Sebaik meletakkan luggage di baggage drop, Hezry mengajak aku minum sementara masih ada masa.
"Nanti habis kerja Abang terus balik tau. I got surprise for you." Pesanku kepada Hezry sambil membelai pipinya.
"Of course laa Abang akan terus balik, why would I stay there longer when you are my home?" Ujarnya sambil menarik hidung aku. "Mia nanti stay rumah Mama je okey sementara takde buat apa-apa ni. Nak pergi mana-mana pun just go. Abang izinkan." Sambungnya lagi.
"Hmm selain maybe balik rumah Mama or Mummy and keluar beli barang, Mia ingat nak pergi Sunway lah. Lama tak jumpa kawan-kawan. Diorang nak move out minggu ni kalau tak silap. Kalau Mia stay sana semalam dua, boleh?" Jelasku lebih kepada meminta izin.
"Okey. Tapi kalau rasa tak sihat duduk rumah je. Bagitahu Abang. Nanti Abang suruh Fiya tengokkan."
"Relaks okey? Abang pergi berapa hari je. Gaya macam nak pergi lama. I will be okay. Jangan risau." Balasku mahu menyedapkan hati Hezry dan juga hati sendiri. Risau juga sebenarnya nak duduk sorang-sorang dekat rumah tu.
Hezry melepaskan keluhan kecil.
"Abang tak tahulah kenapa, tapi Abang betul-betul rasa tak sedap hati nak tinggalkan Mia kali ni. Rasa sayu dia lain macam." Ujar Hezry sedikit muram.
"Alah, Abang dah lama tak tinggalkan Mia sorang-sorang kan. Biasalah tu."
"Mungkin juga. Lagipun Mia kan macam tak sihat sangat sekarang ni. Promise me you will take care of yourself." Ujar Hezry sambil menghulurkan jari kelingkingnya di hadapan aku.
Heh selalu aku yang hulur pinky promise dekat dia.
Kelingking Hezry aku sambut dengan jari kelingking juga.
"Sayang, I think it's about time to go." Hezry bersuara sebaik Mocha di dalam cawannya dihabiskan.
"Okey jom." Balasku sambil bangun dari tempat duduk.
Tiba sahaja di pintu balai perlepasan, Hezry segera memeluk aku sebelum masuk ke dalam.
"Abang, you were the one yang kata tak boleh tunjukkan kemesraan depan orang." Ujarku sedikit menolak badan Hezry.
"Promise you it will be a quick one." Balasnya tidak mahu mengalah.
Beberapa saat kemudian dia leraikan pelukan kami lalu mencium dahiku.
"Bye Sayang. Anything just update me." Ucapnya sambil mengusap kedua belah tanganku.
"Baikk."
Sebaik Hezry ingin menarik tangannya, aku memegangnya erat seakan tidak mahu melepaskan tangan Hezry.
Kalau tadi aku masih mampu bertahan tapi tidak untuk saat ini. Haih control sikit Mia. Tak baik buat Hezry macam ni.
"Why are you doing this to me? Nak Abang belikan tiket lagi satu?" Cadang Hezry tiba-tiba.
Segera aku gelengkan kepala. "No need. Mia nak salam Abang jelah sebenarnya." Beritahuku lalu mencium tangan kanan Hezry serta mencium kedua belah pipinya kemudiannya.
Hati aku meronta-ronta tidak mahu membiarkan Hezry pergi namun aku terpaksa berlagak biasa.
"Tapi kalau Mia rindu Abang sangat then I will go to you." Janjiku kepadanya seraya mengucup tangannya beberapa kali."Alright Sayang."
Hezry berlalu ke dalam balai perlepasan sambil melambai-lambai kepadaku. Aku kemudiannya turut melangkah pulang namun aku merasakan langkahku berat untuk meninggalkan lapangan terbang ini lalu aku kembali berpatah semula untuk melihat Hezry.
Langkah Hezry aku perhatikan satu persatu. Kelihatan Hezry menghampiri seorang wanita yang sedia berdiri di hadapan escalator seolah-olah sedang menunggunya bersama seorang kanak-kanak lelaki.
Aku cuba mengecilkan mata untuk melihat siapakah gerangan perempuan tersebut.
Wanita berambut coklat secara tidak sengaja berpaling ke arah aku sebaik dia mahu membetulkan rambutnya dan aku merasakan seolah-olah wajahku kehilangan darah di saat ini.Irine!
Ya Irine yang sedang tersenyum gembira di sisi Hezry dan seorang kanak-kanak lelaki.
