Kami sampai rumah Mama kira-kira pukul 9.30 malam. Papa dan Mama kedua-duanya memandang aku semacam sewaktu melihat Hezry yang lemah tidak bermaya hasil terkena suntikan di klinik tadi.
"Ya Allah Mia, Hez macam ni pun kamu ajak balik ke?" Soal Mama kedengaran sedikit marah.
Aku menarik nafas panjang. Nak je bagitahu Mama menantu dia ni yang degil nak datang juga.
"Alang-alang Mia bawa Hez pergi klinik, tu datang sini terus. Lagipun nanti apa-apa Mia sorang dekat rumah mesti kelam kabut. Balik sini Mama boleh tolong." Aku main hentam jawapan bagi dekat Mama.
"Ma, tak payah la nak start membebel pula. Menantu kita ni dah la tak sihat. Sambung esok-esok. Dah sampai dah pun ni." Papa yang kebetulan ada di situ menyampuk.
Fuhh nasib baik papa backup.
Mama cuma diam. Malas nak membalas agaknya.
"Pa. Kami naik dulu ya." Aku meminta izin sebelum memimpin Hezry ke dalam bilik. Lagipun duduk lama-lama nanti tak pasal-pasal Mama sambung membebel pula.
Barangan di dalam kereta telah aku pesan kepada Acik Hanim dan Melissa untuk tolong ambilkan jadi aku dah tak perlu turun lagi.
Hezry terus tertidur tidak lama setelah merebahkan badan di atas katil.
Namun apa yang aku pelik, sebelum pergi kerja pagi tadi dia nampak okey je. Mungkin pergi lawat site panas sangat agaknya.
"Kesian Abang." Aku cakap perlahan sambil mengusap pipi Hezry dan kemudiannya menghadiahkan ciuman di di pipi dan dahinya.
Pintu bilik diketuk dari luar. Aku segera bangun untuk melihat siapa di luar.
Kelihatan Muiz dan Mel di luar bilik.
"Kakak, ni luggage kakak. Puding Mel dah masukkan dalam fridge. Ada apa-apa lagi tak yang tertinggal?" Soal Melissa sambil menghulurkan kunci kereta Hezry kepada aku."Takde dah. Thanks."
"Abang Hez macam mana?" Soal Muiz serya menjengukkan kepala ke dalam bilik.
"Dia dah tidur. Badan dia lemah doktor kata tadi. Dehydrated cuma tak teruk." Aku menjelaskan kepadanya.
Aku mengikuti adik-adikku ke ruang tamu tingkat atas. Tidak mahu tidur Hezry terganggu sebenarnya.
"Sorry Kakak." Muiz yabg duduk di sofa sebelah kiri aku tunjuk wajah bersalah.
"Kenapa?" Aku kerutkan dahi.
"Yalah Abang Hez tak sihat macam ni tapi still datang sini sebab kitorang request." Ujar Muiz dengan riak serba-salah.
"Kakak dah cakap datang esok-esok pun takpe tapi dia bertegas nak datang malam ni juga. Takde hal la. Boleh rehat juga dekat mana-mana pun." Aku cuba mengurangkan rasa bersalah Muiz.
"Betul juga." Ujar Muiz kedengaran sedikit lega.
"So macam mana preparation korang?" Aku tanya Melissa yang sedang ralit berwhatsapp di sebelah aku.
Kelihatan dia sedikt terkejut.
"Almost done. Ada sikit-sikit je lagi."
"Nanti Mama Papa hantar atau korang pergi dua je?" Aku tanya diorang lagi sebab beberapa minggu lepas Papa kata dia mungkin tak boleh hantarkan.
"Mestilah Mama Papa hantar. Anak bongsu diorang kut." Balas Melissa lagi sambil ketawa.
"Padahal korang yang merayu suruh pergi sama kann." Aku sindir Melissa. Bukan tak tahu manja dia tahap mana.
"Kakak." Sampuk Muiz.
Aku jongketkan kening. "Apa dia?"
"Lunch tadi kan Muiz nampak Abang Hez dengan perempuan yang rambut merah tu. Alaa. That girl yang kakak selalu jealous tu?"
