Cerita ni jadi masa saya bekerja dengan salah satu syarikat oil n gas di KL. Cukup saya namakan XYZ. Saya dapat kerja kat XYZ pun sebab temankan kawan saya interview.
Masa tu diaorang urgent dua orang contract Admin Assistant. So sebab fikir nak temankan kawan, saya terimalah offer dari XYZ tadi. Contract 3 bulan dan akan direnew terpulang ke atas project. Project siap, contract kerja pun habis.
Mula-mula kerja, tak ada masalah. Bulan kedua, masa tu sibuk yang amat. Jadi kitaorang kena stay back sampai malam dengan beberapa orang engineer. So diaorang pun call la pizza hut delivery. Malas nak keluar.
Pejabat kitaorang ni berada di tingkat dua bangunan tu. Tingkat atas department lain. Meja saya pulak betul-betul menghala jalan keluar nak ke bawah. Dah pejabat ni di bahagi kepada dua kawasan. Masa tu semua orang bahagian sebelah sana.
Hanya saya seorang je kat sebelah sini.Suasana sunyi sepi je pada mulanya. Hanya kedengaran bunyi keyboard diketuk. Saya memang kusyuk untuk menyiapkan kerja. Masa tu saya perasan, jam kat komputer menunjukkan pukul 8 lebih. Sebab nak menghilangkan bosan, saya pasang lagu-lagu yang ada kat dalam komputer saya. Siap dengan nyanyi lagi.
"Oiiiiii Na, kau jangan syok sangat nyanyi. Nanti ada yang join." usik Encik S dari sebelah.
Saya terus terdiam. Kemudian mereka ketawa.
"Tahu takut." usiknya lagi.
Saya makin rasa tak sedap hati. Tapi cuba lupakan perasaan tu. Saya terus menyiapkan kerja. Namun entah macam mana, telinga menangkap bunyi keyboard dari department sebelah. Saya memperlahankan lagu.
Ye, memang betul suara keyboard diketuk dari department sebelah. Setahu saya, semua orang dari sebelah dah balik. Tapi, mungkin saya tersilap kot. Kemudian, suara kabinet laci dibuka dan ditutup. Hurm, saya pun rasa calm down balik lah sebab fikir ada orang lain kat sebelah.
Tengah kusyuk membuat kerja, tiba-tiba En. S bersama En. K datang ke meja saya.
"Jom, berasap dulu. Jangan paksa diri buat kerja." kata mereka.
Aku memandang ke arah pantry, semua dah ada dekat dalam sana termasuk kawan saya, Wani (nama samaran). Saya pun mengambil rokok dari beg tangan dan mengekori mereka.
Masa nak masuk ke dalam pantry, mata saya sempatlah memandang ke arah department sebelah tu.
'Aik! Gelap gelita. Takkan ada orang buat kerja dalam gelap.' aku berbisik.
Semasa tengah berasap tu, otak saya ligat memikirkan bunyi-bunyian tadi. Saya tak silap dengar. Sambil berasap, mereka dok cerita pasal projek yang sedang berjalan sekarang. Saya kira watak penting jugak dalam projek ni.
"Oiii.. Berkhayal pulak dia. Jom, pizza da sampai. Makan dulu." ajak En. S.
Sekali lagi, saya menoleh ke arah department sebelah. Dan saya bertambah pelik, ada lampu meja terbuka pulak. Saya tak puas hati. Saya patah balik, konon-konon nak cuci tangan dan nak ambil air kosong sejuk.
Diaorang memang tahu saya jarang minum air bergas. Saya tengok dah tak ada siapa, saya pun pergilah menjengah kat balik pintu cermin yang menghubungkan kami dengan department sebelah. Lampu di meja paling hujung terpasang.
Suara keyboard diketuk jelas sangat bunyinya. Saya pun bukalah pintu dan masuk ke dalam pejabat department tu.
"Siapa tu?" jerit saya dari depan pintu.
Tiada jawapan. Saya tak puas hati. Saya hendak jalan ke depan lagi sebab saya tak nampak siapa di meja kerana terlindung oleh partition. (saya ni rendah, 146cm je). Baru saya hendak melangkah, bahu saya disentuh seseorang. Saya menoleh ke belakang. En. S rupanya. Dia menjegil mata.
YOU ARE READING
Cerita seram...2
HorrorHighest raking in horror story #134- 16/11/17 #68- 2/7 #8-7/7 dlm pengajaran #37-8/7 dlm hantu #4-30/9 dlm sejarah # 3- 30/9 dlm pengajaran Ye aku tahu copy paste dari buku pertama soo what.. xde benda lain aku nak bagi sinopsis. . Cerita benar dar...