Penerbangan MH 128 aku rasakan sangat lama dan diselangi oleh perasaan berdebar-debar. Aku jadi tidak senang duduk sepanjang perjalanan.
Agaknya bagaimanalah penerimaan Hezry nanti. Tambahan pula, pinggang aku terasa sangat tidak selesa akibat agak lama duduk.
"Jauh termenung? Jangan risau. Sejam lagi kita sampai la. Kami tahu kakak rindu Abang Hez tapi sabar sikit." Tegur Muiz mengejutkan aku.
Melissa di sebelah kanan aku mengekek ketawa.
Bukan main lagi time aku korang gelakkan. Tunggu lah nanti aku pula yang bahan diorang.
Kami tiba seawal jam 6.30 pagi. Aku yang sedari tidak selesa dengan pinggang dan sakit belakang mula tidak keruan."Lama lagi tak? Kakak tak tahan dah ni." Soalku sambil mundar mandir di hadapan kedua Melissa dan Muiz.
"Okey jom. Kakak larat tak jalan ni?" Tanya Muiz.
Aku angguk."Ke nak wheelchair?" Soalnya lagi.
Langsung tak membantu. Sajalah tu nak kenakan aku.
Mata aku jengilkan kepadanya dan Muiz mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda menyerah kalah.
Sebaik tiba di pintu keluar, sebuah kereta kelabu berhenti di hadapan kami.
"Kenapa macam kenal je?" Soalku kepada diri sendiri. Kereta dah sama, warna pun. Cuma aku tak sempat tengok nombor plat je tadi.
Zapp! Seorang lelaki keluar dari tempat pemandu kereta tersebut dan orang itu adalah Hezry.
Serta merta hatiku menjadi berdebar-debar. Kedua adikku aku jeling.
Hezry buat muka toya sebaik melihat aku. Dia berjalan menghampiri aku dengan renungan tajam.
Aku hulurkan tangan untuk bersalam dan cium tangan Hezry.
Nasib baik dia hulurkan juga tangan. Cuak juga aku tadi. Risau kalau kena tepis. Haha.
Segera dia berlalu untuk mengambil bagasi milik aku untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta.
"Pergh beg besar bukan main lagi macam nak pindah rumah. Dah la besar, berat pula tu. Tapi rupa-rupanya pergi dua minggu je?" Gumamnya perlahan namun aku masih boleh dengar.Saja lah tu nak sindir aku. Dan dan je dia.
Semasa Hezry di belakang kereta memasukkan beg bersama Muiz, aku sempat menyiku Melissa di sisi aku.
"Apasal tak cakap?" Ujarku sambil membuntangkan mata de arah dia.
"Err.. Ingat kakak tahu." Dia cakap sambil garu kepala.
"Kakak ingat driver papa yang jemput." Rengusku perlahan.
"Benda common lah kan isteri balik suami jemput. Sama juga kalau suami balik isteri patutnya jemput. Tak macam orang tuu.. Tahu suami nak balik tapi dia siap lari lagi.. Dah lah jauh. Dahsyat betul." Sempat lagi Hezry sindir aku sewaktu lalu di hadapan aku buat kali kedua.
Agaknya dia dengar apa yang aku cakap dekat Melissa tadi.
Aku segera masuk ke dalam kereta di tempat duduk penumpang bahagian hadapan. Malas mahu berada di luar lama-lama. Pintu aku tutup agak kuat tanda protes.
Tidak lama kemudian, Hezry turut masuk ke dalam kereta. Aku menjadi tidak betah.
Kenapalah aku duduk depan. Patutnya duduk seat belakang je tadi. Bebelku di dalam hati.
"Tahulah dah berjaya remukkan hari Abang, but please jangan remukkan kereta sekali. Abang sayangggg gila tau." Ujar Hezry sambil sengaja memanjangkan perkataan sayang tersebut.
YOU ARE READING
My White Knight
RomanceMia Amanda, gadis yang kehilangan tunang tersayang dalam kemalangan yang meragut nyawa menjadikan dia tidak berminat mahu menjalinkan hubungan dalam masa terdekat. Sekurang-kurangnya biarlah hatinya sembuh dahulu. Namun hadirnya Hezry sedikit seban...