BAB 57

6K 233 7
                                    

Aku baca Whatsapp yang dihantar oleh mama  sebaik sedar dari tidur. Baru pukul 5 pagi. Hezry pun belum bangun lagi.

Aku berbaring di sisi Hezry sambil tangan kiriku bermain-main dengan bibir dan hidung miliknya. Seterusnya aku mencium dahi, pipi dan bibir Hezry. Namjn sebaik bibirku menyentuh bibir Hezry, sempat aku rasakan senyuman yang terukir.

Cis! Dia dah sedar rupanya. Segera aku menarik wajahku menjauhi.

"Kenapa stop?"

"Abang buat-buat tidur." Aku balas dengan muncung di bibir.

"Abang baru sedar jelah sayang. How can I keep being asleep kalau kena goda macam tu." Jawapan Hezry mengundang blushing di pipi aku.

"Mana ada Mia goda abang. I was just admiring my view." Ujarku tidak mahu mengalah.

"Yelah sayang. Come sleep. Awal lagi kan." Ujarnya sambil menepuk lengan.

"Abang jom pergi hospital." Ajakku sekaligus menghiraukan arahan Hezry.

Hezry yang baru hendak tidur semula kebingungan. Dahi dikerutkan berlapis-lapis. Dia bangun dari berbaring dan duduk di hadapan aku.

"Siapa sakit?" Soalnya dengan riak blur.

"Takde orang sakit pun."

"Habis tu takde orang sakit nak pergi buat apa?" Soalnya lagi sambil menutup mulut akibat menguap.

Tidak lama kemudian dia memandang aku atas bawah.
"Don't you say.. Yang Mia dah nak bersalin."

Aku garu kepala. Bersalin apanya baru tiga bulan lebih.

"Tapi tak mungkin.." Ujarnya sambil mengeleng. "Ke sakit kat mana?" Balas Hezry mulai kedengaran risau.

Dia menghadiahkan aku pandangan pelik. Kedua belah bahu aku dipegang olehnya.

"Tak macam rupa orang sakit pun?" Ujarnya seolah-olah bermonolog sendirian.

Aku ketawa halus.

"Abang ni tak bagi peluang Mia nak explain. Kak Alia dah deliver. Pukul 3.15 tadi. Mia nak ajak tengok dia lah." Ujarku menerangkan keadaan sebenar.

"Cakaplah macam tu. Cuak je tiba-tiba." Hezry mencemik. Dadanya diurut perlahan.

Nasib baik Kak Alia beranak hari minggu. Aku dah tak sabar ni nak tengok anak buah.

==========
Kami tiba di hospital hampir 10 pagi. Kak Alia sudah dipindah masuk ke dalam wad.

Abang Mukhriz aku lihat sedang bercakap menerusi telefon di koridor wad. Namun sebaik terpandangkan aku dan Hezry dia segera menyuruh kami masuk ke dalam.

Sebaik pintu wad ditolak, aku lihat mama, pap dan Acik Hanim berada di dalam, membelakangi pintu. Kak Alia yang kelihatan sedikit pucat senyum dekat kami yang baru tiba.

"Ni ada bekal mummy kirim." Aku letakkan brown rice beserta salmon panggang di meja tepi katil.

Sebenarnya Hezry yang gigih nak pergi brekfast rumah mummy pagi tadi. Alang-alang dia tahu Kak Alia bersalin, terus dia masak.

Awalnya Mummy ingin turut serta namun ada tetamu yang datang ke rumah. Jadi dia berjanji akan melawat di rumah sahaja nanti.

"Nasib baik Mia bawa makanan. Tau-tau jelah makanan hospital ni tak sedap." Sampuk mama."

"Susah-susah je Mia."

"Takpe Kak Alia. Mummy yang kirim, Mia tolong bawa je. Nak makan terus? Mia boleh hidangkan." Pelawaku.

My White KnightWhere stories live. Discover now