"Something happened right? Hezry buat apa?" Soalnya tanpa berselindung. Suara yang mendatar terselit ketegasan. Sangat serius.
Air teh panas dan kek buah langsung tidak disentuh.
Aku yang baru melabuhkan punggung cuba berlagak tenang walaupun muka aku sekarang ni pun dah macam orang gila. Serabai!
Kalau orang tak kenal tengok aku pun boleh agak tengah ada masalah.
Pagi tadi pun aku tidak jadi ke pejabat. Memikirkan soal Hezry yang meminta aku berhenti dan rasa bersalahku degan Ryan. Fikiran aku sangat bercelaru.
Mana mungkin aku hadir ke pejabat untuk hari pertama dengan keadaan yang tidak bersedia begini.
"Mia." Panggilannya mengejutkan aku.
Kepala ditala kepada tuan punya suara."Ehem." Aku berdehem sedikit.
"It's okay.. I don't wanna meddle with your marriage problems." Sambungnya sedikit kendur.
Aku lihat Kak Fiya yang kini duduk di sisi setelah menjengah rumah aku seawal sembilan pagi. Nasib baik dia duduk sebelah je."Kak Fiya, Mia tahu yang Mia bukan isteri yang baik buat Hezry. Selalu buat dia risau, sakit hati, marah, hilang sabar dan macam-macam lagi.." Aku mengeluh perlahan.
"You're still the love of his life anyways." Cantas Kak Fiya.
Kehadiran Kak Fiya hari ini buat aku merasa begitu kekok.. Tidak sama seperti selalu.
"Kak Fiya pelik je sebenarnya. Why did you go to Melbourne instead of Sydney." Ujarnya sambil menunjukkan muka keliru.
"Tapi Kak Fiya tahu yang Kak Fiya tak patut masuk campur. Every relationship has it's own problem.. So, I'm begging you.." Cepat-cepat dia menyambung tanpa memberikan peluang untuk aku bersuara.
Tubir mata Kak Fiya sedikit berair. Tangannya menggenggam tangan aku.
Hati aku jadi tidak selesa melihatkan perubahan mendadak itu. Apa pula ni.
"Just bear with Hezry. My only brother. My beloved Ayiff.." Setitis airmatanya gugur.
Aku jadi hilang kata. Tidak menjangka yang keadaan akan jadi sebegini dan tidak tahu reaksi bagaimana yang harus aku berikan.
"Walau apa pun yang jadi, Mia jangan pernah lupa yang Hezry tu sayang Mia sangat. Lebih dari nyawa dia sendiri. Ada masa yang dia akan bertindak di luar kawalan, buat benda bodoh, jadi overprotective. Kak Fiya nak Mia sabar dengan dia." Suara Kak Fiya menjadi semakin sebak bersama airmata yang sedang galak luruh.
"Sebab Kak Fiya dah tak sanggup nak hadap Hezry yang sama macam tiga tahun lepas. He lost himself sebab terlalu patah hati dengan Mia."
"Mummy taknak Hezry heartbroken lagi."
Terngiang-ngiang suara Mummy sewaktu kali pertama aku jumpa dia dulu.
"Of course la I was so damn heartbroken. Orang yang Abang dah cop sepenuh hati dah jadi tunang orang lain. Kawan sendiri pula tu."
Terselit pula kata-kata Hezry sewaktu dia menceritakan tentang Rizqi hari itu.
Otakku menjadi tepu. Kata-kata mereka bertiga terngiang-ngiang di telinga. Ingatan aku kini berubah kepada saat Hezry menjerkah aku pagi tadi. Sesuatu yang tak pernah aku lihat dan berharap itulah yang pertama dan terakhir.
Aku mengusap-usap belakang Kak Fiya untuk menenangkannya."Don't worry. I won't let it happen again." Janjiku.
Walaupun aku baru sahaja buat perkara yang sama dua minggu lepas.
YOU ARE READING
My White Knight
Roman d'amourMia Amanda, gadis yang kehilangan tunang tersayang dalam kemalangan yang meragut nyawa menjadikan dia tidak berminat mahu menjalinkan hubungan dalam masa terdekat. Sekurang-kurangnya biarlah hatinya sembuh dahulu. Namun hadirnya Hezry sedikit seban...