Pagi-pagi lagi aku sudah menemani Acik Hanim ke pasar untuk membeli lauk-pauk.
Aku bercadang ingin memasak ketam gulai lemak, kacang buncis goreng bersama telur dan sayur bayam merah masak bersama sup udang.
Hari ni first attempt nak memasak buat Hezry. Macam mana lah nanti. Risau pula aku kalau dia tak suka. Ya lah lidah dia western sangat.
Pukul 12 tengah hari, semuanya sudah tersedia. Aku memasukkan makanan ke dalam mangkuk tingkat untuk di bawa ke pejabat Hezry.
Sebelum ke pejabat Hezry, aku singgah di kafe mama untuk mengambil victoria sandwich sebagai backup plan sekiranya makanan yang aku bawa ni tak menepati citarasa Hezry.
Lebih kurang 10 minit aku mencari parking namun tiada yang kosong. Aku menelefon Hezry untuk memberitahu situasi aku. Beberapa minit kemudia dia turun menghampiri kereta aku.
"Apa kata awak ambil je mangkuk tingkat ni. Saya tinggal eh? Nanti esok saya hantar lain saya ambil balik yang ni."
"Mana boleh. Awak kena teman saya makan. Lagipun saya tahu awak tak lunch lagi kan? Mia, biar saya parkingkan kereta. Awak tunggu dekat lobby boleh?"
Aku keluar dari kereta dan Hezry masuk lalu memandu ke arah tempat parking. Dia ni, aku dah cakap kan takde kosong. Degil juga.
Lima minit kemudian dia menghampiri aku di lobi tersebut.
"Amacam? Jumpa tak?" Aku bertanya seiring bejalan di sebelahnya menuju lif.
"Hey. See the leg la. Ada je parking."
"Kat mana? Tadi saya tengok takde kosong pun? Orang dah keluar lunch eh?" Soalku ingin tahu.
"Taklah. Saya parking dekat tempat daddy. Dia tak ada minggu ni pergi Hong Kong."
Ehh? Sabar jelah. Boleh pulak dia pergi parking dekat tempat daddy dia. Karang orang cakap aku apa pula ni..
Lif berhenti di tingkat 8. Hezry melangkah keluar dituruti aku. Beberapa orang pekerja memandang pelik ke arah kami.
"Encik Hezry tak jadi keluar lunch ke?" Perempuan berambut lurus warna brunette menegurnya.
Mak aih. Tak boleh seksi lagi ke minah ni? Merobek biji mata betul aku tengok dia.
"Siapa kata saya nak keluar lunch? Saya pergi jemput tunang saya je dekat bawah."
Jawabnya sambil mengenyitkan mata kepadaku. "Jom sayang."
Hezry panggil aku sayang?
Belum sempat perempuan tersebut bersuara, Hezry telah belalu meninggalkannya. Aku turut mengikutnya. Sebelum berlalu aku mengangguk dan senyum kepada wanita tersebut.
Pintu bilik Hezry aku tolak. Dia ni dah kenapa menonong je masuk dalam. Langsung tak tunggu aku.
"Hez.." Aku menghampirinya yang sedia duduk di set sofa berhampiran pintu biliknya. Punggung aku labuhkan dihadapannya.
"Yes?"
"Apa masalah awak? Blah macam tu je. Tak minta diri pun. Lagi satu, bila masa pulak kita tunang?"
Walaupun aku tak suka gaya perempuan tu tapi tak ada lah terdetik nak layan dia macam takde perasaan pula.
"Saja. Malas nak layan. Hmm bila eh?" Dia senyum senget kepadaku. "Soon sayang. Soon. One step at a time eh? Ke nak skip a few steps? Saya tak kisah pun. Bersedia menurut perintah."
YOU ARE READING
My White Knight
RomanceMia Amanda, gadis yang kehilangan tunang tersayang dalam kemalangan yang meragut nyawa menjadikan dia tidak berminat mahu menjalinkan hubungan dalam masa terdekat. Sekurang-kurangnya biarlah hatinya sembuh dahulu. Namun hadirnya Hezry sedikit seban...