"Mama....." Aku melihat mama dengan air mata yang berlinangan. Sungguh aku tak kuat saat ini.
Segalanya bagaikan mimpi ngeri. Beberapa minit lalu. Aku mendapat panggilan telefon dari Hanna. Rakan baikku merangkap adik tunang aku.
Kata-katanya bagaikan halilintar. "Amanda.. Riz dah takde..."
Aku terkedu seketika. Terasa dunia ini seakan terhenti. "What? Say it again Hanna?" Aku memohon kepastian. Kenapa tiba-tiba? Akal dan hati aku langsung menolak kata-kata Hanna.
"Rizqi Manda.. Dia dah meninggal sebab kemalangan." Sekali lagi kata-kata Hanna meremukkan hati aku.
Ya tak salah lagi..
Allah.. Terasa perit tekakku saat ini. Betul, ajal tu di mana-mana dan tak kira usia. Tapi untuk menerima berita mengejutkan ini, adalah agak berat untukku. Sangat berat. Tambahan pula dengan kehilangan yang tiba-tiba begini.
"Mia.." Bahuku digosok lembut. Mama menarikku ke sofa dan mendudukkan aku di sebelahnya. Kepala aku lentokkan di bahunya.
"Mmama.. Dah.. Tahu .. Ke?" Daripada perlakuan mama yang seakan mengerti, aku mengesyaki yang sememangnya dia sudah mengetahui akan hal ini.
Dia angguk.
"Sampai hati mama.. Kenapa tak bagitahu Mia?" Sungguh aku merasa terkilan. "Bila Ma?"
"Semalam sayang. Beberapa jam lepas dia sampai Malaysia." Jawab mama. Air mata di pipiku di sapu oleh Mama.
Rizqi balik Malaysia? Kenapa aku tak tahu langsung.
"Mia tak tahu pun? Yang dia balik sini.."
Serius aku bagaikan orang bingung ketika ini. Rizqi ada bagitahu yang dia join trip dua hari lepas. Memandangkan aku sendiri sedang sibuk, lantas terlupa ingin bertanyakan perihal tripnya. Akan tetapi yang anehnya kenapa aku jadi seorang yang langsung tak tahu apa-apa.
"Mama cerita kemudian ya. Sekarang pergi tukar baju. Kita pergi rumah Aunty Mira. Papa dah ada dekat hospital tu, kita tunggu dekat rumah je ye."
"Okey ma." Aku baru terperasan yang mama tak ke tempat kerja hari ni malah dia sudah siap memakai jubah. Kenapa aku tak perasan?
Sewaktu kami sampai di rumah Aunty Mira dan Uncle Razif, jenazah masih belum sampai dari hospital. Mungkin ambil masa untuk prosedur hospital agaknya. Namun begitu, sudah ramai orang yang datang untuk menziarahi.
Aku membaca Yassin di sesuatu sudut tanpa menghiraukan orang lain. Setelah selesai, terasa seperti ada orang yang sedang memandang aku. Wajah aku dongakkan sedikit, benar tekaanku. Seorang lelaki yang duduk berhadapan denganku sedang tunak memandangku. Di tangannya ada Yassin yang ditutup. Mungkin dia juga baru selesai membaca Yassin, sama sepertiku.
Lelaki berkulit putih dengan rambut coklat gelap yang sedikit panjang itu menghadiahkan segaris senyum kepadaku. Namun senyuman yang diberikan itu terbias kepiluan. Aku dapat melihat mata yang turut menangisi kepergian Rizqi.
Tapi siapa dia?
Hatiku berdesis lembut.
"Ayiff.." Sebutku tanpa sedar..
Nama itu yang berlegar-legar di minda aku. Malah terngiang-ngiang di telingaku seketika. Dengan wajah kacak yang mampu menarik ramai perempuan untuk menggilainya. Aku pasti lelaki yang duduk berhadapan denganku ini ialah Ayiff yang selalu disebut oleh Rizqi sebelum ini.
Aku membalas senyumnya, namun dia seolah-olah tidak selesa dengan senyuman yang aku berikan dan segera bangun dari duduknya. Aku turut bangun dan mahu mencarinya kerana perasaan ingin tahu yang membuak-buak.
Puas aku mencari, namun kelibatnya langsung tidak kelihatan. Tambahan pula,orang makin ramai dan ini menyusahkan pencarian aku. Hati aku mendesak untuk menunggu dia muncul kembali namun hampa, sehingga malam, aku langsung tidak melihatnya.
Aku harus cari dia!
YOU ARE READING
My White Knight
RomanceMia Amanda, gadis yang kehilangan tunang tersayang dalam kemalangan yang meragut nyawa menjadikan dia tidak berminat mahu menjalinkan hubungan dalam masa terdekat. Sekurang-kurangnya biarlah hatinya sembuh dahulu. Namun hadirnya Hezry sedikit seban...