Setelah solat Maghrib, Kak Alia memekapkan aku sementara mama pula akan memakaikan veil di kepalaku.
"Kak Alia, keep it simple but still nice okay? Karang lambat pula. Lagipun, leceh la nanti nak kena cuci kalau tebal sangat." Aku berpesan kepada dia. Mesti dia tahu apa yang da nak kena buat memandangkan dia memang pernah jadi mak andam lepas dah habis degree dulu. Aku tahu pun melalui Abang Mukhriz.
"Make up removal kan ada. Apa leceh pula. Tak suruh cuci pakai bleach pun. Tu betul la menyeksakan." Mama membalas kurang setuju dari belakang.
Kak Alia ketawa kecil. Cis.
"Ntah Mia, kau kenapa jadi lame pula tiba-tiba ni." Fara yang turut berada di dalam bilik tersebut bersama dengan yang lain menyampuk.
"Tu lah pasal. Macam tak biasa make up pula. Nervous sangat eh? Sebab tu cakap benda tak logik macam tu." Tasha menyambung sebelum mereka yang lain turut ketawa. Suka jiwa dia orang je, sempat lagi nak bahan aku. Tunggulah turn diorang nanti.
"Malam-malam macam ni siapa je nak tengok? Pakai sejam dua lepas tu kena cuci. Membazir je." Aku menyuarakan pendapatku di samping menmpertahankan diri.
"Ingat takde ke? Laki kau kan ada. Dia lah yang nak tengok."
Okey lupa. Ni majlis aku. Mestilah aku yang jadi tumpuan. Lebih baik tak payah jawab, nanti kena bahan lagi.
Kira-kira pukul 8.15 malam, kami bergerak ke Masjid Kuala Perlis. Majlis akan bermula pukul 9 malam. Sempat lah staf Mama yang datang sejak semalam menyediakan satu sudut masjid tersebut untuk majlis kami. Nasib baik tak clash dengan majlis lain.
Turun dari kereta, Melissa memegang bahagian belakang dress nikahku. Dulu masa design baju, aku sendiri yang request nak ada ekor panjang-panjang sebab boleh feeling macam princess bila turun tangga dekat rumah time akad nikah. Sekali lagi nak kena naik tangga adalah. Mesti orang dekat sini pelik tengok dress aku yang over macam ni. Namun aku langsung tak memberikan perhatian kepada pengunjung masjid ini yang masih ramai pada ketika ini.
Your life will change Mia. Soon. Very soon. Tapi betul ke keputusan ni. Aku mula meragui keputusan yang diambil ini. Namun beberapa ketika kemudian, aku bertekad untuk menepis kerisauan tu jauh-jauh. Aku tahu ini semua mainan perasaan semata-mata.
"Kakak, don't overthink okay? Enjoy your precious moment." Melissa yang duduk di bahagian kiri memberitahuku setelah kami mengambil tempat di dalam masjid. Terpegun aku dengan kepakaran pekerja mama menyediakan semua ni dalam masa yang singkat. Tempat dudukku dipagari oleh bunga mawar merah hidup. Meskipun ringkas, gubahan tersebut tetap menarik.
Melissa di sebelah aku pandang. Macam mana pula dia boleh tahu pula pasal ni? Psikik betul adik aku sorang n. "Overthink kenapa?" Aku menyoal Melissa semula. Menandakan yang aku tidak memahami kata-katanya.
"Nothing." Melissa menjongketkan bahu. "Your gestures seem awkward."
"Nervous." Aku jawab pendek.
Telefonku yang dipegangnya ditunjuk. Whatsapp dari Hezry. Sempat pula dia main phone.
"Bukakan." Aku menyuruh Melissa. Dia segera membuka skrin yang memaparkan chat Hezry. Kalau aku yang buat sendiri nanti orang sekeliling kata apa pula. Oleh itu, aku cuma memilih untuk melihatnya dari tangan Melissa sahaja.
You look worried. Smile a little sayang.
Aku mengangkat kepala dari memandang skrin telefon. Kelibat Hezry aku cari. Dia masih belum duduk di tempat yang disediakan untuk akad nikah. Aku meneliti setiap tetamu yang ada dan semestinya lelaki yang memakai baju melayu putih menjadi tumpuanku.
YOU ARE READING
My White Knight
RomanceMia Amanda, gadis yang kehilangan tunang tersayang dalam kemalangan yang meragut nyawa menjadikan dia tidak berminat mahu menjalinkan hubungan dalam masa terdekat. Sekurang-kurangnya biarlah hatinya sembuh dahulu. Namun hadirnya Hezry sedikit seban...