Hezry masih lagi sama. Aku cakap berpuluh-puluh patah perkataan pun dia tetap balas sepatah-sepatah je.
Kami sampai di rumah pukul 2 petang sebab aku meminta untuk berhenti membeli barang sekejap dan akhirnya Hezry singgah di Cold Storage sekejap. Walaupun dia tak layan aku tapi dia ikut je aku beli barang tadi.
"Home sweet home." Aku cakap dekat diri sendiri lepas Hezry buka pintu. "Hmm tapi tak sweet sangat pun sebab Abang marah Mia." Aku cakap perlahan tapi tahu je yang Hezry dengar.
Kami membawa barangan basah ke dapur. Dia membantu aku menyusun barangan yang dibeli.
"Abang, kita lunch lambat sikit eh. Sorry."
Hezry tidak menjawab namun beberapa minit kemudian dia menghilang.
Sebenarnya tadi dia ada memberikan cadangan untuk kami berhenti makan di mana-mana restoran namun aku menolak.
Akhirnya aku masak sup ayam dengan sayur campur je sebab dah kelaparan dan senang. Baju pun tak tukar lagi sebab takut buang masa.
Bagasi dan handbag aku lihat sudah tiada di ruang tamu. Mungkin Hezry tolong bawakan masa dia naik tadi.
Aku naik ke bilik namun dia tiada. Kereta aku jenguk melalui tingkap. Nasib baik ada. Yalah mana tahu dia keluar tak bagitahu ke.
Selesai mandi dan solat zuhur aku mencari Hezry di bilik kerjanya. Pintu sedikit terbuka. Betul sangkaan aku, dia ada dalam ni.
Aku tolak pintu sedikit. Hezry sedang ralit menghadap laptop.
"Abang, jom makan."
Dia kelihatan terkejut dengan kehadiran aku namun kemudiannya segera bangun dari tempat duduk setelah menutup laptop.
"Sorry to keep you waiting." Aku cakap dekat dia masa dia berjalan melepasi aku. Tapi dia langsung tak layan aku.
Aku hidangkan makan tengah hari sementara Hezry sedia menunggu di meja makan. Biasanya dia tolong aku tapi hari ni dia jadi robot tunggu makan je.
Kami makan dengan penuh perasaan hambar. Rasanya kalau aku makan sorang takdelah rasa macam ni. Setelah makan hampir separuh, aku mengangkat pinggan ke sink. Free-free je dah membazir.
Selesai membasuh pinggan, aku kembali duduk di hadapan Hezry. Menunggu dia habis makan. Habis sahaja makan tengah hari, Hezry segera naik ke tingkat atas. Mungkin sambung kerja dia tadi kut.
Memandangkan aku kebosanan tahap melampau jadi aku membuat keputusan untuk membuat kek coklat. Boleh buat dessert malam nanti atau kudap-kudap.
Setelah setengah jam bertungkus lumus membuat kek di dapur, aku keluar untuk menonton tv sementara menunggu kek dibakar. Layan jelah hindustan.
Tidak lama kemudian Hezry turun dengan gaya dia sudah bersiap-siap mahu keluar.
"Abang nak pergi mana?" Aku tanya dia sewaktu menghampiri dia.
"Keluar kejap." Dia jawab pendek.
"I know but where?" Aku masih ingin tahu.
"Jumpa kawan." Dia jawab malas.
"Okay.. Take care. Hmm balik lambat ke?"
"Tengoklah."
Eh macam tu je jawapan dia? Baik aku tak payah tanya je awal-awal.
*****
Abang, otw balik nanti tapaukan Brader John atau naan cheese boleh? Craving la lama tak makan.
Aku hantar chat dekat Hezry. Nak keluar beli sendiri pun malas sebab dah pukul 8 malam. Nanti kalau Hezry balik aku takde kat rumah satu hal pula.
Aku menunggu Hezry sehingga pukul 10 namun dia masih belum balik. Kalau macam ni baik masak maggi je.
YOU ARE READING
My White Knight
RomanceMia Amanda, gadis yang kehilangan tunang tersayang dalam kemalangan yang meragut nyawa menjadikan dia tidak berminat mahu menjalinkan hubungan dalam masa terdekat. Sekurang-kurangnya biarlah hatinya sembuh dahulu. Namun hadirnya Hezry sedikit seban...