Rambut merah? Setakat yang aku kenal Irine je yang rambut merah. Hezry buat apa jumpa Irine? Tapi memang aku tak lunch sama pun dengan dia tadi sebab Hezry kata dia nak kena backup staff ofis dia yang cuti kecemasan pergi site lepas lunch. Jadi aku taknak dia dia terkejar-kejar nanti.
"Kat mana?" Aku tanya Muiz mahukan kepastian.
"Hilton PJ. Tapi don't get them wrong. Nampak dekat coffee house je."
"Ohh. Maybe Irine turun KL kut tu yang makan sama." Aku cuba sedapkan hati Muiz dan juga hati sendiri. "Diorang berdua je ke?"
"Taklah. Ada empat orang kalau tak silap. But then she's the only girl." Jawab Muiz setelah mencongak-congak seketika.
Aku tarik nafas lega. Macam mustahil je Hezry nak keluar berdua je dengan Irine. Mungkin lagi dua orang tu kawan mereka masa dekat UK dulu.
"Takpelah, Kakak masuk bilik dulu. Nak call Daddy inform pasal Abang Hez." Aku meminta diri dari situ.
Tambahan pula mana tahu kalau Hezry tersedar tapi aku takde ke.
Masuk ke dalam bilik, nombor Daddy aku dial. Jarang benar aku call Daddy ni. Sebelum ni kalau ada pun selalu call Mummy je.
"Assalamualaikum Mia. Ada apa?" Soal Daddy di hujung talian.
"Waalaikumussalam Daddy. Maaf ganggu. Mia call ni nak bagitahu je yang Hez demam. Dapat MC dua hari." Aku segera memberitahu tujuan sebenar aku menelefon.
"Hmm Ayiff ni.. Dah agak dah. Tadi Daddy dah tak bagi dia ganti pergi site sebab dah nampak lesu tapi nak pergi juga. Padahal benda tu boleh je kalau postponed esok ke tapi dia degil. Tak pernah berubah. Mia cubalah nasihatkan sikit suami Mia tu. Daddy dah letih pesan banyak jangan paksa diri beyond his capacity." Balas Daddy agak panjang sambil membebel.
"Baik Daddy, nanti Mia cuba bagitahu dia." Janjiku kepada Daddy. Sebabnya, memang betul pun dia workaholic sangat.
"Thanks Mia. Esok Daddy dengan Mummy singgah rumah ya. Mia bersabar sikit ya dengan Hezry tu." Pesan Daddy lagi.
Tapi kan aku macam dengar Daddy pun panggil Hezry Ayiff tadi. Ke dia cakap benda lain sebenarnya atau aku yang overthinking pasal tu? Sebab ni dia sebut Hezry pula. Mungkin aku salah dengar.
"Takde hal la. Dah memang tugas Mia kan untuk jaga dia. Bukan macam budak kecil pun. Oh Daddy, lupa nak bagitahu, kami dekat rumah Papa ni. Kalau Daddy nak singgah esok, singgah sini ya?"
"Okey Mia." Balasnya sebelum menamatkan perbualan.
Skrin telefon aku pandang. Patut ke aku turut cuti esok? Tapi untuk tinggal Hezry sorang-sorang dekat rumah tu agak tak patut sebenarnya.
Jadi aku membuat keputusan untuk whatsapp Ryan. Tak pernah-pernah aku berwhatsapp dengan dia sebelum ni.
En. Ryan, sorry ganggu malam-malam. Saya cuma nak minta cuti esok. Husband saya tak sihat ni. I feel bad to leave him alone at home.
Tanpa berlengah lagi, aku segera menghantar mesej kepada Ryan.
Beberapa saat kemudian dia membalas chat aku. Wah pantas betul.
It's okay Mia. I approve. You bukan cuti saja-saja pun. See you later.
Thanks Boss! ️
Welcome. Hm I told you just to call me Ryan.
Aku garu kepala. Haish Ryan ni tak habis-habis suruh aku panggil Ryan. Awkward kut sebab dia Boss aku. Namun chatnya aku biarkan sahaja tidak berbalas.
YOU ARE READING
My White Knight
عاطفيةMia Amanda, gadis yang kehilangan tunang tersayang dalam kemalangan yang meragut nyawa menjadikan dia tidak berminat mahu menjalinkan hubungan dalam masa terdekat. Sekurang-kurangnya biarlah hatinya sembuh dahulu. Namun hadirnya Hezry sedikit seban...