BAB 26

6.1K 187 2
                                    

Hezry yang sudah sedia menunggu di perkarangan pejabat menjadikan langkah aku makin laju. Kesian dia lama tunggu. Ryan la ni minta aku join meeting sekali sedangkan aku tak rasa aku layak pun masuk meeting tu.

Hezry ni pun satu, elok je awal-awal dulu aku drive sendiri pergi kerja ni tapi sejak minggu lepas dia bertegas mahu aku pergi bersama. Carpool boleh kurangkan jammed katanya selain boleh jimat minyak.

Macam pelik je statement dia. Habis tu dia siap bagi aku kereta lagi satu kenapa.

"Mia, laju je you. Tak sabar nak balik ya. Tahulah esok weekend." Tegur Ryan sewaktu aku terkocoh-kocoh menghampiri lif.

Nasib baik sempat kejar.

"Eh bos, takdelah. Husband saya dah tunggu dekat bawah. Taknak dia tunggu lama." Aku menerangkan keadaan sebenar. Part tak sabar weekend tu betul juga cuma bukan sebab utama lah.

"I see.. But I thought you drive your own car." Soalnya lagi.

Alahai, boleh tak jangan banyak tanya. Saya letih la bos. Ni mesti sebab sebelum selalu juga kami selisih dekat parking.

"Nope. Dia rela hati nak jadi chauffer saya. Lagipun office dia dekat je."

"Untung kan jadi you, tapi siapa je yang tak nak jadi driver you." Ujarnya sambil ketawa.

Apa maksud dia. Saja nak main jiwa. Mana boleh. Jiwa aku dah lama terjual dekat Hezry.

Ting! Lif berbunyi menandakan sudah dampai di ground floor.

"Saya balik dulu ya Encik Ryan. Have a nice weekend."

"Same goes to you." Ujarnya sebelum melambai ke arah aku sewaktu keluar dari bangunan.

Pintu kereta aku buka laju. Hezry sedang tekun memandang ipadnya. Sedang sibuk membalas e-mel nampaknya. Bahaya betul tak kunci pintu kereta. Kalau yang datang tadi niat nak samun dia macam mana?

"Sorry lambat. Abang dah lama sampai?"

Hezry pandang aku. "Hye sayang. Tak lambat pun, Abang datang awal because I've been missing you the whole day."

"Eh ngada-ngada. Lunch tadi dah makan sama." Tangannya aku ambil lalu cium. "Cepatlah gerak." Aku tolak pipi dia supaya memandang hadapan.

"Baiklah mem. Ada nak singgah mana-mana tak?" Dia tanya aku.

"Abang ada plan tak weekend ni?" Aku jawab pertanyaan dia dengan soalan juga.

"Apa Mia ni tak menjawab soalan. Malam ni Abang ingat nak pergi gym. Esok tak tahu lagi. Kenapa? Ada plan lain ke?" Tebaknya. Ceh macam tahu-tahu je.

"Hmm balik rumah mama boleh? Macam dah lama je tak balik. Lagipun tengah hari esok mummy ajak teman pergi spa. So esok tidur rumah mummy pula. Boleh?

"Amboi dah plan elok dah. Tak bagitahu abang pun mummy ajak keluar? Sedihnya dimenantukan mak sendiri." Dia cakap sambil buat muka sedih.

"Ni bagitahu la ni. Mummy whatsapp tadi tapi Mia kata nak confirmkan dengan abang dulu. So what say you?"

"Kita pergi malam ni boleh? Abang nak ambil laptop dulu dekat rumah. Nanti lepas maghrib sebelum pergi gym abang drop Mia rumah Mama. Boleh?"

Macam mana boleh lupa. Biasanya weekend Hezry sibuk dengan design interiornya. Tapi menurutnya dia dah hadkan untuk terima satu sahaja lakaran seminggu memandangkan dia taknak abaikan aku.

My White KnightWhere stories live. Discover now