Pintu bilik Mama aku ketuk. Papa membukanya dari dalam.
"Pa, boleh Mia masuk?" Aku meminta izin.
"Masuklah." Dia meluaskan bukaan daun pintu.
Aku mengambil tempat di atas katil bersebelahan dengan mama yang sedang membaca buku motivasi Dr. Muhaya itu. Beberapa ketika kemudian, papa juga menyertai kami dengan duduk di hujung katil.
"Mia, ada apa?" Mama menyoalku.
"Mama, papa.. Tadi Mia jumpa Aunty Salmy masa pergi office Hezry. Lepas tu dia ajak keluar minum sama."
"Dia ada cakap apa-apa ke?" Sela papa.
"Dia cakap dia minta maaf pasal hari tu. Tapi dia juga ada cakap yang kalau boleh dia taknak Mia dengan Hezry lama-lama macam ni. Mia tak tahu nak cakap apa sebab Mia kan baru lagi kenal Hezry tu." Aku memberitahu situasi yang sebenar.
"Papa tanya satu soalan boleh?"
"Tanyalah."
"Mia ada perasaan tak dekat Hezry?" Tanya dia serius.
Soalan apa ni? Macam susah je nak jawab. Aduh.. Aku menggaru-garu kepala. Macam mana nak jawab kalau aku sndiri pun tak faham perasaan aku. Lagi papa ni nak tanya direct pulak.
"Why did you ask that? Kalau tak jawab boleh tak?" Aku menyuarakan pendapatku dengan teragak-agak.
"Tu je cara nak tahu kamu dua patut teruskan ke tak.. Ok la take your time but I still need an answer."
Melissa menjengahkan kepala ke dalam bilik tidur papa dan mama.
"Haa sini pun kakak." Dia masuk menghampiri aku.
Pheww nasib baik juga ada dia saat-saat masa kecederaan perasaan dan otak macam ni.
Telefon di tangannya dihulurkan buatku.
"Kenapa?" Soalku hairan.
"Abang Hez."Dia menunjukkan ke arah telefonnya.
Dah kenapa dia sampai call Melissa pula.
"Hello.."
"Mia, buat apa?" Tanyanya tergesa-gesa.
"Nak tanya tu je ke?" Pelik pulak aku dengan Hezry ni.
Dia ketawa di hujung talian. "Mestilah tak. Saya ingat nak ajak keluar makan. Supper la, kan dah nak pukul 10 ni. Nak ajak Muiz dengan Mel sekali." Dia menjawab soalan aku serta memberitahu niatnya yang sebenar.
"Dah bagitahu dia orang ke?"
"Dah, tapi both kata nak tunggu kakak decide."
"Ohh. Yeke? Ok la kalau macam tu. Nanti Whatsapp nak jumpa dekat mana eh." Aku memberitahu Hezry sebelum memutuskan talian.
Aku kembali duduk di hadapan mama dan papa.
"Papa, Hezry ajak keluar kejap lagi. Muiz dengan Melissa sekali. Boleh kan?"
"Pergi jelah. Jangan balik lewat sangat dah la. Hez tu kan kerja esok. Mia pun nak jumpa supervisor kan?"
"Ok papa. Thank you. Mia masuk bilik dulu ya nak bersiap." Aku meminta izin dari papa.
Usai itu, aku menoleh ke arah Melissa di sebelah.
"Mel, pergi siap juga." Aku menariknya. Lebih kepada tak mahu dia menyoal kedua ibu bapaku akan kenapa aku berada di bilik mereka. Maklumlah.. Dia kan kepochi sikit.
YOU ARE READING
My White Knight
RomanceMia Amanda, gadis yang kehilangan tunang tersayang dalam kemalangan yang meragut nyawa menjadikan dia tidak berminat mahu menjalinkan hubungan dalam masa terdekat. Sekurang-kurangnya biarlah hatinya sembuh dahulu. Namun hadirnya Hezry sedikit seban...