Aku sedang membantu nenek di dapur menyediakan minum petang untuk kami semua. Mereka yang lain sedang bersiap untuk keluar. Kami menyediakan cucur udang bersama pisang goreng.
"Mia tak nak ikut mereka ke?"
"Tak nek, kaki pun bengkak lagi ni." Balasku.
Niat memang lah nak ikut tapi mengenangkan keadaan kaki aku yang masih berbalut aku rasakan tidak perlu.
Mereka semua merancang ingin ke Tasik Melati Kangar untuk jogging. Maklumlah semua sejak balik ni asyik makan je sebab nenek selalu masak best-best.
Hezry kemudiannya masuk ke dapur. Bekas air di dalam peti sejuk di bawa keluar lalu dia duduk di meja makan, di hadapan aku.
"Serius tak nak ikut kitorang? Soalnya.
"Dah tu nak ikut macam mana? Jalan tu boleh la pelan-pelan tapi nak jogging sekali memang taklah. So better duk rumah je teman nenek."
"Hmm. Reti guna hoverboard tak?" Dia tanya aku.
Pelik pulak aku Hezry ni tiba-tiba je tanya.
"Tak. Kenapa? Selalu tengok orang je."
Sebenarnya dekat apartment aku Icha selalu jugak main bendalah ni tapi tak rasa nak cuba pula. Nanti jatuh berdebuk buat malu je. Dahla sakit.
"Just in case kalau awak nak follow, saya punya ada je dalam kereta. Lagipun kaki awak kan tak ok sepenuhnya lagi kan? Boleh la awak guna." Hezry memberitahu perkara sebenar.
Ohh macamtu ke.
"Boleh juga. Nanti dah siap semua ni, saya pergi tukar baju. Korang nak gerak pukul berapa?"
"5.30 kut. Sekarang panas lagi."
Hezry bangun dan keluar ke ruang tamu.
"Kamu yakin ke kamu dengan dia tak ada apa-apa?" Soal nenek sambil menggaul pisang di dalam tepung.
"Yakin. Kenapa?"
"Nenek nampak dia layan kamu lain macam je."
"Lain macam macam mana? Dia tu kalau masa dia ok memang dia okey nek. Tapi biasanya Mia selalu kena buli dengan dia." Aku mengadu kepada nenek.
"Nenek rasa dia memang saja je nak usik Mia. Tapi hati dia ada maksud lain." Nenek cakap sambil ketawa.
Usik apa sampai aku kena basuh baju dia segala. Lepas tu asyik menyindir aku je kerja dia.
Tapi kan kalau difikirkan balik, sekarang ni dia dah jarang cari pasal dengan aku sejak balik kampung. Sindir tu ada lah sikit-sikit. Tapi kebanyakannya okey je. Nak-nak lepas aku terseliuh dekat pasar tu.
Cucur udang yang telah siap digoreng aku bawa keluar ke ruang tamu. Nenek di belakang membawa sejug air bandung.
"Mia masuk bilik dulu ya. Nak solat lepas tu bersiap." Aku memberitahu nenek sebelum masuk ke dalam bilik.
Sewaktu aku membuka pintu, Melissa sedang memakai tudung. Sempat lagilah aku siap.
"Mel, nanti bagitahu diorang suruh tunggu dulu jap."
"Aik tadi kata tak nak ikut. Ok ke nanti kalau ikut?"
"Hezry ajak tadi."
"Amboi bukan main asal Abang Hez ajak laju je eh?" Melissa menyampuk kata-kata aku.
"Ish apa-apa jelah. Kakak nak ambil wudhu' dulu."
"Eleh saja nak lari kan?" Dia menunjukkan senyum sinis kepadaku.
YOU ARE READING
My White Knight
RomanceMia Amanda, gadis yang kehilangan tunang tersayang dalam kemalangan yang meragut nyawa menjadikan dia tidak berminat mahu menjalinkan hubungan dalam masa terdekat. Sekurang-kurangnya biarlah hatinya sembuh dahulu. Namun hadirnya Hezry sedikit seban...