"Abang, lepas ni nak kena naik feri ke?" Aku tanya Hezry sewaktu kami sampai di Samui Airport bersama riak wajah yang cuak.
Risau juga aku kalau nak kena naik pengangkutan laut yang satu tu sebabnya aku ni sebenarnya mabuk laut dan lupa nak beli ubat mabuk awal-awal. Kenapalah tak terfikir pasal ni sebelum ni. Harap-harap ada je farmasi kawasan ni jual ubat mabuk.
Sebenarnya dulu sewaktu sekolah menengah, syarikat papa mengadakan hari keluarga di Pulau Perhentian, kami tiga beradik mabuk teruk sewaktu menaiki feri ke sana. Kiranya agak lama jugalah aku tidak menaiki feri.
"No lah. Kita ada dua options. Either sampai sini terus atau lepas touch down kena naik feri. Tapi airport ni memang tak perlu nak naik feri dah." Jawapan dia melegakan aku.
"Yeke.. Nasib baik." Aku cakap sambil urut dada.
"Mia lupa ke papa yang book tiket? Mesti dia lagi tahu mana lagi sesuai dengan Mia kan?" Hezry buat muka dekat aku.
Aku sengih dengan muka tak bersalah. Mana dia tahu yang aku hampir terlupa akan hal itu.
Kami berjalan keluar untuk menunggu teksi. Aku melihat-lihat sekeliling. Sebenarnya airport ni kecil je dan tak nampak macam airport pun dari jauh.
Perjalanan yang hanya mengambil masa beberapa minit untuk ke hotel kami yang terletak di persisiran pantai.
Selesai check in, aku melihat bilik hotel kami, sangat menarik dan yang specialnya siap ada personal swimming pool menghadap laut di bahagian balkoni. Aku duduk dekat kerusi malas di hadapan kolam renang sambil melihat skrin telefon bimbit. Relaks lah dulu kejap dekat sini.
"Kalau Mia nak tahu, tak silap Abang depan ni private beach resort ni. Special untuk tetamu je or any special occasions. " Ujar Hezry tiba-tiba.
Aku mengangkat sedikit kepala mencari di mana keberadaannya. Kelihatan dia sedang berdiri di sebelah kanan aku.
"I see. Mana tahu?" Aku angkat kening.
"This." Dia hulurkan pamphlet dekat aku sebelum duduk di kerusi sebelah. Aku melihat-lihat flyers yang dia berikan sementara dia sibuk dengan telefon bimbitnya. Buat apa aku pun tak ambil tahu sangat.
Lima minit kemudian, loceng bilik dibunyikan dari luar. Hezry bergegas bangun. Aku masih duduk dekat kerusi. Cuma kepala dijengukkan sedikit untuk melihat. Room service rupanya.
"Mia. Jom makan." Pelawa Hezry dari dalam bilik. Aku segera bangun dari kerusi lalu masuk menghampirinya.
"Abang, steak at this hour?" Aku menyoalnya kurang percaya setelah melihat dua set beef steak dengan ceasar salad atas meja. Baru pukul 11. Awal lagi nak lunch pun. Lagi satu, aku ingatkan dia nak pesan hidangan tradisi Thailand ke apa dah alang-alang dekat sikit. Tapi Hezry tetap Hezry. Tekak western sangat.
"Whats wrong with that?" Dia tengok aku pelik. "Kalau dekat Malaysia dah pukul 12 so okey la kalau nak consider as lunch pun. Lagipun sekejap lagi kita nak keluar, tak salah pun nak makan awal-awal. Pagi tadi dah la tak breakfast." Dia buat muka sewaktu menuturkan ayat terakhirnya itu.
Pagi tadi agak kelam kabut sebenarnya. Bibik dah sediakan breakfast tapi kami berdua menolak, kurang berselera untuk makan seawal tu. Perancangan awal kami ingin sarapan di airport namun setibanya di sana, kami langsung melupakan niat tersebut disebabkan dah kesuntukan masa.
"Okey lets." Aku duduk depan dia. Kesian pula, biasanya Hezry bukannya jenis yang skip breakfast.
"So hari ni kita nak buat apa?"
YOU ARE READING
My White Knight
Любовные романыMia Amanda, gadis yang kehilangan tunang tersayang dalam kemalangan yang meragut nyawa menjadikan dia tidak berminat mahu menjalinkan hubungan dalam masa terdekat. Sekurang-kurangnya biarlah hatinya sembuh dahulu. Namun hadirnya Hezry sedikit seban...