Aku tilik diri sendiri dalam cermin di lobi hotel. Selendang di kepala aku betulkan. Abang Mukhriz yang ada disebelah aku lihat segak bersama tuxedo berwarna putihnya. Kalau orang tak kenal kami mesti syak yang kami ni pasangan kekasih sebab muka tak ada iras sangat.
"Tak payah nak tilik sangat. Dah cun melecun dah ni. Beautiful as always." Abang Mukhriz yang di berdiri di sebelah tegur aku. Aku cuma sengih. Dia menarik tangan aku untuk mengikutinya.
Aku berjalan beriringan dengan Abang Mukhriz ke dalam lif untuk ke tingkat 11. Hanya kami berdua dalam lif ni. Baguslah. Aku pun tak suka kalau naik lif yang ramai orang sebab nak kena berhimpit-himpit. Tak selesa.
"Abang, ni wedding kawan yang mana?" Aku soal dia lepas lama diam. Haritu masa dia ajak aku teman pun aku lupa nak tanya. Walaupun bukan semua kawan dia aku kenal. Maklumlah dia belajar dekat UK dulu.
"Aryan. Ex classmate Abang masa sekolah dulu."
"Memang sah-sah la aku tak kenal sebab dia sekolah asrama penuh dulu. Abang Mukhriz je dalam ramai-ramai berdikari sejak kecil. Sesuai sangat dia jadi anak sulung. Aku dengan adik yang lain mana pernah berenggang dengan mama papa. Semua lepas SPM baru nak belajar berdikari.
"Ohh.." Aku balas pendek sambil melangkah keluar dari lif.
"Tapi dia pernah datang rumah a few times before. Maybe Mia ingat-ingat lupa." Abang yang menyamakan langkah dengan aku menyambung.
"I cannot recall that la abang." Aku jawab jujur.
"You will. Once you see him. I can assure you." Abang Mukhriz sengih senget. Eh? We will see later.
Aku lihat Abang memberikan kad jemputan untuk disemak sebelum diizinkan masuk ke dalam dewan. Kami mendapat meja di bahagian tengah pada barisan keempat bersama dengan empat lagi pasangan lain yang merupakan rakan sekelas Abang Mukhriz juga.
Setiap meja dihiasi dengan bunga lili putih yang masih segar bersama wangian aromaterapi disekeliling tiga biji vas kaca yang sederhana tinggi di tengah-tengah meja yang beralaskan kain berwarna merah hati itu. Namun, tidak sempat aku nak perhatikan semua, lampu dewan dimalapkan tanda majlis bakal dimulakan.
Kedua mempelai melangkah masuk beberapa saat selepas lampu dimalapkan. Mereka diiringi lapan orang flower girls yang berada di depan membawa sejambak bunga lili putih setiap seorang. Baru aku perasan, hampir 80 peratus dewan dihiasi dengan bunga lili. Agaknya lili tu mempunyai signifikan dalam hubungan mereka.
Stilleto yang tingginya kira-kira 5 inci milik Melissa aku buka setelah kembali duduk di kerusi. Ni terpaksa pinjam Melissa punya sebenarnya. Sebabnya mana sempat nak beli kasut baru sebab Abang Mukhriz baru cakap semalam. Nak balik Sunway semata-mata untuk ambil kasut pula macam tak berbaloi je. Aku mengeluh kecil. Macam mana lah orang lain boleh pakai kasut tumit tinggi dan buat macam takde apa-apa je. Aku hairan betul.
"Abang, Mia nak pergi restroom kejap." Aku berbisik dekat Abang Mukhriz di sebelah. Dia angguk. Makanan dalam pinggannya masih berbaki beberapa sudu. Aku pandang yang lain di meja kami. Semua pun masih menyuap makanan. Heh aku je ke yang dah siap. Memang patut pun lama makan kalau semua berborak tak hengat dunia. Dah lama sangat agaknya mereka semua tak jumpa. Mestilah banyak benda nak kena catch up.
"Kan dah susahkan diri sendiri macam ni.." Aku cakap perlahan dengan diri sendiri lepas keluar dari tandas. Stiletto yang ada di kaki buat aku kurang keyakinan diri nak berjalan. Tambahan pula perut yang kian sakit. Masa-masa ni juga lah kan nak senggugut bagai.
Buat macam tak ada apa-apa je Mia. Relaks. Aku pujuk hati aku sambil atur langkah perlahan. Tapi tiba-tiba aku tersilap langkah. Fuhh sikit lagi nak melayang cium lantai. Nasib baik sempat berpegang pada palang besi dekat hallway ni. Macam mana boleh macam ni.
"You okay ke?" Tegur satu suara. Aku angkat kepala yang dari tadi menunduk. Lelaki itu berada kira-kira dua meter di hadapanku. Dia yang sedang bersandar pada dinding hallway itu tunak memandangku.