"Finally Daddy is here!" Laung kanak-kanak tersebut sedikit kuat bersama dengan gelak ketawa.
Meskipun keadaan sedikit bingit. Namun aku masih mampu membaca mulut kanak-kanak tersebut serta mendengarkan sayup-sayup akan apa yang diucapkan.
Terasa lemah kedua-dua belah kaki aku dengan apa yang dilihat serta didengari beberapa saat yang lalu.
Aku masih setia memandang drama di hadapan aku. Kanak-kanak tersebut menghulurkan kedua belah tangannya seolah mahu didukung Hezry.
Tindakannya itu mendapat respons yang baik dari Hezry kerana dia segera mendukung serta mencium pipi kanak-kanak lelaki tersebut.Aku yang sudah tidak mampu bertahan melihatkan realiti di depan mata, memilih untuk pergi dari situ.
Langkah aku atur perlahan-lahan kerana kedua belah kakiku terasa sangat lemah untuk melangkah.
Drive safe sayang. Miss you already 😔
Aku baca whatsapp Hezry yang baru diterima.
Amboi hipokritnya ayat dia.Mesejnya aku biarkan begitu. Langsung tidak terasa seperti mahu membalas.
Aku segera pulang ke rumah. Ada hal yang harus diselesaikan.
Sampai sahaja di rumah, bilik kerja Hezry aku tuju. Sangat jarang sebenarnya aku masuk ke dalam bilik ini. Sekadar untuk mengemop dan vakum sahaja kerana selalunya Hezry akan kemas sendiri sebab katanya, ini kan work place dia, jadi biar dia je yang jaga.
Telefon di dalam poket bergetar menandakan tanda masuk mesej. Aku segera keluarkan. Mana tahu Tasha ke yang whatsapp bertanyakan kedatanganku.
Namun setelah dibuka. Mesej dari Hezry rupanya.
Syg kat mana? Dah sampai rumah? Abang baru board flight ni. Flight delay 30 mins.
Tidak lama kemudian dia menghantar gambarnya. Namun yang lebih menarik perhatian aku, budak lelaki tadi turut masuk ke dalam gambar tersebut.
Who's that boy?
Balasku laju.
Hahahaha. Syg, he's just a little one. Takkan dengan dia pun syg nak jealous juga kut? 😅
Tanya elok-elok bukan nak jawab. Rengusku perlahan.
Uzayr nama dia. Btw he's so cute kan? Tapi kalau anak kita mesti lagi handsome sebab ikut muka abang! 😝
Cute lah dah kalau anak dia dengan Irine.
Telefon aku letakkan di atas meja setelah ditukar ke mode silent. Malas mahu melayan Hezry.
Aku meneruskan perancangan awal aku. Laci meja kerja Hezry aku buka satu persatu. Tiada apa yang aku jumpai. Hanya ada planner dan alat tulis di dalam laci tersebut.
Planner sempat aku belek, hanya ada gambar kahwin kami di muka surat pertama. Selebihnya masih kosong, belum digunakan.
Briefcase Hezry yang diletakkan di belakang meja kerja aku selongkar. Juga tiada apa yang mencurigakan.
"There must be something." Aku bermonolog sendirian. Semestinya aku perlukan bukti sebelum bertindak melulu. Kepala aku picit perlahan.
Badan aku rehatkan di kerusi sambil memandang sekeliling bilik ini.
Kalau ikutkan, mustahil dia nak simpan apa-apa dekat dalam bilik tidur kami.
Aku bingkas bangun dari kerusi. Nampaknya ada tempat lain yang aku yakin aku boleh dapatkan jawapan.
Telefon di atas meja aku ambil sebelum bergegas keluar dari rumah. Nasib baik tadi sampai tak buka tudung lagi.
🌸🌸🌸
Okay siapa rasa yg Hezry sebenarnya ada scandal dengan Irine? 🙋🏻♀️🙋🏻♀️🙋🏻♀️ & agak2 apa tindakan Mia lepas ni? Stay tuned. Tapi kalau ada idea boleh je komen bawah ni, still boleh edit utk next chapter 🙊🙊☺️☺️
YOU ARE READING
My White Knight
RomanceMia Amanda, gadis yang kehilangan tunang tersayang dalam kemalangan yang meragut nyawa menjadikan dia tidak berminat mahu menjalinkan hubungan dalam masa terdekat. Sekurang-kurangnya biarlah hatinya sembuh dahulu. Namun hadirnya Hezry sedikit seban...