sek asramakan, kul11 wajib tutup lampu. Maka, bergelaplah kami semua. Hanya diterangi cahaya lampu koridor saja. Kak hasni suruh adik2 junior semua tidor.
YOU ARE READING
Cerita seram...2
HorrorHighest raking in horror story #134- 16/11/17 #68- 2/7 #8-7/7 dlm pengajaran #37-8/7 dlm hantu #4-30/9 dlm sejarah # 3- 30/9 dlm pengajaran Ye aku tahu copy paste dari buku pertama soo what.. xde benda lain aku nak bagi sinopsis. . Cerita benar dar...