Eee buat malu jelah macam ni. Mesti dia ni ingat aku ni kolot. Tapi tak kisah la dia bukan kenal aku pun. Nanti dia lupa juga pernah nampak aku nak tersembam depan dia. Si Melissa ni pula takde ke kasut rendah sikit nak bagi aku pinjam. Lain kali taknak pinjam dah.
Tapi benda dah nak jadi kan.
"Need a help?" Lelaki bersuit hitam tersebut tanya aku. "Eh? Awak nampak pucat la. Sakit ke?" Ujar dia lagi bila aku hanya diam. Tangan kanannya dihulurkan depan aku.
Tangan kanan aku angkat. "I'm okay." Aku koyakkan senyum buat dia. "Thanks for being concerned." Sambung aku lagi.
Kalau betul pun aku tak okay takkanlah nak minta di pimpin pula. Kenal pun tak. Lagi pula dia bukan mahram aku nak pegang-pegang. Selagi aku boleh jalan sendiri aku akan jalan sendiri. Pintu dewan juga kira-kira lima meter sahaja lagi dari tempat aku berdiri. Dekat je pun.
"Seriously?" Dia macam tak percaya. Dia tengok aku dengan muka tak puas hati.
"Yeah. It just.. Heels ni yang buat saya rasa awkward. Betul tak tipu." Jawab aku sambil memandangnya. Dia nampak mahu bersuara tapi aku cepat-cepat memangkah. "Sorry. Gotta go now and. Thanks again." Aku terus berlalu macam tu tanpa menunggu jawapan dia.
Aku lihat Abang Mukhriz yang sedang bercakap dengan pengantin melambai kearah aku. Aku melangkah kearah dia. Dia memperkenalkan aku kepada Aryan dan Emilia, pengantin malam ni."
"Long time no see Mia Amanda. Remember me?" Tegur Aryan.
"Ingat rasanya. Abang Aryan pernah bagi Mia hamster dulu kan?" Tiba-tiba aku teringatkan perihal itu. Hadiah hari jadi paling pelik aku pernah dapat adalah sepasang hamster. Tak pernah dibuat orang pun kecuali si Aryan kawan Abang aku ni.
"Haa ingat pun. The one yang buat muka tak malu ikut korang balik kampung masa cuti sekolah was also me." Sambung Aryan sambil tayang gigi.
"Mestilah. Kawan Abang Mukhriz yang paling pelik takkanlah Mia tak ingat. Nak-nak masa ikut kami balik kampung haritu. Jakun semacam aja. Sumpah lawak kalau ingat balik." Aku ketawa.
Aku lihat isteri Aryan disampingnya hanya mengeleng. Agaknya dia pun boleh agak perangai Aryan ni macam mana.
Baru faham kenapa tadi Abang Mukhriz beria cakap aku kenal kawan dia yang ni. Mana boleh lupa, masa dekat kampung dulu, benda paling win yang dia pernah buat ialah Aryan dengan rasa tak bersalahnya pergi lastik sarang tebuan dan hasilnya, percuma je kena kejar dan lari macam tak cukup tanah.
Masalahnya, bukan dia sorang je kena kejar, dengan adik-beradik aku sekali lari tak cukup tanah kena kejar dengan tebuan.
Tapi itu semua kenangan.
"Biasalah city boy kalau masuk kampung untuk first time. Mana tak jakun. Nampak ayam pun excited tahu. Apatah lagi kalau nampak sarang tebuan." Tukasnya sambil ketawa geli hati.
Ketika tu kedua ibu bapa Aryan ada urusan kerja di luar negara jadi dia minta untuk mengikut kami sekeluarga pulang ke kampung. Dia sudah selalu ke luar negara katanya jadi dia nak cuba feeling balik kampung pula sebab keluarga mereka tak ada kampung. Rumah datuk dan nenek dia dua-dua belah pun dekat KL.
"Amboi Mia. Ni dah cam banyak cerita pula. Kau pula Aryan, nanti jemputlah datang rumah bawak Emilia ni sekali. Boleh borak panjang nanti." Ujar Abang Mukhriz sambil menepuk bahu Aryan.
"Tulah bro. Malam ni tak sempat nak borak panjang. Weekend nanti aku masuk rumah baru. So ada buat makan sikit. Nanti datanglah. Area Taman Tun. Dekat je dengan kau. Aku Whatsapp kau address later." Beritahu Aryan apabila sepupunya mula memanggil.
Aku kemudiannya mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mereka. Abang Mukhriz mengajak pasangan tersebut untuk ambil gambar dan berswafoto bersama. Nak ambil aura cepat kahwin katanya selain sebagai tanda kenangan sebelum kami meminta diri untuk pulang. Jam juga telah menunjukkan pukul 11.30 malam.
YOU ARE READING
My White Knight
RomansaMia Amanda, gadis yang kehilangan tunang tersayang dalam kemalangan yang meragut nyawa menjadikan dia tidak berminat mahu menjalinkan hubungan dalam masa terdekat. Sekurang-kurangnya biarlah hatinya sembuh dahulu. Namun hadirnya Hezry sedikit seban...