Aku mengemas barang-barang di dalam bilik apartment. Sebenarnya apartment ni milik keluarga Tasha. Tapi memandangkan rumah ibu bapa dia dekat Ampang, jadi dia ajak Icha, Fara dan aku tinggal sekali.
Awalnya Tasha keberatan nak bagi aku keluar dari apartment ni. Ya lah alang-alang dah satu sem je tinggal. Sepanjang kami tinggal di sini dia tak nak ambil bayaran kalau kami nak bayar sewa. Cukup beli barang dapur dan bayar bil utiliti je katanya.
Selama ni pun petang Jumaat biasanya aku dah balik rumah. Kalau hari minggu yang sibuk dengan program baru stay dekat sini.
Mengenangkan sem yang bakal bermula dalam masa dua minggu lagi adalah sem terakhir aku. Jadi rasanya aku boleh ulang alik je dari rumah. Dua kelas je seminggu. Tambahan pula Abang Mukhriz nak kahwin lagi dua bulan jadi aku rasa aku patut tolong apa yang perlu. Takkan nak harapkan mama je.
Telefon bimbit di atas meja tidur berbunyi. Aku segera bergerak mendapatkannya.
Hezry?
"Hello.." Telefon aku tekapkan di telinga.
"Waalaikumussalam." Dia menjawab laju.
"Eh.. Assalamualaikum. Haa kenapa tiba-tiba call?" Soalku terus. Tak pernah lagi dia call aku. Whatsapp tu ada lah kadang-kadang.
"Sebenarnya saya ada Whatsapp pagi tadi lagi. Tapi tak berbalas pun. Awak tidur lagi ke?" Soalnya.
"Ohh. Kenapa? Sorry busy sikit tengah kemas barang."
Memang lepas datang sini pukul 9 tu aku terus mula mengemas buku-buku dan barangan lain. Ingat sekejap lagi lepas zuhur baru nak mula kemas pakaian pula.
"Nak ajak teman lunch."
Aku pelik dengan permintaan tiba-tiba dia. Dah mengigau ke apa dia ni.
"Sekarang ke?"
"Yes. Sekarang la. Kalau esok, saya pun tak tahu perut saya nak makan apa." Dia menjawab pantas.
Aduh dia ni serius la betul-betul takde kawan ke?
"Kat mana?"
"Avenue K. Fiya cakap dim sum dekat sana best."
"Okey. Nanti lepas solat saya gerak pergi sana." Aku memberikan persetujuan.
"Eh saya boleh ambil dekat rumah."
"Takpe-takpe.. Lagipun pun saya dekat Sunway ni. Datang kemas barang dekat apartment." Aku memberitahunya.
"Macam tu ke? Baiklah nanti dah gerak roger ya?" Dia berpesan kepadaku.
"Alright. See ya. Bye."
"Bye."
Aku mengeluarkan palazzo dan blouse berwarna pastel dari wardrobe. Nasib baik la dekat sini ada baju banyak. Kalau tak keluar pakai t-shirt dengan jeans je lah jawabnya.
Hez.. Saya dah nak gerak ni. Jumpa dekat sana ok
Aku menghantar Whatsapp kepada Hezry.
Whatsapp kepada papa juga aku hantar. Sekadar memaklumkan walaupun aku rasa dia tak kisah pun kalau keluar dengan Hezry.
*****
"Dah lama sampai? Sorry lambat."
Aku menarik kerusi dan duduk di hadapan Hezry
"Baru je duduk. Tak order lagi pun. Pergi Sunway buat apa?"
YOU ARE READING
My White Knight
RomanceMia Amanda, gadis yang kehilangan tunang tersayang dalam kemalangan yang meragut nyawa menjadikan dia tidak berminat mahu menjalinkan hubungan dalam masa terdekat. Sekurang-kurangnya biarlah hatinya sembuh dahulu. Namun hadirnya Hezry sedikit seban...