"Mia, masuk bilik I kejap." Arah Ryan yang baru pulang dari mesyuarat sewaktu melalui tempat duduk aku. Aku yang sedang leka menaip di komputer terkejut mendengarkan suaranya.
Belum sempat aku menjawab dia sudah berlalu masuk ke dalam bilik pejabatnya.
Aku segera bangun lalu menuju ke arah bilik Ryan. Sedikit cuak sebenarnya sebab sebelum ni dia tak pernah pun suruh aku masuk bilik dia.
"Jenny, kenapa ya bos nak jumpa I?" Soalku kepada setiausaha Ryan.
Dia hanya menjongketkan bahu. "I pun tak tahu Mia. Masuk je. Mana tahu ada good news dia nak ambil you kerja sini terus ke. Who knows."
Jenny yang sedang sarat mengandung itu sempat bergurau dengan aku. Suka betul aku tengok seri ibu mengandung ni. Rasa macam nak mengandung juga. Heh.
"Jangan bagi harapan tau. Kalau sebaliknya macam mana? Takpelah I masuk dulu laa." Beritahuku. Jenny angguk mendengarkan kata-kataku.
Pintu bilik Ryan aku ketuk sebelum melangkah masuk ke dalam setelah dia memberikan arahan supaya aku masuk.
Kelihatan Ryan sedang berbual menerusi telefon menggunakan bahasa cina dengan wajah yang sedikit tegang. Dia memandang aku lalu memberikan isyarat supaya aku duduk di depannya.
"Sorry to keep you waiting." Ujarnya setelah selesai berbual di telefon.
"It's okay. Tapi kenapa ya Encik Ryan minta saya masuk bilik ni?" Soalku sedikit pelik.
"Macam ni. I kena pergi conference yang dekat Johor tu next week. Should be me and Jenny yang pergi tapi you pun tahu kan dia tengah sarat mengandung. Lagipun next week dah minggu last dia kerja before deliver." Tutunya panjang sebelum memandang aku lama.
"So?" Soalku yang mula merasa tidak selesa dengan pandangan Ryan.
"So.. I nak minta you gantikan Jenny. It's just for three days. Wednesday till Friday but Friday tu half day je."
"Is it a request or a command?" Aku tanya dengan dahi yang berlapis.
Ryan ketawa mendengarkan soalan aku. "You nak yang mana?"
"Boleh eh buat pilihan macam tu?" Aku tanya dia sambil kerutkan dahi.
"Boleh je. I bos kan?" Jawabnya sambil bermain dengan pen.
Sabar jelah dengan jawapan dia.
"Apa bos ni main-main pula. No lah sebab tak pelik ke intern je boleh pergi tempat macam tu? Nanti orang lain kata pilih kasih pula." Aku akhirnya meluahkan apa yang terbuku di dalam hati aku. Karang tak pasal-pasal orang kata aku ada skandal pula dengan Ryan.
"It's a command then. Semua yang lain busy sebab tengah prepare untuk internal audit upcoming week. So you je lah yang kurang busy."
Mendengarkan jawapan Ryan. Ada betul juga katanya. Lagipun bukan selalu dapat peluang macam ni.
"Okay boss. Even if it's a request I tetap setuju je." Balasku memberikan kata putus.
"I know you will say so. Thanks Mia."
"Welcome."
Kembali ke tempat aku, telefon dari dalam laci aku ambil. Buat reminder siap-siap lah takut nanti lupa. Dekat Hezry nanti balik lah bagitahu.
Chat Hezry aku tekan.
Hari ni nak lunch dekat mana?
Beberapa minit kemudian dia membalas.
YOU ARE READING
My White Knight
RomanceMia Amanda, gadis yang kehilangan tunang tersayang dalam kemalangan yang meragut nyawa menjadikan dia tidak berminat mahu menjalinkan hubungan dalam masa terdekat. Sekurang-kurangnya biarlah hatinya sembuh dahulu. Namun hadirnya Hezry sedikit seban...